Kastard lembut dan rasa lemak santan dalam labu yang dikukus. Jika tiada santan segar, ia boleh digantikan dengan susu cair.
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji labu bersaiz sederhana
- 4 biji telur
- 350ml santan
- 250gm gula
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Potong bahagian tangkai labu dan buang bijinya dengan menggunakan sudu. Ketepikan seketika.
- Dalam mangkuk adunan, pecahkan telur dan kacau sebati.
- Masukkan santan dan kacau bersama gula sehingga gula larut. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau rata.
- Masukkan adunan telur tadi ke dalam labu dan kukus lebih kurang 1 jam 20 minit sehingga puding menjadi kental.
- Sedia untuk dihidangkan.