
Portal majalah RASA menerusi Rasa Layan Curry Fiesta buka tempahan tapak berniaga untuk vendor usahawan makanan yang berminat. Bercerita tentang makan, Malaysia adalah antara syurga makanan dunia. Industri F&B antara yang paling pesat berkembang. Jual lah apa sahaja, dengan rasa yang sedap, padu serta persembahan kreatif, ia akan mendapat sambutan dan viral di sosial media.

Dalam 1001 jenis makanan, masakan kari adalah yang paling popular. Siapa yang tidak suka kan lauk pauk nasi kandar, roti canai, roti jala, karipap, murtabak dan banyak lagi. Ia diminati majoriti rakyat Malaysia. Tak lengkap menu hidangan tanpa kari. Selagi mampu kita layan kari sepuas-puasnya. Tidak hairanlah apabil roti canai diiktiraf sebagai roti pilihan nombor satu dalam kategori roti terbaik di dunia.


Kari menyatukan selera rakyat Malaysia dan oleh itu, portal majalah RASA bakal anjurkan pesta makanan berasaskan kari pada 5 hingga 8 September 2024, di Parking B, Setia City Covention Centre Shah Alam dari jam 11 pagi – 10 malam bersempena sambutan Hari Malaysia dengan tema Satu Malaysia Layan Kari.



Fiesta dua hari ini menyediakan tapak jualan (booth) kepada semua pengusaha makanan yeng berminat. Terdapar 4 jenis tapak yang ditawarkan kepada vendor:
- 12 buah booth khas untuk pengusaha Nasi Kandar (20 kaki x 20 kaki)
- 80 buah booth SME Gold & SME Silver (10 x 10 kaki)
- Food Truck.
Keutamaan adalah untuk jualan makanan yang sesuai dengan tema fiesta ini. Bagi melancarkan pedaftaran, para pengusaha makanan digalakkan mengisi borang Pra Pendaftaran Vendor Rasa Layan Curry Fiesta.


Peserta yang telah mendaftar akan dihubungi pihak penganjur untuk proses lanjut. Tujuan pra pendaftaran ini sebagai penapisan awal kategori makanan jualan utama agar setiap jenis makanan adalah seimbang dan menjaga kepentingan perniagaan vendor yang terlibat.


Selain pelbagai jualan makanan yang enak, lazat dan menarik, fiesta ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain bagi memenuhi keperluan gaya hidup pelbagai lapisan umur masyarakat. Antara yang menarik ialah pemberian kari kepala ikan percuma kepada pengunjung, pertandingan teh tarik kaw-kaw, pertandingan roti canai terbang tinggi, pameran kereta Hello Kitty, vespa vintage, motosikal klasik, bouncing castle, mini petting zoo dan banyak lagi.

Tidak meriah fiesta tanpa kehadiran KOL dan selebriti popular dan kehadiran mereka ini dijangka menjadi sebahagian daripada tarikan juga.
Untuk maklumat lanjut, pengusaha makanan yang berminat boleh hubungi urusetia vendor ditalian : 019-675 3057 atau 019-6328758 atau imbas kod QR yang ada pada poster.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rahsia Bentuk dan Warna Kulit Telur, Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Telur sememangnya antara bahan asas yang wajib ada di setiap dapur rakyat Malaysia. Dari sarapan pagi seperti telur separuh masak, sehinggalah kepada kek dan kuih tradisional, telur memainkan peranan penting dalam pelbagai hidangan. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa bentuk dan warna kulit telur sebenarnya memberi petunjuk tentang kualiti serta fungsi telur tersebut.

Jadi, sebelum anda masukkan telur ke dalam troli di pasar raya atau pasar tani, jom kita fahami rahsia di sebalik bentuk dan warna kulit telur agar anda dapat memilih yang terbaik untuk keperluan harian.
Bentuk Telur dan Kandungannya

Tidak semua telur berbentuk sama. Ada yang lonjong, ada juga yang bulat. Walaupun perbezaannya kelihatan kecil, bentuk telur sebenarnya memberi petunjuk tentang nisbah antara putih dan kuning telur serta jenis penggunaan yang paling sesuai.

Telur lonjong biasanya mengandungi lebih banyak putih telur (albumin) berbanding kuningnya. Kandungan proteinnya juga lebih tinggi. Sebab itu, telur jenis ini sangat sesuai untuk mereka yang mementingkan pengambilan protein seperti ahli sukan, individu yang sedang berdiet, atau mereka yang gemar membuat omelet dan telur rebus. Selain itu, putih telur yang banyak menjadikan telur ini lebih ringan dan gebu bila dipukul. Sesuai digunakan dalam resipi seperti pavlova atau meringue.

Telur bulat pula mengandungi lebih banyak kuning telur yang kaya dengan lemak sihat dan memberikan rasa lemak berkrim. Telur jenis ini amat sesuai untuk baking atau membuat pastri kerana kuning telur membantu memberikan tekstur lembut, warna keemasan dan rasa yang lebih sedap. Jika anda suka buat kek, roti, atau tart telur, pilihlah telur berbentuk bulat!
Warna Kulit Telur dan Kualitinya

Ramai yang keliru antara telur kulit cerah dan gelap. Warna kulit telur dipengaruhi oleh genetik ayam, tetapi ia juga mencerminkan ketebalan kulit dan ketahanannya.
Telur Kulit Gelap

Telur berwarna coklat gelap biasanya datang daripada ayam baka yang menghasilkan kulit telur lebih tebal. Ini bermakna telur jenis ini lebih tahan lama dan kurang risiko pecah. Jika anda mahu simpan stok telur untuk tempoh panjang atau bawa ketika perjalanan jauh, pilihlah telur berkulit gelap. Ketebalan kulitnya juga membantu mengekalkan kesegaran isi di dalam lebih lama.
Telur Kulit Cerah

Telur berkulit cerah pula mempunyai kulit yang lebih nipis dan mudah pecah. Walaupun nilai nutrisinya sama, ia memerlukan penyimpanan lebih berhati-hati. Simpan telur ini dalam bekas tertutup di bahagian sejuk (bukan di pintu peti sejuk) untuk mengelak perubahan suhu mendadak yang boleh mempercepatkan kerosakan.
Kulit Telur Berbintik dan Usia Ayam

Perhatikan juga tekstur kulit telur. Jika telur kelihatan berbintik atau bercap tompok, itu tanda ia datang daripada ayam yang lebih tua. Ayam yang sudah tua menghasilkan telur dengan kulit yang sedikit kasar dan tidak sekata. Walaupun masih selamat dimakan, jangka hayatnya lebih pendek dan kulitnya mudah retak. Bagi peniaga makanan atau bakeri, maklumat ini penting supaya telur yang digunakan sentiasa segar dan berkualiti tinggi.
Cara Simpan Telur Supaya Tahan Lama

Selain memahami bentuk dan warna kulit telur, cara penyimpanan juga memainkan peranan penting. Berikut beberapa tip mudah:
- Simpan telur dengan bahagian runcing menghala ke bawah bagi mengekalkan kedudukan kantung udara di bahagian atas.
- Elakkan membasuh telur sebelum disimpan. Lap dengan tisu kering kerana kulit telur mempunyai lapisan pelindung semula jadi (cuticle).
- Simpan di tempat sejuk tetapi stabil suhunya. Elak bahagian pintu peti sejuk.
- Amalkan sistem “first in, first out” – guna telur lama dahulu sebelum yang baru dibeli.
Tips Tambahan: Uji Kesegaran Telur

Tidak pasti sama ada telur masih segar atau tidak? Cuba ujian air berikut:
- Isi mangkuk dengan air dan letakkan telur di dalamnya.
- Jika telur tenggelam sepenuhnya, ia masih segar.
- Jika terapung sedikit, telur itu sudah lama tetapi masih boleh digunakan untuk masakan bergoreng.
- Jika terapung sepenuhnya, itu tanda telur sudah rosak – jangan digunakan.
Kesimpulan
Memilih telur bukan sekadar soal harga atau jenama. Ia tentang memahami rahsia di sebalik bentuk dan warna kulit telur serta bagaimana setiap perincian memberi kesan kepada hasil masakan dan nilai pemakanan. Telur lonjong untuk protein, telur bulat untuk baking. Telur berkulit gelap lebih tahan lama, manakala telur cerah perlu penjagaan rapi. Telur berbintik pula menandakan ayam yang lebih tua, bukan telur rosak.
Dengan ilmu tentang bentuk dan warna kulit telur ini, pengguna boleh membuat pilihan lebih bijak di dapur. Bukan sahaja untuk rasa masakan yang lebih sedap, tetapi juga untuk kesihatan, penjimatan, dan keselamatan makanan seisi keluarga.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak tip dan petua dapur di laman web RASA:
Cara Lembutkan Ikan Beku dengan Garam dan Cuka, Petua Cepat & Berkesan!
Panduan Keselamatan Tong Gas Memasak: Cara Betul Elak Kebocoran dan Letupan
4 Cara Tampal Periuk Bocor Guna Bahan Sedia Ada Di Rumah. Mudah & Jimat!
Tonton lebih banyak video TIP & Trick di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

