Bila tibanya bulan Ramadan, Bubur Lambuk adalah juadah paling popular dan dinanti-nantikan oleh semua. Meneruskan tradisi seperti tahun-tahun sebelumnya, Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah RASA sekali lagi menganjurkan program CSR RASA Bubur Lambuk 2U dengan kerjasama rakan penaja iaitu AJI-SHIO® dan TUMIX®.
Bertemakan Terpaling Klasik, acara memasak bubur lambuk tahun ini dijalankan di Rumah Ketupat Café, Seksyen 13 Shah Alam. Seawal jam 8.00 pagi lagi para chef dan kru telah bersiap sedia menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk yang sedap ini.
Sebanyak empat periuk bubur lambuk perisa ayam dan daging telah disediakan. Harum bau bahan tumisan memang meruntun selera. Ditambah pula dengan penggunaan bahan-bahan masakan yang segar serta ramuan istimewa iaitu AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa yang menyelerakan hidangan keseluruhannya kerana mempunyai rasa lada, rasa masin dan aroma yang wangi. Mudah dan senang. Serta TUMIX® Perencah Pati Ayam menjadikan Bubur Lambuk tahun ini begitu enak sekali. Masakan jadi lengkap dan sedap kerana mengandungi bawang-bawang dan ayam.
Situasi semasa penularan wabak Covid-19 membataskan penganjuran RASA Bubur Lambuk 2U dalam skala besar namun rasa syukur turut dizahirkan kerana walaupun terpaksa dilakukan dengan SOP yang ketat, program Bubur Lambuk 2U ini berjaya juga dilaksanakan dengan jayanya dan dalam keadaan yang terkawal.
Program Bubur Lambuk 2U tahun ini juga tidak mungkin berjalan dengan lancar tanpa sokongan daripada rakan-rakan penaja. Jutaan terima kasih diucapkan kepada AJI-SHIO® dan TUMIX® kerana sudi turut serta dalam menjayakan program tahun ini.
Projek ini juga adalah sebagai tanda terima kasih bagi menghargai jasa para petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19 tanpa mengenal penat lelah. Malah untuk tahun ini, Bubur Lambuk istimewa turut diagihkan kepada orang ramai.
Sebanyak 1000 pek Bubur Lambuk telah berjaya dihasilkan dan diagihkan kepada para petugas di Balai Polis Seri Muda, Hospital Shah Alam dan juga pengunjung-pengunjung Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.
Penyampaian ringkas di Balai Polis Seri Muda telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Puan Ani Nadila Yusof kepada Ketua Balai, Inspektor Mohammad Firdaus Bin Mohd Khairi.
Manakala di Hospital Shah Alam pula, penyerahan pek-pek bubur lambuk telah disampaikan oleh Editor Pengurusan Majalah RASA, Ida Abd Aziz kepada wakil yang terlibat.
Sambutan orang ramai di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam juga diluar jangkaan. Dalam masa 30 minit sahaja, kesemua pek-pek bubur lambuk habis diagihkan.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan Program Bubur Lambuk 2U ini. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
https://www.youtube.com/watch?v=dNEF-AQY-2w
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI