Rasa Anak Emak Anak Bapak: Siti Sarah Kongsi Resipi Ikan Patin Tempoyak Kegemaran Abahnya.

Share

Alahai tengok Patin Tempoyak yang Siti Sarah masak, mesti penonton yang menyaksikan program Rasa Anak Emak Anak Bapak pun terliur nak makan ikan patin yang nampak sedap sungguh. Rasa seronok juga tengok gelagat Siti Sarah di dapur masak Ikan Patin Tempoyak menu kegemaran abah kesayangannya Raisuddin Hamzah, penyanyi dan pelakon di era 1980 an.


.

Betullah kalau orang kata makan boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tengok je Siti Sarah ni,  dalam pada sibuk tu, masih sempat masak lauk kegemaran abahnya. Ayah mana yang tak rasa bangga bila dapat menikmati keenakan air tangan anak sendiri, apa lagi kalau masakan itu menjadi kegemarannya.


.

Kalau nak rasa keenakan Ikan Patin Tempoyak ala Siti Sarah, ini resipi yang dikongsikan oleh Siti Sarah untuk korang semua. Pendek kata tak rugi cuba ye.


IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan patin | potong 3 atau 4 bahagian & bersihkan
  • 3 sudu makan tempoyak
  • 1 helai daun kunyit | carik &simpul
  • Bunga kantan | belah dua atau empat
  • 3-4 tangkai daun kesum
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • BAHAN KISAR:
  • 20 biji cili padi
  • 4cm kunyit hidup
  • 4 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan kisar dalama periuk bersama air, tempoyak, kacau rata.
  2. Tambah ke dalamnya ikan, daun kesum, bunga kantan, daun kunyit.
  3. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah masak dan cukup rasa, tutup api.
  6. Ikan Patin Masak Tempoyak sedia dihidangkan.

Di Sebalik Pengambaran:


.

Gelagat-Gelagat Siti Sarah & Raisuddin Hamzah:


.


.


.


.


.Korang yang tak sempat menonton Rasa Anak Emak Anak Bapak, program yang dihoskan oleh Siti Sarah dan bapanya sebagai tetamu jemputan, bolehlah tunggu siaran seterusnya dengan artis-artis lain bersama ibu atau bapa mereka, antara artis yang terbabit termasuklah Fasha Shandha, Yusri dan Naim Daniel. Kesemua mereka akan menyedia satu resipi istimewa untuk ibu dan bapa kesayangan mereka.

Published by
Norasida Myasin