RASA kini tampil dengan rancangan terbaru, Rasa Anak Emak Anak Bapak. Episod pertama yang bersiaran hari ini menampilkan selebriti cantik manis; Ozlynn dan bapanya Encik Ismail sebagai tetamu jemputan. Ozlynn sememangnya antara selebriti tanah air yang pandai memasak. Tengok sahaja laman ig beliau. Ada pelbagai masakan lauk pauk yang sedap-sedap yang dimasak setiap hari.
Dalam episod pertama Rasa Anak Emak Anak Bapak, Ozlynn telah menyediakan makanan kegemaran bapanya iaitu Kari Kepala Ikan. Istimewanya hidangan ini, ia menggunakan kepala Ikan Biji Nangka. Bukan mudah nak dapat tau. Dari Pasar Chow Kit sampailah ke Kuala Selangor untuk cari bekalan ikan. Bila memasak pula, memang kecoh dengan gelak ketawa sambil ditambah dengan penampilan istimewa Johan.
Nak cuba masak menu ni untuk ibu bapa dan keluarg tersayang? Jom lihat resipi di bawah.
RESIPI KARI KEPALA IKAN BIJI NANGKA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak yang banyak, tumis bawang merah kecil, bawang putih, halia, daun kari dan halba campur hingga wangi.
2. Kemudian masukkan serbuk kari ikan, serbuk cili, serbuk ketumbat, serbuk kunyit dan serbuk lada putih. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan serai, daun pandan dan bawang merah besar. Tumis lagi hingga wangi dan mendidih.
4. Seterusnya masukkan santan, air asam jawa, bendi dan terung. Masak lagi hingga mendidih dan sayur separuh lembut. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
5. Masukkan ikan, tomato dan juga cili hijau. Kacau sekali sekala dan biar ikan masak sekata.
6. Rasa kuah dan pastikan rasa masam dan masin cukup. Setelah ikan masak, tabur daun ketumbar dan padamkan api.
7. Sedia untuk dinikmati.
DI SEBALIK TABIR PENGAMBARAN:
INFO: IKAN BIJI NANGKA
Ikan Biji Nangka adalah merupakan ikan laut yang bersisik dan berisi putih. Ia merupakan sejenis ikan dalam keluarga Mullidae dan genus Upeneus. Ia memiliki ekor berbentuk bercabang dan merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Ikan ini juga dikenali dengan nama tempatan seperti Badang Janggut, Butir Nangka dan Lebai.