Rasa Bercoklat Kek Milo , Sedapnya Menghilangkan Penat & Stres.

Share

Rasa penuh bercoklat mampu menjadi terapi minda setelah penat dengan urusan kerja dan rutin seharian. Manis dengan rasa Milo yang enak.

Resipi ini tidak menggunakan tepung gandum dan bahan-bahan pun ringkas sahaja. Selain Milo boleh aje menggunakan minuman koko yang lai seperti Ovaltine atau Vico.

KEK MILO


BAHAN-BAHAN :
5 biji telur
3 1/2 cawan Milo serbuk
3 sudu makan susu pekat
1 sudu makan esen vanila
1 sudu teh baking powder.

CARA MEMASAK :


  1. Pukul telur dan susu pekat dengan mixer selama 3-4 minit.
  2. Masukkan esen vanila kacau rata.
  3. Masukkan milo sedikit demi sedikit hingga habis.


4.. Akhir sekali masukkan baking powder. Kacau guna senduk kayu
5. Bakar dengan suhu 140 darjah selama 30 mins. Api atas bawah dan kipas.

kredit:DapoKakMasKuning

Published by
Faridah Talib