Seperti yang dijanjikan chewah, haja nak share resipi cookies yang super duper sedap ni. Nak tahu sedap ke tak korang WAJIB la try.
Bahan simple, mudah, Cara buat kalau takde mixer pun takpe. Kita kacau guna senduk kayu je. Kalau senduk kayu takde jugak kena la Beli
BAHAN A 250 gm butter (jenama lurpak) 120-130 gm brown sugar 1 biji kuning telur 2 sudu teh susu segar full cream jenama Dutch lady 1 sudu teh Essen vanilla (imported Essen vanilla lebih wangi)
BAHAN B 300 gm tepung diayak dulu ( haja guna self raising flour) Nak guna tepung gandum pun boleh tapi kena tambah baking powder (serbuk penaik)
BAHAN C 200 gm CHOC CHIP
Cara memasak:
1.
Ads
1. Pukul butter yang dah agak lembik( biarkan sekejap suhu bilik) . Pukul butter bersama brown sugar. Kacau adunan sehingga sebati, nampak creamy dan, bertukar warna sedikit.
2.
2. Masukkan telur kuning, esen vanilla dan susu (BAHAN A) Pukul sehingga tiada lagi ketulan gula (sikit2 tu kira halal la).
3.
3. Campurkan BAHAN B (tepung ) ke dalam aduanan tadi. Gaul sehingga sebati. Biar adunan jadi MESRA
4.
Ads
4. Last sekali boleh masukkan semua choc chip. Yumeeeh! Gaul biar sebati semuanya. Senangkan?Ok bab bakar kena kenali oven dulu. Oven jenis built in (my oven) 150 , 30 Minit (ni memang ranggup la) ranggup ye bukan hangit. Kalau oven yang lebih kecil boleh cuba dulu 140 darjah, 30 Minit .Make sure PANASKAN OVEN dulu sebelum Bakar cookies.
Katakan nak guna piping beg pun boleh.
Ads
5.
Lepas tu boleh terus piping atas Loyang. Siap!!! Tunggu sejuk sikit dah boleh makan. Yumeeeh Makan ni confirm tak makan sesikit.kredit resipi & foto: Haja Saleh
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA yang berlangsung semalam (11 November 2020) memang sangat meriah. Walaupun dilakukan secara atas talian disebabkan pandemik Covid-19 yang membataskan penganjuran secara fizikal, namun ia tidak menghalang para peserta untuk turut serta malah memberikan satu pengalaman baru buat semua.
Bersiaran secara langsung pada jam 11 pagi menerusi saluran Youtube Maggi® Malaysia, kelas masakan ini dikendalikan oleh Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin yang turut dibantu oleh chef jemputan yang tidak asing lagi di kalangan pembaca RASA iaitu Chef Sue M Arukin.
Gabungan kedua-dua personaliti hebat dalam bidang masakan ini ternyata begitu serasi dan menjadi. Banyak tip serta panduan yang dikongsi sepanjang kelas masakan berlangsung. Malah barisan chef juga aktif berinteraksi bersama penonton dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan, menjadikan suasana begitu meriah seakan berada dalam kelas masakan yang nyata.
Sebanyak tiga resipi telah dikongsi bersama para peserta. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera. Mana tidaknya, masak menggunakan produk-produk Maggi®. Tentulah hasilnya sangat enak.
Bagi anda yang tidak sempat untuk menyalin resipi-resipi semasa dalam kelas tadi, RASA kongsikan kembali buat anda. Bolehlah cuba masak untuk keluarga tersayang.
1. NASI & SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras Basmati – dibasuh
4 sudu besar minyak jagung
BAHAN A (dikisar halus):
100gm bawang kecil
30gm bawang putih
50gm halia
4 sekawan (2 keping kulit kayu manis, 4 kuntum bunga lawang, 10 biji buah pelaga, 10 kuntum bunga cengkih)
BAHAN B:
50gm serbuk ketumbar
20gm serbuk jintan putih
20gm serbuk jintan manis
10gm serbuk jintan manis
200ml air
BAHAN C:
1.5 liter air
1 sudu besar MAGGI CukupRasa
2 helai daun pandan
2 batang serai – diketuk
4 helai daun bay
BAHAN D
100gm kacang dal yang telah direbus
50gm daun bayam – dihiris
50gm kacang panjang – dipotong 1 cm panjang
50gm lobak merah – diparut
BAHAN HIASAN:
50gm hirisan timun
1 biji hirisan tomato
30gm daun bawang – dihiris nipis
50gm kismis
50gm gajus
CARA MEMASAK:
Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan A hingga kekuningan.
Masukkan bahan B dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan bahan C dan biarkan mendidih.
Masukkan bahan D, beras dan gaul sehinggan beras menjadi agak pekat.
Kecilkan api, tudungkan periuk dan masak hingga nasi menjadi empuk.
Susun dan tabur bahan hiasan.
Hidangkan panas.
