Kastard lembut dan rasa lemak santan dalam labu yang dikukus. Jika  tiada santan segar, ia boleh digantikan dengan susu cair.

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 biji labu bersaiz sederhana
  • 4 biji telur
  • 350ml santan
  • 250gm gula
  • 1 sudu teh esen vanila

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Potong bahagian tangkai labu dan buang bijinya dengan menggunakan sudu. Ketepikan seketika.
  2. Dalam mangkuk adunan, pecahkan telur dan kacau sebati.
  3. Masukkan santan dan kacau bersama gula sehingga gula larut. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan telur tadi ke dalam labu dan kukus lebih kurang 1 jam 20 minit sehingga puding menjadi kental.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI