Rasa Anak Emak Anak Bapak: Teruja Tengok Dato’ Norman dan Yusry Masak Asam Pedas Ikan Jehanak

Share

Lucu tengok gelagat Dato’ Norman dan Yusry Abdul Halim memasak asam pedas ikan jenahak tadi. Korang tengok tak siaran di Astro Prima, jam 1 petang tadi? Kelakar kan tengok dua jejaka hebat dari kumpulan KRU ni memasak.

Paling kelakar, Yusry nak kisar bawang dalam mesin pengisar pun kekok. Sebabnya kurang letak air dalam mesin pengisar tu. Manalah nak pusing.

Dua beradik ‘berperang’ di dapur.

Tapi hebatlah, akhirnya mereka berjaya masak asam pedas ikan jenahak iaitu hidangan kesukaan ayah mereka tu.

Kali ni, rancangan Rasa Anak Bapak, Anak Emas bersiaran di Melaka. Menu yang paling popular di Melaka dah tentulah asam pedas kan? RASA kongsikan resipinya di bawah untuk korang semua masak macam yang dimasak oleh dua beradik femes ni ye.

ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

BAHAN-BAHAN
2 inci lengkuas
2 inci belacan
Daun limau purut
20 biji cili kering (direbus dulu)
5 biji buah keras
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci kunyit
Sedikit air
4 batang serai
Asam jawa (diambil jusnya)
Garam secukup rasa
1 ekor ikan jenahak
Bunga kantan
10 batang bendi
Daun kesum

CARA MEMBUAT


1. Panaskan minyak masak.
2. Kisar lengkuas, belacan, daun limau purut, cili kering rebus, buah keras, bawang merah, bawang putih dan kunyit bersama air.
3. Tumis serai dalam minyak panas kemudian masukkan bahan kisar.
4. Masukkan sedikit air dan didih hingga air mengering. Tambah air lagi, dan ulang proses yang sama selama 3 kali sehingga cili masak.
5. Masuk air asam jawa dan tambahkan air mengikut kepekatan kuah.
6. Setelah kuah menggelegak, taburkan garam secukup rasa.
7. Kemudian masukkan ikan, bunga kantan dan biarkan mendidih sehingga ikan masak.
8. Setelah mendidih, masukkan daun kesum, bendi dan sedikit daun kesum. Tutup api.
Siap untuk dihidang.

FOTO SEKITAR PENGGAMBARAN

 

 

 

Jemput makan.

 

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas