Rasa Kenyal-Kenyal Lemak, Mudah Je Buat Kuih Ulat Bulu

Share

Sedapnya resipi kuih ulat bulu ni. Rasa kenyal-kenyal lemak dengan inti kacang merah kan. Nak letak inti apa-apa pun boleh asalkan sedap.

Menerusi perkongsian resipi daripada Siti Hadirah ini, cara membuatnya sama seperti kuih onde-onde atau kuih gula melaka. Hanya berbeza dari rupa dan juga intinya.

KUIH ULAT BULU OBESITI

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung pulut – beli online di sini


1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
Air (saya guna air daun pandan)
½ sudu kecil air kapur
Kacang merah (ready made)
Kelapa parut (ambil putih sahaja)
Secubit garam

TONTON Wantan Goreng Mudah dan Ringkas | Dapur Rasa Live

TONTON Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Masukkan tepung pulut, tepung gandum, air kapur. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh lembut.


2. Ambil doh, leperkan. Letak inti kacang merah, kemudian gentel menjadi bujur. Buat sehingga habis doh.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]3. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan doh yang dah siap. Tunggu sehingga timbul.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Akhir sekali, boleh angkat dan golekkan ke dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi: Siti Hadirah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff