Rasa Berlemak Lagi Enak, Telur Puyuh Sambal Petai Bersantan

Share

Campuran santan dalam sambal memberi rasa berlemak dan enak. Bagi penggemar petai, boleh juga gunakan petai yang dikikis kulitnya jika anda sukakan rasa yang sedikit pahit.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji telur puyuh | rebus dan goreng
  • 10 ulas petai | buang kulit
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 4 sudu makan santan pekat
  • Sedikit asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
  2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
  3. Setelah mendidih, masukkan telur dan petai.
Published by
Nur