
Kastard lembut dan rasa lemak santan dalam labu yang dikukus. Jika tiada santan segar, ia boleh digantikan dengan susu cair.
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji labu bersaiz sederhana
- 4 biji telur
- 350ml santan
- 250gm gula
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Potong bahagian tangkai labu dan buang bijinya dengan menggunakan sudu. Ketepikan seketika.
- Dalam mangkuk adunan, pecahkan telur dan kacau sebati.
- Masukkan santan dan kacau bersama gula sehingga gula larut. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau rata.
- Masukkan adunan telur tadi ke dalam labu dan kukus lebih kurang 1 jam 20 minit sehingga puding menjadi kental.
- Sedia untuk dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kuih Bingka Pandan Paling Mudah & Dijamin Menjadi.

Kuih muih tradisional seperti Kuih Bingka Pandan ni memang ada ramai peminat. Namun tidak ramai yang berani nak cuba masak sendiri kerana rasa ia susah untuk dihasilkan. Nampaknya persepsi anda bakal berubah kerana resipi perkongsian saudari Siti Zubaidah ini memang mudah. Jadi bolehlah cuba nanti. Pasti puas hati.
CARA BUAT KUIH BINGKA PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan gula
- 1 cawan air kisaran pandan (boleh juga guna air + esen pandan)
- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/4 cawan santan
- 2 sudu makan mentega
- 3 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- Pewarna hijau secukupnya
- Bijan secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan ( kecuali bijan) dan kisar @ pukul hingga sebati.
- Ambil loyang bersesuaian, masukkan 2 sudu makan minyak masak. Ratakan.
- Panaskan loyang dalam ketuhar. Bila minyak dah panas, masukkan bancuhan kuih tadi. Tabur bijan dipermukaannya ( jika suka).
- Bakar kuih bingka pada suhu 180C sehingga nampak keperangan, garing dan masak di dalamnya.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Zubaidah
Chicken Floss Bun Yang Lembut & Sedap

Seronoknya kalau dapat menikmati chicken floss bun sewaktu minum petang. Bertambah enak rasa roti itu bila dinikmati bersama yang tersayang. Jika anda teringin nak makan chicken floss bun tanpa penggunaan telur, butter, bread improver, bread softener, k-cream super dan ovallet, cubalah resipi yang dikongsi oleh Fatin Damia ini. Hasilnya tetap lembut dan sedap.
RESIPI CHICKEN FLOSS BUN
BAHAN-BAHAN
- 1 1/2 cawan tepung roti
- 150 ml susu full cream
- 2 sudu gula
- 1 sudu besar yis
- 1 sudu besar susu tepung
- 20 gm Vegetable Shortening
- Secubit garam
BAHAN SAPUAN ATAS ROTI
- Mayonis
- Susu pekat manis
- Chicken floss (boleh beli dekat bakeri ataupun buat sendiri)
CARA PENYEDIAAN:
1. Campurkan air, gula dan yis. Biarkan sampai berbuih.
2. Dalam bekas yang lain masukkan Tepung, garam dan vegetable shortening kemudian masukkan campuran yis yang telah aktif tadi kedalamnya. Uli semuanya sampai doh dah tak melekat di jari.
3. Rehatkan doh selama 45 minit hingga 1 jam sampai Doh mengembang 2 kali ganda.
4. Setelah itu, bahagikan doh dan bentukkan sesuai selera. Kemudian rehatkan doh selama 15 minit lagi.
5. Sapukan kuning telur atau susu cair pada permukaan roti sebelum dibakar.
6. Bakar selama 15 – 20 minit menggunakan suhu 180 darjah celcius api atas bawah sampai masak. Suhu dan tempoh masa memasak mungkin berbeza mengikut jenis oven yang kita gunakan.
7. Setelah roti masak, sejukkan ia sebentar. Campurkan sedikit susu pekat manis bersama dengan mayonis lalu disapu pada permukaan roti. Kemudian, letakkan chicken floss di atasnya sebelum dihidangkan.
TIP:
– Jangan sapu campuran mayonis ketika roti masih panas. Nanti mayonis akan mencair.
Selamat mencuba!
Anda tercari-cari AIR FRYER yang murah dan berkualiti? Cuba cari DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: FATIN DAMIA
ANDA BOLEH JUGA CUBA RESIPI INI:
Resipi Burger John Leleh Yang Berjus & Memikat Selera

Isi Kandungan
ToggleKalau anda suka makan Roti John, anda perlu cuba resipi Burger John Leleh yang dikongsi oleh Chef Brian ni. Resipi yang dikongsi sangat mudah untuk dimasak. Walaupun ringkas, tapi rasanya memang sedap. Daging burger yang berjus dengan lelehan keju memberi kepuasan yang berganda dalam setiap gigitan. Lepas makan tu, jangan lupa minum Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Tropical Fruits terbaru ni. Confirm puas hati.
BURGER JOHN LELEH
BAHAN-BAHAN:
- ¼ cawan bawang | dicincang
- 250gm daging cincang pilihan
- Perasa
- 1 sudu besar serbuk kari
- ½ sudu besar serbuk jintan putih
- ½ sudu kecil garam
- ¼ sudu kecil gula
- ½ sudu kecil serbuk cili
- 2 telur
- 4 biji roti burger
- 1 sudu besar Anchor Unsalted Butter
- Kuah Keju Chesdale Burger*
- Sos cili
- 2 cawan kubis | dihiris
- 8 keping keju Chesdale Burger
BAHAN KUAH KEJU CHESDALE:
- 1 ½ sudu besar Anchor Unsalted Butter
- 1 ½ sudu besar tepung gandum
- 1 cawan susu
- Garam dan lada hitam, secukup rasa
- (4 keping) 75g Keju Chesdale Burger
CARA MEMASAK:
- Tumiskan bawang sehingga lembut. Masukkan daging, perasa, serbuk kari, serbuk jintan putih, serbuk cili, garam serta gula dan masak sehingga daging keperangan. Tutupkan api, masukkan telur and gaulkan bersama.
- Sapukan mentega pada roti burger dan panaskan atas kuali leper.
- Untuk Kuah Keju Chesdale Burger; Dalam periuk kecil, cairkan mentega. Masukkan tepung gandum dan panaskan sehingga bau tepung kurang kuat. Masukkan susu sambil mengacau. Panaskan sehingga memekat. Masukkan bahan kuah keju Chesdale lain termasuk kepingan keju Chesdale Burger.
- Untuk sediakan burger john, letakkan campuran daging atas kuali leper, letakkan 2 keping keju Chesdale burger dan belah bawah burger bun. Panaskan sehingga keju cair. Terbalikkan, letakkan 2 sudu besar kuah keju Chesdale Burger, sos cili, kubis dan tutupkan burger dengan bun burger belah atas.
- Hidangkan panas-panas! Enak dinikmati bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Tropical Fruit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Burger Tofu Perisa Kari Cheese Leleh, Resipi Sihat Untuk Anda
Cara Buat Burger Salmon Cheese Banjir Di Rumah. Mudah & Sedap!
Resipi Burger Ayam Rangup Bersama Salad Mangga. Enak Hingga Menjilat Jari
Resipi Burger Ayam Chimicuri Sos Cheese Yang Enak. Memang Padu!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official: