Rasa: Ketuhar Kuali Episod 7 Tampil 3 Sajian Ringkas & Mudah Untuk Keluarga.

Share

Setiap minggu dalam Rasa Ketuhar Kuali, Aunty Aini dan Adam Didam tidak pernah jemu berkongsi koleksi resipi terbaik untuk para penonton setia. Sedap, mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ringkas menjadikan resipi-resipi yang dikongsi sangat menarik untuk dicuba.

Untuk episod ke 7 ini, terdapat tiga lagi menu istimewa yang boleh dihasilkan untuk keluarga. Malah penggunaan gula CSR menjadikan hidangan yang disedikan menjadi lebih lazat. Memang kena cuba.

<<Klik disini untuk resipi penuh Rasa: Ketuhar Kuali Episod 6>>

1. BEBOLA DAGING PEDAS THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 500g Daging Cincang
  • ¾ Cawan Serbuk Roti Panko
  • 1 Biji Telur
  • 1 Sudu Besar Sos Ikan
  • 3 Ulas Bawang Putih (Dicincang)
  • 1 Sudu Kecil Halia (Dicincang)
  • 3 Biji Cili Merah (Dicincang)
  • 3 Helai Daun Limau Purut (Dihiris)
  • ¼ Cawan Ketumbar (Dihiris)
  • 1 Sudu Kecil Gula Perang
  • 1 Sudu Kecil Serai (Diracik)
  • Spray Minyak

CARA MEMASAK:

  1. Gaul rata daging cincang, gula perang, daun ketumbar, daun limau purut, cili, sos ikan, serai, halia, bawang putih, serbuk roti dan telur.
  2. Minyakkan dulang pembakar untuk mengelakkan daging melekat.
  3. Bulatkan daging cincang seperti bebola kecil dan letakkan atas dulang pembakar.
  4. Bakar selama 20minit pada suhu 180-200’C.
  5. Siap untuk dihidang.

 

2. DAGING DENDENG

BAHAN-BAHAN:

  • ½ Kg Daging
  • 1 Sudu Besar Jintan Manis
  • 1 Sudu Besar Jintan Putih
  • 1 Susu Besare Biji Ketumbar
  • ½ Sudu Besar Lada Hitam
  • 5 Biji Cili Merah
  • 5 Biji Cili Hijau
  • 6 Biji Bawang Merah
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 2 Batang Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Pelaga
  • Bunga Cengkih
  • 2 Sudu Besar Kicap Pekat Hitam
  • Gula perang
  • Air Asam Jawa
  • 1 Labu Bawang Besar

CARA MEMASAK:

  1. Ketuk daging hingga menjadi nipis.
  2. Tumis kering jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar dan masukkan kedalam mesin pengisar.
  3. Kisar bahan bersama bawang merah, bawang putih, gula perang bersama sedikit air.
  4. Perap daging bersama lada hitam dan bahan kisar.
  5. Tambah kicap pekat dan gaul rata.
  6. Goreng garing daging dan toskan.
  7. Kisar cili merah, cili hijau, bawang putih, bawang merah bersama sedikit air.
  8. Tumis kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang dan bahan kisar.
  9. Masukkan garam, gula, serbuk lada hitam dan kicap pekat.
  10. Masukkan air asam jawa dan bawang besar apabila bahan tumis sudah mongering.
  11. Masukkan daging dan gaul rata.
  12. Siap untuk dihidang.

 

3. SANDWICH COKLAT PUDINA

BAHAN-BAHAN:

  • 375g Tepung Serbaguna
  • 70g Serbuk Koko
  • ½ Sudu Kecil Garam
  • 240g Mentega Sejuk
  • 170g Gula
  • 50g Gula Perang
  • ½ Sudu Kecil Esen Vanila
  • 1 Biji Telur
  • 120g Mentega
  • 200g Gula Aising
  • 1 Sudu Kecil Perisa Mint
  • Pewarna Hijau

CARA MEMASAK:

  1. Mesin kering tepung, serbuk koko, dan garam.
  2. Masukkan mentega yang telah dipotong kecil dan mesin.
  3. Apabila rata, masukkan gula pasir, gula perang, telur dan esen vanila. Mesin bahan hingga mejadi doh.
  4. Tuang doh ke atas kertas pembakar dan uli doh.
  5. Gelek doh sehingga sederhana nipis, kemudian bekukan selama 10minit.
  6. Untuk krim, mesinkan mentega hingga gebu dan masukkan gula aising. Mesin bahan hingga sebati.
  7. Gaulkan doh, kemudian masukkan perisa mint dan pewarna hijau.
  8. Keluarkan doh biskut coklat dari dalam peti sejuk, bentukkan doh dengan menggunakan pembentuk biskut.
  9. Letak di atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas pembakar.
  10. Bakar biskut pada suhu 180’C selama 10minit.
  11. Apabila siap, sejukkan biskut terlebih dahulu.
  12. Masukkan krim kedalam beg paip sebelah letakkan ke atas biskut. Paipkan krim dan kepitkan krim dengan 2 biskut seperti sandwich.
  13. Siap untuk dihidang.

 

Published by
Nur