Baru sahaja selesai Program RASA Bubur Lambuk Warisan di Dataran Shah Alam minggu lalu. Fuh… Memang meriah. Mana tidaknya, lebih 6000 pek Bubur Lambuk habis diagihkan kepada orang ramai. Terima kasih kepada para pengunjung yang berpusu-pusu datang demi merasai sendiri keenakan 10 jenis Bubur Lambuk yang disediakan.
Dek kerana sambutan yang sangat menggalakkan, minggu ini RASA dengan kerjasama rakan penaja AJI-SHIO® kembali memeriahkan Ramadan anda dengan Program RASA Bubur Lambuk Warisan Mini yang bakal dijalankan pada 8 April ini.
Bertempat di Aeon Mall Shah Alam, sebanyak 1500 pek Bubur Lambuk bakal diagihkan kepada para pengunjung dan juga kepada masjid terpilih.
Program Bubur Lambuk kali ini tentunya lebih istimewa dan membawa makna yang tersendiri kerana adanya AJI-SHIO®. Tahun ini merupakan tahun kelima AJI-SHIO® bersama-sama RASA & Nu Ideaktiv bagi menjayakan Program Bubur Lambuk.
Setia bersama sedari tahun 2019, AJI-SHIO® adalah rakan penaja di Program RASA Bubur Lambuk Mega Warisan Selangor.
Diikuti tahun berikutnya dimana AJI-SHIO® turut sama menjayakan RASA Bubur Lambuk 2U dengan berganding bahu memasak dan menyumbangkan pek Bubur Lambuk kepada para frontliners.
Ads
Tahun lalu RASA & AJI-SHIO® terbang jauh untuk menyantuni orang-orang Kota Bharu dengan menganjurkan program RASA Bubur Lambuk Perdana.
AJI-SHIO® JADIKAN BUBUR LAMBUK JADI LEBIH ENAK & MUDAH DIMASAK
Bagi penggemar Bubur Lambuk, hidangan ini tentunya tidak boleh ditinggalkan bila tiba bulan Ramadan. Sedap berlemak memang memikat selera. Penggunaan ramuan berkualiti memberikan rasa yang terbaik. Ditambah pula dengan campuran AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Berperisa, menaikkan lagi keenakan dan aroma Bubur Lambuk. Semunya cukup rasa. Bila makan, terasa nikmatnya.
Ads
AJI-SHIO® adalah salah satu bahan terbaik yang mampu membuatkan Bubur Lambuk jadi lebih cepat dimasak, rasa yang lengkap dan enak. Ia mempunyai rasa lada, masin dan aroma yang wangi menjadikan rasa Bubur Lambuk jadi lebih beraroma. Tidak perlu guna bahan perasa lain. Hanya dengan produk ini sudah cukup untuk menghasilkan juadah yang sempurna.
Selain Bubur Lambuk, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa juga sesuai digunakan dalam pelbagai jenis menu kegemaran anda yang lain. Masakan tradisional atau moden, semuanya sesuai. Hanya tambah sedikit sahaja dalam masakan sahur atau berbuka, hidangan enak untuk keluarga tercinta sudah tersedia. Mudah kan? Memang sangat membantu para ibu di dapur.
JOM RASAI SENDIRI KEENAKAN BUBUR LAMBUK AJI-SHIO®
Tahun ini, sekali lagi RASA & AJI-SHIO® kembali bergabung untuk menyantuni warga Selangor dengan mengadakan Program RASA Bubur Lambuk Warisan Mini.
Projek dengan kerjasama Aeon Mall Shah Alam sebagai penaja lokasi ini tentunya anda wajib hadiri. Rugi kalau tidak merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dimasak menggunakan produk-produk AJI-SHIO®.
Ads
Selain pengedaran Bubur Lambuk, ada pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik yang bakal berlangsung, persembahan buskers dan juga penampilan Chef Zam Akmal.
Jadi orang-orang sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, jangan lupa datang beramai-ramai ke Aeon Mall Shah Alam pada hari Sabtu,8 April ini.
Jumpa anda di sana!
Nak masak sendiri Bubur Lambuk AJI-SHIO® yang sedap ni? Jom cuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramai di antara masyarakat kita yang masih belum sedar tentang kebaikan pengambilan makanan mengikut sistem piramid makanan. Salah satu sebabnya ialah kerana kekangan untuk mendapatkan sumber bekalan makanan yang segar dan berkualiti.
Kini, ia tidak lagi menjadi masalah kepada masyarakat Malaysia kerana Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menyediakan ratusan outlet Pasar Tani di seluruh negara. Pasar Tani yang telah ditubuhkan sejak tahun 1985 telah menjadi ‘Pasar Pilihan’ lebih dari 35 tahun.
MENEPATI CITARASA PENGGUNA
Pelbagai produk seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual di Pasar Tani dibawa terus dari ladang kepada pengguna. Pasar Tani adalah medan pertemuan di antara petani dan pengguna.
Lokasinya yang tersusun, bersih serta sistematik dapat menjamin kualiti dan kepuasan kepada para pengunjung.
PEMERIKSAAN BERKALA
Demi keselamatan pengguna, pihak FAMA telah mengambil langkah yang terbaik bagi memastikan penularan penyakit berjangkit COVID-19 dapat dielakan dengan mengamalkan SOP yang sangat ketat.
Pasukan keselamatan sentiasa memantau kehadiran pengunjung di sekitar lokasi Pasar Tani bagi memastikan segala SOP yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi oleh semua pengunjung. Dengan ini, pengunjung boleh berbelanja dengan hati yang senang dan selamat.
FAMA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa melakukan pemeriksaan berkala terhadap para peniaga. Ia adalah langkah bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi skim kawalan harga yang ditetapkan.
Jadi untuk anda yang menggemari buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai keperluan yang segar, berkualiti dan menepati pelbagai cita rasa, datanglah ke Pasar Tani yang berdekatan dengan lokasi anda.
Jika anda ingin mendapatkan sayur-sayuran dan buah-buahan secara atas talian, anda boleh merancang pembelian secara online di Agrobazaar Online: www.agrobazaar.com.my.
Selain itu untuk mendapatkan butiran lanjut atau info-info terkini tentang Pasar Tani, anda boleh melayari Facebook Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Jadilah pengguna yang bijak dengan menyokong produk tempatan bagi menjana ekonomi negara.
Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan kita. Merujuk kepada Piramid Makanan Malaysia 2020 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kita disarankan mengambil sekurang-kurang 2 sajian sehari bagi buah-buahan manakala 3 sajian atau lebih sehari bagi sayur-sayuran.
Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut kreativiti dan selera anda dalam penyediaan makanan, selain diambil terus sebagai snek atau pembuka selera. Jadi, jom masak dengan bahan-bahan segar, murah dan berkualiti yang boleh didapati hanya di Pasar Tani.
KERABU PERIA KATAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji peria katak | hiris nipis 1 biji bawang besar | hiris 5-6 biji cili padi | hiris Ikan bilis | goreng garing 1 biji limau nipis | ambil airnya Garam secukup rasa Gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Cuci dan rendam peria dengan garam untuk menghilangkan rasa pahit. Angkat dan toskan. 2. Masukkan dalam mangkuk. Kemudian masukan bawang dan cili padi yang telah dihiris tadi. 3. Perahkan asam limau dan gaul rata. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh tambah penyedap rasa jika suka. 4. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaul perlahan. 5. Sesuaikan rasa agar semua rasa masam, masin dan manis sekata. 6. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
KHASIAT:
Membantu merawat kencing manis, darah tinggi dan melancarkan kitaran haid.
AIR JAGUNG 3 LAYER
BAHAN-BAHAN: Bahan pes jagung segar 2 tongkol jagung| disagat 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air
BAHAN UNTUK AIR:
1 tin susu cair 1 ketul gula melaka |dijadikan sirap gula melaka 1 sudu makan kordial perasa jagung Air batu secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Hiris isi jagung dan rebus dengan air dan gula. Sejukkan seketika dan kisar kasar. 2. Kemudian masak sekali lagi sehingga mendidih dan pekat hingga menjadi seperti pes. Ketepikan. 3. Sediakan gelas dan tuangkan sirap gula melaka. Kemudian masukkan ketulan ais batu. 4. Tuang susu cair ikut kuantiti yang dikehendaki. Kemudian tuangkan kordial perisa jagung. 5. Akhir sekali letakkan pes jagung manis segar secukupnya. 6. Sedia untuk dinikmati.
KHASIAT:
Membantu mencegah sembelit dan menguatkan sistem imun badan.
ROCK MELON GRILLED WITH SALMON
BAHAN-BAHAN:
½ biji rock melon | dipotong memanjang 1 keping ikan salmon | potong nipis 2 ulas bawang putih | diketuk 1 sudu teh serbuk lada hitam ½ sudu makan chili flakes 1 sudu makan mixed herbs Garam secukupnya Minyak zaitun secukupnya. ½ biji lemon
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan rock melon ke dalam bekas. Masukkan sedikit minyak zaitun, lada hitam, dan sedikit garam. Gaul rata dan ketepikan. 2. Dalam bekas lain, campurkan ikan salmon bersama mixed herbs, lada hitam dan bawang putih yang diketuk, sedikit garam dan minyak zaitun. Perap 15 minit atau lebih. 3. Panaskan pan dan panggang rock melon hingga warna bertukar sedikit perang. Balik-balikkan agar tidak hangus. Angkat dan ketepikan. 4. Kemudian masukkan salmon yang telah diperap bersama minyak zaitun tadi. Panggang sehingga masak. 5. Angkat dan hidangkan bersama rock melon panggang tadi. Taburkan chilli flakes dan perah sedikit hirisan lemon. 6. Sedia untuk dinikmati.
KHASIAT:
Membantu mengawal kolestrol.
MI SEGERA SUP AYAM UTARA AGROMAS
BAHAN-BAHAN:
1 paket Mi Segera Sup Ayam Utara AgroMas 2 keping isi ayam | dipotong menjadi kepingan kecil 1 biji bawang merah | dicincang 1 ulas bawang putih | dicincang kasar 1 biji telur 5 batang daun sawi ½ batang lobak | dihiris halus 1 biji cili merah | dihiris 1 batang daun bawang | dipotong Minyak untuk menumis Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan periuk dan masukkan minyak. 2. Setelah minyak panas, masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga naik bau. 3. Kemudian masukkan hirisan ayam dan kacau rata hingga ayam sedikit masak dan masukkan air secukupnya. Kemudian masukkan perencah Mi Segera Sup Ayam Utara AgroMas. 4. Biarkan mendidih seketika dan masukkan telur. Setelah telur sedikit masak kemudian masukkan Mee Sup Utara AgroMas. Kacau. 5. Masukkan lobak merah dan sawi. Biarkan mendidih seketika sehingga mi segera lembut. Tambah air jika perlu. 6. Setelah masak, angkat dan taburkan daun bawang dan cili potong. Sedia dinikmati.
JOM MENANG HADIAH LUMAYAN DENGAN MENYERTAI PERTANDINGAN VIDEOGRAFI AGROMAKANAN!
Anda seorang yang kreatif dalam mengambil video? Jom serlahkan kreativiti anda dengan produk Fama dan menangi hadiah lumayan!
Pelbagai kategori yang boleh disertai, antaranya sayur dan buah, ternakan, akuakultur, industri makanan dan agrotourism.
Untuk menyertai peraduan ini, boleh klik di link yang disediakan:
Jika anda suka minuman coklat, anda wajib cuba minuman coklat berperisa KitKat® yang dilancarkan oleh Nestlé Malaysia bagi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia dan dihasilkan seiring dengan semangat ‘Buatan Malaysia’.
Minuman coklat KitKat® ini merupakan invoasi terkini yang membawa pengalaman KitKat® dalam bentuk minuman coklat. Paling penting, minuman ini telah memperoleh sijil Halal oleh Jakim serta dihasilkan dengan menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari.
Dengan gabungan unik koko yang kaya dan perisa wafer, minuman coklat KitKat® ini menghasilkan rasa coklat dengan aroma yang memikat. Setiap hirupan menawarkan rasa KitKat® yang lazat dan enak.Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, berkata bahawa Nestlé memahami cita rasa serta keutamaan rakyat Malaysia. Oleh itu, pasukan penyelidik KitKat® berusaha menambah baik konfeksi ini dengan menghasilkan minuman coklat KitKat® yang digemari ramai. Minuman unik yang memberi pengalaman istimewa dan memuaskan, menjadikan setiap detik biasa jadi lebih luar biasa.
Tambah Aranols lagi, minuman coklat KitKat® ini bukan sekadar snek yang lazat tetapi ia adalah sebahagian daripada komitmen syarikat kepada sumber mampan dan etika, menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari di bawah Nestlé Cocoa Plan. Dengan ungkapan “Jom Rilek, Minum KitKat®”, Nestle mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati saat-saat kegembiraan bersama minuman coklat baharu ini.
Mengalami masalah keputihan menyebabkan anda kurang selesa dan hilang keyakinan diri bila bersosial dengan kawan-kawan tapi malu nak jumpa doktor. Mungkin korang boleh atasi dengan cara tradisional yang sangat mudah. Apa yang diperlukan hanyalah kunyit,halia, sedai, gula Melaka atau gula batu dan asam jawa/ asam gelugor untuk dijadikan jus yang boleh korang amalkannya beberapa hari hingga masalah degil ini berkurangan. Hasilnya memang tidak mengecewakan, memang tak rugi mencuba ye.
JUS KUNYIT HALIA BAHAN-BAHAN: 6cm kunyit hidup | kalau dapat ibu kunyit lagi baik 3cm halia tua 1 batang serai Gula Melaka/Gula Batu secukupnya 300ml air panas mendidih
CARA MEMBUAT:
Cucu bersih kunyit, halia dan serai.
Hiris nipis-nipis, kemudian masukkan dalam air panas.
Campurkan air asam jawa atau asam gelugor.
Tambahkan sedikit gula Melaka atau gula batu sebagai penambah rasa.
Apabila suam bolehlah diminun.
Amalkan dua kali sehari sehingga masalah keputihan hilang.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!