Rangup Macam Keropok. Ini Cara Buat Rempeyek Bayam Sedap.

Share

Istimewa bagi pencinta kerepek, menu Rempeyek Bayam perkongsian saudari Haliza Jeran ni boleh dicuba. Nampak sedap dan rangup je. Malah bahan-bahan yang digunakan sangat mudah didapati. Bolehlah cuba buat untuk kudapan anak-anak di waktu petang.

RESIPI REMPEYEK BAYAM YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • Daun bayam hijau secukupnya
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • 5 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • Biji ketumbar secukupnya – tumbuk
  • Udang geragau – jumlah ikut cita rasa masing-masing
  • Air secukupnya – cukup sekadar bila adunan agak boleh melekat
    pada daun

CARA MEMASAK:

1. Basuh daun bayam bersih-bersih. Tapis dan biar kering airnya.

2. Sediakan adunan tepung. Adun sebati dan pastikan tepung tidak berketul.

3. Ambil daun bayam dan celup dalam adunan tepung tadi.

4. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan berwarna keemasan.

5. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Haliza Jeran

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

 

 

https://www.rasa.my/sangat-sedap-30-menu-harian-masakan-kampung-kena-cuba/

 

https://www.rasa.my/rahsia-masak-tomyam-secepat-sesedap-seperti-di-kedai-ala-luq/

Published by
Nur