Melihat keprihatinan personaliti televisyen,  Senator Ras Adiba Radzi yang proaktif dalam membantu golongan susah dan OKU memang menyentuh hati. Walau berkerusi roda kala menyampaikan derma barangan makanan, Presiden Orang Kelainan Upaya (OKU) Sentral ini tetap gigih turun menghulurkan bantuan di kawasan PPR Pinggiran Bukit Jalil baru-baru ini.

Ras Adiba Radzi, “Setiap Kali Menghantar Makanan, Tiap Itulah Air Mata Tertumpah”.
.

Kongsi Ras Adiba, “Saya sempat singgah ke PPR pinggiran Bukit Jalil. Saya tersentak seketika pabila mendapati begitu ramai warga emas di situ yang memerlukan sokongan. Kebanyakan kehabisan bekalan untuk memasak. Tampak dari lenggok, mereka seperti tidak larat namun tetap memberikan senyuman tika kami sampai. Semoga kita semua dapat terus membantu satu sama lain.”


Ras Adiba Radzi, “Setiap Kali Menghantar Makanan, Tiap Itulah Air Mata Tertumpah”.
.

Tanpa menghiraukan panas dan keringat yang mengalir, kongsinya “Setiap kali menghantar barangan yang orang ramai derma, tiap itulah air matanya tertumpah. Kita mungkin tinggal di kota namun jelas ramai yang berada di bawah paras kemiskinan dan sukar untuk menampung kehidupan.”

Perintah Kawalan Pergerakan di Selangor dan Kuala Lumpur sedikit sebanyak turut menjejaskan pencarian rezeki mereka.Katanya lagi, ” Ini tanggungjawab kita beri kekuatan, meniup semangat dan saling menyokong di antara kita .”

Ras Adiba Radzi, “Setiap Kali Menghantar Makanan, Tiap Itulah Air Mata Tertumpah”.
Kita sama-sama membantu

Menurut Ras ianya memang merbahaya untuk keluar namun dia dan pasukan NGO’s semua, cuba sedaya kami, agar yang memerlukan tidak putus bekalan makanan. Kami akan tetap di sini untuk membantu. Bukan mudah, namun kita mesti terus gagah.”

Kata-kata dan pesanan Ras bukan sahaja memberi semangat buat yang memerlukan tetapi juga memberi kesedaran dan mengetuk pintu hati untuk kita sama-sama membantu golongan susah dan OKU. Lebih lebih lagi buat kita yang cukup anggota badan.

Ras Adiba Radzi, “Setiap Kali Menghantar Makanan, Tiap Itulah Air Mata Tertumpah”.
.

IKLAN

Mari kita selami isi hati dan kata semangat dari Ras Adiba ini :

Ras Adiba Radzi, “Setiap Kali Menghantar Makanan, Tiap Itulah Air Mata Tertumpah”.
.

“Susah senang kita bersama.
Dan kali ini, kitakan lalui dan harunginya,
Walau kuat mana taufan Covid 19 melanda.

Jaga diri Malaysia,
bertabah dan ukirlah senyuman,
walau apa pun yang menimpa.

Ayuh jadilah seorang wira.
Kita sama-sama berganding bahu membantu sahabat-sahabat kita yang memerlukan
Di kala waktu yang teramat sukar di dalam hidup kita ini.”


Ras Adiba Radzi, “Setiap Kali Menghantar Makanan, Tiap Itulah Air Mata Tertumpah”.

IKLAN

Video Ras menerima bantuan sayur-sayuran untuk golongan susah dan OKU mungkin memberi anda inspirasi untuk membantu.

 

https://www.instagram.com/p/CGjxXOJpiaM/

Jom sama-sama membuat amal kebajikan.

Sumber : IG @Ras Abiba Radzi 

 

IKLAN

JIKA ANDA INGIN MENGHULUR BANTUAN MAKANAN, BOLEH BELI ONLINE DI SINI

 

LUAHAN MEREKA MUNGKIN MEMBERI INSIPIRASI BUAT ANDA:

“Peka Dengan Anggaran Masa Runner Sampai, Jangan Buat Runner Menunggu,” Wanita Ini Pesan Pada Pelanggan Food Delivery

Pengalaman Kek Pengantin Rosak Ketika Penghantaran, Baker Ini Murung Seminggu

RESIPI INI MUNGKIN MEMBERI IDEA DI KALA PKPB DI  NEGERI TERLIBAT :

Nasi Goreng USA Menu Sempoi Semasa PKPB

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI