Sempena bulan Ramadan tahun ini, Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah RASA sekali lagi meneruskan tradisi memberi dengan menganjurkan program RASA Bubur Lambuk 2U.
Bertempat di Rumah Ketupat, Seksyen 13 Shah Alam, program ini adalah kesinambungan dari Projek RASA Bubur Lambuk Mega Warisan Selangor yang diadakan pada tahun lalu.
Berikutan situasi wabak Covid-19 yang sedang melanda, untuk tahun ini program Bubur Lambuk ditukar menjadi kempen CSR Majalah RASA supaya bersesuaian dengan situasi semasa.
Projek ini juga adalah sebagai tanda terima kasih serta menghargai jasa dan pengorbanan para petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19 tanpa mengenal penat lelah.
Patuh terhadap SOP serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, program Bubur Lambuk 2U ini berjalan dengan lancar dengan sokongan daripada rakan-rakan penaja iaitu Santan S&P dan AJI-SHIO®.
Sebanyak tiga periuk bubur lambuk telah dimasak menggunakan ramuan-ramuan terbaik oleh pihak keterer. Antara ramuan istimewa yang menyedapkan lagi rasa Bubur Lambuk tentunya dengan penggunaan bahan utama iaitu Santan S&P serta AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
600 pek Bubur Lambuk telah berjaya dihasilkan dan diagihkan kepada para petugas di Hospital Shah Alam dan juga Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.
Penyampaian ringkas di Hospital Shah Alam telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Puan Ani Nadila Yusof kepada Timbalan Pengarah (Perubatan) 3, Dr Syrrunnaja Bin Adnan.
Manakala di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam pula, penyerahan pek-pek bubur lambuk telah disampaikan oleh Pengurus Kanan Jualan, Encik Mohd Affandi Abdullah kepada Ketua Balai, Inspektor Ahmad Fazlin Bin Rasli.
Turut hadir Pengurus Pemasaran Digital, Liew Mei Ling, Pengurus Pemasaran, Kwan Su Khoon dan Eksekutif Pemasaran, Zuliana Zainal Abidin selaku wakil dari pihak Santan S&P serta Editor Pengurusan Majalah RASA, Ida Abd Aziz.