Rasa Coklat Mahal Tapi Resipi Chocolate Truffles Ni Guna 2 Bahan Je

Share

Bagi penggemar coklat, resipi Chocolate Truffles perkongsian saudari Lailatul Naqiuah ni patut anda cuba. Walaupun hanya menggunakan 2 bahan sahaja, tapi rasa dan rupanya kelihatan seakan coklat mewah yang menggunakan pelbagai bahan premium yang lain. Sedap tapi dibuat menggunakan versi jimat belanja poket. Seronok kan? Nak sediakan bahan pun mudah. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya

 

CARA MEMBUAT CHOCOLATE TRUFFLES HOMEMADE HANYA GUNA 2 BAHAN

BAHAN-BAHAN:
1/2 tin susu pekat manisbeli online disini
200gm serbuk koko beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Panaskan susu pekat manis dalam kuali.


2. Bila susu sudah mula mendidih, terus tutup api.
3. Seterusnya masukkan serbuk koko sedikit demi sedikit. Kacau sampai semua bahan sebati.


4. Semakin lama tekstur akan jadi semakin pejal.
5. Bila bahan semua sudah sebati, letak dalam plastik wrap.
6. Sejukkan selama 2 jam dalam peti sejuk sebelum dipotong.
7. Untuk memotong, taburkan serbuk koko atas papan pemotong.


8. Letak kepingan Chocolate Truffles tadi, potong dan bulatkan.
9. Golek lagi dalam serbuk koko.
10. Chocolate Truffles sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Lailatul Naqiuah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade?  Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk. 

Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg

Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)

 

Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  

 

 

Published by
Nur