Rasa kembali dengan sebuah program masakan terbaru sempena Ramadan iaitu Rasa Ajar Masak, sebuah program masakan yang menampilkan selebriti popular tanah air bersama suami, isteri, ayah, ibu, atuk, nenek atau sahabat terdekat mereka, berkongsi ilmu masakan yang penuh nostalgia.
Oleh itu, Rasa Ajar Masak yang direncahkan oleh BABA’S tampil dengan pelbagai resipi istimewa dan menarik untuk dicuba. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini akan disiarkan bermula 1 Mac 2025, setiap Sabtu hingga Rabu jam 7.00 malam di saluran ASTRO Prima.