Kehangatan Hari Raya Aidilfitri kian terasa. Setelah sekian lama tidak menyambutnya dengan sempurna, tahun ini Syawal kembali bermakna apabila berpeluang pulang ke kampung halaman untuk merayakan hari lebaran bersama-sama.
Selain berpeluang berjumpa sanak saudara, paling ditungu tentunya aneka juadah raya yang enak untuk hidangan di hari lebaran dan juga sajian buat tetamu yang datang bertandang.
Risau masakan anda ‘kurang menjadi’ sebab sudah lama tak masak dalam jumlah yang banyak? Jangan risau… Rangkaian produk dari Ajinomoto Malaysia kan ada. Pastinya boleh membantu anda di dapur bagi menambahkan lagi keenakan masakan raya.

Ajinomoto membantu menjadikan tugas-tugas memasak anda jadi lebih mudah dan cepat. Tidak perlu guna banyak penambah perisa. Hanya sedikit sahaja, sudah cukup menaikkan rasa. Paling penting, menu-menu tersebut enak, kekal bergizi dan berkhasiat.





Tak perlu gusar lagi. Jadikan AJI-NO-MOTO® Penambah Perasa, Seri-Aji® Perencah Berasaskan Menu dan Tepung Goreng, AJI-SHIO® Lada Berperisa, Rasa Sifu™ Penambah Perisa Semua Dalam Satu & TUMIX® – Perencah Pati Ayam dan Ikan Bilis sebagai teman pembantu di dapur di musim perayaan ini.
Istimewa buat anda, Ajinomoto Malaysia ingin bersama-sama meraikan Syawal dengan kongsi pelbagai resipi menu raya yang boleh dimasak sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Semuanya sedap dan mudah disediakan. Semoga sambutan tahun ini lebih bermakna buat anda sekeluarga. Selamat mencuba!
1. TAUHU BERGEDIL

BAHAN-BAHAN A: INTI
- Secukupya minyak masak
- 200 g isi ayam – dicincang
- ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
- 2 biji kentang russet – dibuang kulit dan di potong nipis
- 1 batang daun bawang – dihiris
- 4 sudu besar bawang goreng
- 2 ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
BAHAN-BAHAN B:
- 18 tauhu goreng
- 2 biji telur – dipukul
- ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
- 8 biji cili padi – dihiris
BAHAN-BAHAN C: SOS
- 10 batang cili padi
- 2 ulas bawang putih
- ½ cawan kicap manis
- 1 sudu kecil jus limau nipis
CARA MEMASAK:
- Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan isi ayam.
- Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa, kacau sehingga masak. Ketepikan.
- Panaskan secukupnya minyak masak, gorengkan kentang sehingga lembut dengan api perlahan.
- Lenyekkan kentang sehingga lumat.
- Masukkan isi ayam, daun bawang, bawang goreng dan AJI-SHIO® Lada Berperisa. Gaul sehingga sebati.
- Potong permukaan tauhu kering dan masukkan inti kedalam tauhu.
- Pukul telur bersama AJI-SHIO® Lada Berperisa.
- Salutkan tauhu dengan bancuhan telur dan goreng sehingga keperangan.
- Untuk membuat sos, kisarkan kesemua bahan (C) sehingga lumat.
- Taburkan cili padi pada tauhu. Sedia untuk dihidang.
2. RENDANG AYAM

BAHAN-BAHAN:
- ½ cawan minyak masak
- 1 kg ayam – dipotong
- 2 helai daun kunyit
- 2 helai daun limau purut
- 1 cawan santan
- ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
- 20 g gula melaka
- 1 sudu besar kicap manis
- 1½ sudu kecil garam
- 2 sudu besar kerisik
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 4 batang serai
- 2 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 2 inci kunyit hidup
- 10 tangkai cili kering – direbus
- ½ cawan air
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan kisar (A) sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam, kacau dan biar sehingga ayam separuh masak.
- Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan masukkan santan.
- Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, gula Melaka, kicap manis dan garam.
- Kacau sehingga sedikit kering dan naik minyak.
- Tambahkan kerisik, gaul sekata dan masak sehingga kering.
- Sedia untuk dihidang.
3. KUAH LODEH
BAHAN-BAHAN:
- 3 sudu besar minyak masak
- 1 ½ liter air
- 250 g kubis, dipotong
- 150 g lobak merah – dipotong nipis
- 150 g kacang panjang – dipotong
- 1 cawan udang – dibersihkan
- 1 keping santan
- 1 keping fucuk – direndam
- 30 gm suhun – direndam
- 1 keping tempe – dipotong kepingan dan digoreng
- 2 keping tauhu – dipotong kepingan dan digoreng
- 3 sudu besar RASA SIFU™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
- 2 sudu kecil gula
BAHAN-BAHAN A: DIKISAR
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 inci kunyit hidup
- 5 tangkai cili kering – direbus
- 15 gm udang kering
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan kisar (A) sehingga pecah minyak.
- Masukkan air dan biarkan mendidih.
- Masukkan kubis, lobak merah, kacang panjang, udang dan santan. Didihkan sehingga sayur sedikit masak.
- Masukkan pula fucuk, suhun, tempe goreng dan tauhu goreng.
- Perasakan dengan RASA SIFU™ dan gula. Kacau rata.
- Sedia untuk dihidang.
4. REMPEYEK
BAHAN-BAHAN:
- 100 gm SERI-AJI® Tepung Goreng Berempah
- 20 gm tepung beras
- ½ sudu kecil serbuk ketumbar
- ¼ sudu kecil serbuk jintan manis
- ¼ sudu kecil serbuk jintan putih
- 100 ml santan
- 200 ml air
- 1 sudu kecil air kapur
- 1 biji telur
- 150 gm kacang tanah – disangai
- 150 gm ikan bilis, dibasuh dan dikeringkan
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan SERI-AJI® Tepung Goreng Berempah bersama tepung beras, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Gaul sebati.
- Masukkan santan, air, air kapur dan telur. Gaul sebati.
- Panaskan minyak masak dengan api perlahan dan celup acuan seketika.
- Letakkan 1 sudu kecil bancuhan tepung di atas acuan.
- Masukkan sedikit kacang dan ikan bilis.
- Masukkan acuan di dalam minyak panas. Tunggu sehingga rempeyek tertanggal dari acuan. Goreng sehingga keperangan.
- Ulang sehingga bancuhan habis.
- Sedia untuk dihidang.
5. PULUT KUNING

BAHAN-BAHAN A:
- 450 gm beras pulut susu
- 650 ml air
- 1 keping asam keping
- 1 paket SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna 26g
- 2 helai daun pandan
BAHAN-BAHAN B:
- 1 cawan santan pekat
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil gula
CARA MEMASAK:
- Basuh beras sehingga bersih.
- Rendam selama 1 jam bersama-sama bahan-bahan (A), kecuali daun pandan.
- Tapis dan cuci bersih beras pulut.
- Kukus beras bersama daun pandan selama 15 minit.
- Campurgaulkan bahan-bahan (B).
- Keluarkan pulut dari pengukus. Tuangkan bancuhan (B) ke atas pulut. Gaul rata.
- Kukus semula selama 10 minit atau sehingga santan kering.
- Sedia untuk dihidang.
6. SATE
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg isi ayam / daging lembu – dipotong dadu
- 40 batang lidi sate
- 1 cawan air
- 3 sudu besar gula
- 2 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN A: DIKISAR
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 4 batang serai
- 3 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 2 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 ½ sudu besar TUMIX®Perencah Pati Ayam
- 5 sudu besar gula perang
- 3 sudu besar minyak masak
- ¼ cawan air
CARA MEMASAK:
- Kisar halus ke semua bahan-bahan (A).
- Campurgaul bersama isi ayam atau daging, cucuk pada lidi dan perapkan selama 1 jam di dalam peti sejuk.
- Gaul sebati air, gula dan minyak masak.
- Panaskan kuali leper atau pemanggang, panggang sate.
- Renjiskan sate dengan campuran air gula ketika memanggang.
- Sedia untuk dihidang.
7. KEREPEK POPIA PEDAS

