Rasa: Ketuhar Kuali Ep11 Kongsi 3 Resipi Moden Yang Sedap & Mudah.

Share

Setiap minggu Aunty Aini dan Adam Didam berkongsi tiga resipi sedap, mudah dan senang dicuba oleh para penonton. Malah ianya dihasilkan mengikut cita rasa serta selera masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Pada episod ke 11 ini, kedua-dua pengacara ini sekali lagi berkongsi tiga hidangan terbaik yang boleh anda hasilkan buat keluarga tercinta.

Resipi Uncang Udang Bersama Sos Manis, Pasta Angelhair Sotong Bersama Herba dan Roti Epal Crumble adalah yang menjadi pilihan. Oleh itu jika anda tidak sempat nak tonton atau salin resipi-resipi tersebut dalam Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 11, tidak mengapa…RASA kongsikan kembali resipi penuh kesemua hidangan yang Adam Didam dan Aunty Aini kongsikan ni. Nanti bolehlah cuba ya. 

<<Klik disini untuk resipi penuh RASA: Ketuhar Kuali Ep 10>>

 

1. UNCANG UDANG BERSAMA SOS MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • Udang Cincang
  • Daging Ayam Cincang
  • 1 Sudu Besar Serbuk Lada Hitam
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 3-5 Batang Akar Ketumbar
  • 1 Sudu Besar Sos Soya Cair
  • 1 Sudu Besar Sos Ikan
  • Kulit Popiah
  • Daun Bawang
  • 1 Cawan Sos Manis Thai
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Biji Cili Merah (Dicincang)
  • 1 Sudu Besar Daun Ketumbar (Diracik)

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan isi udang dan isi ayam yang telah dikisar.
  2. Masukkan sos ikan, kicap cair dan serbuk lada hitam, kemudian gaul rata.
  3. Tumbuk akar ketumbar sehingga halus dan campurkan kedalam bahan mentah.
  4. Isikan bahan mentah keatas kulit popiah dibahagian tengah.
  5. Ikat uncang dengan menggunakan daun bawang yang telah dicelur.
  6. Goreng uncang didalam minyak penuh yang telah panas sehingga kuning keemasan.
  7. Untuk sos, campur sos manis Thai dengan bawang putih, cili dan daun ketumbar yang telah dicincang kesemuanya.
  8. Siap untuk dihidang.

 

2. PASTA ANGELHAIR SOTONG BERSAMA HERBA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 Pek Pasta Angelhair
  • 300g Sotong
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • ½ Pek Daun Basil
  • ½ Pek Daun Oregano
  • Mentega
  • Minyak Zaitun
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam
  • Cheese Parmesan
  • Chilli Flakes

CARA MEMASAK:

  1. Rebus pasta selama 8minit sehingga el dente.
  2. Tumis minyak bersama mentega, masukkan bawang besar, bawang putih, dan chilli flakes.
  3. Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan pasta yang telah direbus.
  5. Potong daun basil dan masukkan ke dalam kuali bersama daun oregano.
  6. Taburkan keju diatas hidangan setelah siap masak.
  7. Siap untuk dihidang.

 

3. ROTI EPAL CRUMBLE

BAHAN-BAHAN:

  • 50g Mentega
  • 150g Tepung Serbaguna
  • 40g Gula Perang
  • 15g Mentega
  • Epal (dipotong dadu)
  • 50g Gula Perang
  • ½ Sudu Kecil Serbuk Kayu Manis
  • 25g Cashew Nuts
  • 25g Kranberi Kering
  • Roti
  • 200g Mentega Cair

CARA MEMASAK:

  1. Mesinkan tepung, gula perang dan mentega hingga berderai.
  2. Masak epal dengan mentega dan gula perang sehingga lembut.
  3. Apabila lembut, masukkan serbuk kayu manis, kranberi kering dan cashew nuts.
  4. Potong roti menjadi bersaiz dadu kecil.
  5. Gaul roti dengan mentega cair.
  6. Dalam bekas pembakar, lapiskan lapisan pertama dengan roti.
  7. Lapiskan lapisan kedua dengan epal yang siap dimasak.
  8. Lapiskan lapisan ketiga dengan tepung berderai yang telah disiapkan.
  9. Bakar pada suhu 180’C selama 15minit.
  10. Siap untuk dihidang.

 

LINK RESIPI PENUH SETIAP EPISOD RASA: KETUHAR KUALI

Rasa: Ketuhar Kuali Ep 10

Rasa: Ketuhar Kuali Ep 9

Rasa: Ketuhar Kuali Ep 8

Rasa: Ketuhar Kuali Ep 7

Rasa: Ketuhar Kuali Ep 6

Rasa: Ketuhar Kuali Ep 5

Rasa: Ketuhar Kuali Ep 4

Rasa: Ketuhar Kuali Ep 3

Rasa: Ketuhar Kuali Ep 2

Rasa: Ketuhar Kuali Ep 1

Published by
Nur