2. AYAM MASAK MERAH (SAMBAL TUMIS)
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
300gm dada ayam – dipotong dadu
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 sudu kecil MAGGI CukupRasa
Minyak untuk mengoreng
1 sudu besar minyak
BAHAN B:
2 biji bawang kecil – dihiris
2 ulas bawang putih – dicincang
1 batang serai – dititik
2 pek (30 gram) MAGGI Sambal Tumis
2 sudu kecil MAGGI Sos Tomato
1 biji tomato
1/4 cawan kacang hijau
100 ml air
CARA MEMASAK:
Gaulkan bahan A sehingga sebati.
Panaskan minyak, goreng ayam dan ketepikan.
Keluarkan dan tinggalkan hanya 1 sudu besar minyak. Tumis bahan B.
Masukkan MAGGI Sambal Tumis, gaul sebentar dan masukkan MAGGI Sos Tomato, ayam dan air.
Biarkan ia reneh selama 1 minit dan sedia untuk dihidangkan.
4 pek Mi MAGGI® 2-Minit Tom Yam, direbus & ditoskan (dimasak selama 1 minit)
30gm daun ketumbar – dihiris
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaulkan cili padi, bawang merah, jus limau nipis, gula, akar ketumbar, perencah Mi MAGGI® 2-Minit Tom Yam, ayam, daun limau purut dan serai.
Masukkan juga bunga kantan, tomato, kubis, timun dan Mi MAGGI® 2-Minit Tom Yam.
Gaulkan rata dan akhir sekali, masukkan daun ketumbar.
Sedia untuk dinikmati.
Dah dapat resipinya? Nanti jangan lupa untuk mencubanya ya.
Kelas Masakan Online Bersama Maggi ® & RASA ini juga dihangatkan dengan soalan-soalan kuiz yang diajukan oleh para chef. Hadiahnya? Memang hebat-hebat tau. Ada baucar Maggi ® bernilai RM100 dan juga hadiah utama berupa tiket jemputan istimewa ke sesi makan-makan Bersama Datin Paduka Eina Azman.
Tahniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya menjawab soalan-soalan dengan tepat dan pantas. Berikut adalah senarai peserta bertuah pada hari ini.
Bagi yang terlepas untuk turut serta dalam Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA, anda boleh tonton menerusi di bawah ini.
Bila setiap hari memasak kadang-kadang buntu juga fikir menu apa kan?
Jom tonton video SAJI-an Misteri bersama Rasa. Menariknya, anda turut berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM500 dan barangan SAJI. Lima pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu.
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menonton aksi empat personaliti memasak pada setiap minggu. Mereka akan mencipta #sajianmisteri menggunakan pelbagai bahan daripada kotak misteri SAJI.
Aksi di dapur ini akan dimulakan oleh Ashhryyyyy pada 3 November 2020, Datin Ismatia pada 10 November 2020, Zara Zya pada 17 November 2020 dan diakhiri oleh Sharifah Shahirah pada 24 November. Tonton aksi mereka jam 1.00 petang di Instagram Majalah Rasa.
Apa yang perlu anda buat?
Kongsi video masakan anda di Instagram mengikut tema mingguan yang dibuat oleh personaliti. Nak lagi best, gunakan #santansaji.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini ya! Wang tunai RM500 dan barangan SAJI bakal menjadi milik anda.
CARA PENYERTAAN:
Follow Instagram @majalahrasa dan @sajimalaysiaofficial.
Nantikan resipi mingguan #sajianmisteri dari KOL dan selebriti ini.
Kemudian, kongsikan video kreatif #sajianmisteri anda berdurasi 1 – 2 minit di Instagram mengikut tema mingguan. Kalau nak lagi best, gunakan #santansaji. Jangan lupa gunakan hashtag #sajianmisteriRASA.
Lima pemenang akan dipilih secara mingguan mengikut tema masakan KOL dan selebriti.
Sesekali makan bubur ayam yang dimasak homemade memang sedap. Maklumlah bila buat sendiri, anda boleh letak aneka bahan sampingan yang disukai. Nak masak pun tidak renyah malah kosnya juga jauh lebih murah berbanding yang dibeli. Ringkas je tapi hasilnya nampak sedap. Nanti bolehlah cuba.
RESIPI BUBUR AYAM SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak
1 batang lobak merah – potong dadu
2 keping dada ayam – rebus dan carik
1 kiub MAGGI®️ Pati Ayam
Bawang putih – cincang halus
Lada sulah dan lada hitam
1 inci halia – ketuk
CARA MEMASAK:
Mula-mula rebus beras atau nasi dengan halia dan kiub MAGGI®️ Pati Ayam sampai jadi bubur. Kalau air kering tambah lagi hingga jadi bubur.
Kemudian masukkan lobak merah dan isi ayam. Isi ayam ni boleh juga disimpan sikit untuk ditaburkan atas bubur masa nak makan nanti.
Seterusnya masukkan lada sulah, lada hitam (nak guna lada hitam tumbuk pun boleh) secukupnya.
Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang untuk dijadikan minyak bawang putih. Goreng sampai garing dan keperangan.
Tuang minyak bawang putih ke dalam periuk bubur. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati.
Semasa menghidang, boleh tabur bawang goreng, daun bawang, isi ayam, minyak bawang putih dan lada hitam bagi menyedapkan lagi rasa.
INFO: Taburan bawang goreng dan isi ayam menyedapkan lagi rasa bubur ini
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.