*Tiada sukatan khas untuk resipi ini. Boleh adjust ikut selera masing-masing. Kalau suka manis, bolehlah lebihkan sukatan bahan. *Saya buat susu tak pecah/berkeladak. Kalau ada yang buat susu pecah/berkeladak, maaf ye.
Dalam banyak-banyak resipi Ayam Bakar mudah yang ada, rasanya resipi perkongsian saudari Nurul Shuhadah Dzaki ni yang paling sempoi dan ringkas. Mana tidaknya, untuk menyediakan juadah enak ini anda hanya menggunakan 1 bahan asas dan 2 bahan sahaja untuk perap. Sesuai sangat untuk anda yang nak makan ayam bakar versi mudah dan cepat. Sesuai sangat cuba resipi ni. Resipi terbaik dan tak perlu nak sedia banyak bahan. Jom lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya. Pasti anda suka!
AYAM BAKAR MUDAH GUNA 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
2 paket pes nasi goreng kampung
1 paket pes tomyam
CARA MEMASAK:
1. Ayam dipotong ikut saiz yang disukai. Jika isinya tebal, kelar sedikit, basuh dan toskan airnya.
2. Satukan kesemua pes dan gaul rata. Kemudian lumurkan pada ayam hingga rata.
3. Perap ayam selama 2 jam atau lebih untuk rasa yang lebih enak.
4. Bakar atau panggang hingga masak.
5. Sedia untuk dinikmati. Jika ayam besar atau nak masak lebih, hanya gandakan sahaja kuantiti bahan.
Kalau ada kawan-kawan ke Thailand, pasti ada gambar hidangan Miang Pla Pao ni yang dikongsi. Sajian ikan yang dihidangkan bersama aneka ulam, salad dan laksa siam/bihun yang dicicah bersama sos hijau istimewa. Kadang-kala ada juga yang hidang dengan aneka makanan laut panggang. Nampak sangat sedap kan? Bagi yang nak rasa, resipi perkongsian saudari Maryam Mahmood ni boleh anda cuba. Mudah sangat rupanya. Tak payah susah-susah ke Thailand dah. Boleh buat sendiri di rumah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI MIANG PLA PAO
BAHAN SOS:
15 biji cili padi hijau – lebihkan jika nak pedas
3 ulas bawang putih
3-4 batang akar ketumbar
2 senduk sos ikan/ sos nampla/kicap sotong
1 senduk nisan kabung/gula kabung/gula
Air secukupnya – agak-agak sahaja
3 sudu makan jus perahan limau nipis
Daun ketumbar – hiris
BAHAN SAMPINGAN:
Ikan siakap/tilapia atau apa-apa ikan yang sesuai – resipi guna ikan tilapia merah
Laksa siam/bihun/suhun – dicelur
Salad, timun, pudina dan daun selasih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak. Ikan digoreng kosong sahaja supaya boleh naikkan rasa sos. Jika nak lumur sedikit garam pada ikan pun boleh. Selain goreng, boleh juga dibakar.
Angakt ikan dan toskan minyaknya.
Untuk sos, tumbuk cili hijau, bawang putih dan akar ketumbar hingga lumat. Boleh juga dikisar.
Letak semua bahan dalam bekas ( kecuali daun ketumbar) termasuk bahan tumbuk tadi. Masukkan air akhir sekali supaya mengikut kepekatan dan rasa yang anda suka.
Rasa sos. Jika tawar, tambah sedikit garam. Pastikan sos ini mempunyai rasa pedas dan manis.
Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar secukupnya. Kacau rata.
Untuk menikmati Miang Pla Pao, susun hirisan salad, timun, pudina, daun selasih dan ikan. Jadikan seakan uncang dan nikmati bersama sos yang dibuat tadi.
INFO: Jika di Thailand, ikan dipanggang bersama garam. Namun andai kurang suka ikan, boleh gantikan dengan sotong bakar, udang atau apa-apa bahan kegemaran anda.
Nasi himpit (atau nasi impit) atau nasi kapit merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia dari beras yang sering dimakan bersama kuah kacang. Ia juga sering dimakan bersama hidangan sate atau soto. Nasi impit juga adalah antara hidangan wajib di hari raya yang paling mudah dibuat. Bukan saja di hari raya, pada hari-hari biasa pun kadang-kadang tekak rasa teringin nak makan. Terutamanya bersama kuah sate atau kuah lontong. Anda sebenarnya boleh berjimat sehingga 200% apabila buat sendiri kerana hanya bermodalkan beras dan plastik aiskrim sahaja. Jika dibandingkan dengan harga nasi impit ‘instant’, buat sendiri lebih jimat dan dapat dianggarkan kuantitinya dengan lebih tepat.
Tak Perlu Lagi Beli Nasi Impit ‘Instant’. Jimat 200%!
Ia sangat mudah, cepat dan menjimatkan. Cara-cara untuk membuatnya juga mudah untuk anda ikuti.
Bahan-bahan:
Beras
Daun pandan
Air
Plastik aiskrim Malaysia
Cara memasak:
Cuci beras dan toskan sehingga kering.
Isi beras 1/3 atau separuh daripada bahagian yang nak diikat. (boleh juga menggunakan stapler)
Cucuk lubang pada plastik aiskrim menggunakan garfu.
Masukkan bekas plastik aiskrim yang diisi beras ke dalam periuk besar dan masukkan daun pandan sekali.
Rebus sehingga masak. Tunggu sehingga sejuk sebelum dipotong.
Petua Masak Nasi Impit Lebih Lembut
Nasi impit boleh tahan lama, betul ke? Bukankah nasi Impit memang sudah disukat dengan standard agar apabila masak ia sekata lembut dan lembiknya. Tetapi sesekali ada juga nasi Impit yang keras terutamanya apabila telah sejuk. Nasi Impit sudah tidak lembut lagi. Silap haribulan, masuk tong sampah nasi Impit tersebut. Memasak nasi Impit segera tidak sesukar mana. Tetapi kadangkala nasi Impit yang kita masak seperti keras, tidak lembut terutamanya ketika sejuk.
Masak nasi impit segera dengan menggunakan bekas periuk yang lebar. Jumlah air mestilah lebih banyak hingga bungkusan ketupat/nasi impit segera itu tenggelam. Masukkan sedikit garam. Gunakan api sederhana. Masak anggaran 1 1/2 jam. Pastikan bungkusan nasi impit telah kembang. Biarkan tos betul-betul. Lepas 2 jam boleh masukkan dalam peti ais untuk hasil yang lebih licin.
Nak tahu petua supaya nasi Impit segera anda tahan lama, lebih kurang 5 hari? Ada caranya. Semasa merebus nasi impit tersebut masukan sekeping atau dua asam gelugur ke dalamnya. Harus diingat, jangan rebus nasi impit terlalu lama. Bila nasi impit telah kembang, angkat dan toskan.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.