BAHAN-BAHAN:
- 24 keping kulit popia – saiz sederhana
- 2 sudu besar tepung ubi – dicampur dengan 3 sudu besar air
- 1 liter minyak masak
- 1 sudu kecil asam jawa – dicampur dengan ¼ cawan air
- 1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
- 6 sudu besar gula
- 2 sudu besar bijan
BAHAN-BAHAN A: DIKISAR HALUS
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 18 tangkai cili kering – direbus
CARA MEMASAK:
- Potongkan kulit popia kepada 2 keping segi empat tepat.
- Gulungkan kulit popia secara memanjang dan lekatkan dengan campuran tepung ubi.
- Potongkan menyerong sepanjang 2 cm.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan minyak, ketepikan.
- Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan-bahan (A) sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
- Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan gula.
- Apabila sambal mendidih, masukkan kulit popia goreng dan gaul rata.
- Taburkan bijan di atas permukaan dan gaul rata.
- Biarkan ianya sejuk dan sedia untuk dihidang.
8. AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – dipotong
- 1 sudu besar SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan
- Secukupnya minyak masak
BAHAN-BAHAN A: KUAH
- 3 paket SERI-AJI® Perencah Masak Merah
- ¾ cawan air
- 1 biji bawang besar – dihiris nipis
- 1 biji bawang kuning – dihiris bulat
- 2 tangkai daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan.
- Gorengkan sehingga garing dan ketepikan.
- Gaul SERI-AJI® Perencah Masak Merah bersama air sehingga sebati.
- Panaskan ½ cawan minyak gorengan, tumis bawang besar sehingga layu.
- Masukkan bancuhan SERI-AJI® Perencah Masak Merah, didihkan sehingga pekat.
- Masukkan ayam goreng dan bawang kuning. Gaul sehingga kuah menyaluti ayam.
- Hidang dan taburkan daun ketumbar di atas ayam masak merah.
- Sedia untuk dihidang.
9. SAMBAL GORENG JAWA

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan minyak masak
- ½ sudu besar asam jawa – dibancuh bersama sedikit air
- ½ sudu besar kicap manis
- 1 ½ sudu besar Rasa SifuTM Penambah Perisa Semua Dalam Satu
- 200 gm lobak merah – dibelah dua memanjang dan dihiris nipis
- 12 ekor udang – dibersihkan
- 200 gm kacang panjang – dipotong memanjang
- 1 keping tempe – dipotong nipis dan digoreng
- 2 biji tauhu – dipotong nipis dan digoreng
- 200 gm kentang – dipotong kecil dan digoreng
- 50 gm suhun – direndam sehingga lembut
- 1 keping fucuk – direndam sehingga lembut
BAHAN-BAHAN A: DIKISAR
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili kering – direbus
- 1 inci halia
- 1 batang serai – dipotong kasar
- 5 gm udang kering
- ½ cawan air
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar (A) sehingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, kicap manis dan Rasa SifuTM. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan lobak merah dan kacau sehingga lembut.
- Masukkan udang dan kacang panjang, gaul sehingga udang masak.
- Campurgaulkan sehingga sekata bersama tempe, tauhu, kentang, suhun dan fucuk.
- Sedia untuk dihidang.
10. ROTI JALA BERSAMA KARI AYAM

BAHAN-BAHAN ROTI JALA:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- ½ cawan santan
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
- 2 sudu besar minyak masak
CARA MEMASAK:
- Kisarkan semua bahan bersama AJI-NO-MOTO® sehingga lumat dan sebati. Tapiskan bancuhan.
- Dengan menggunakan acuan roti jala, tuangkan di atas kuali leper membentuk jaring.
- Setelah masak, lipatkan satu bahagian ketengah, lipatkan kiri dan kanan untuk membentuk segi empat dan gulung membentuk silinder. Ulang untuk kesemua bancuhan.
- Sedia dihidang bersama kari ayam.
BAHAN-BAHAN KARI AYAM:
- ½ cawan minyak masak
- 4 sudu besar serbuk kari daging
- 200 g isi ayam, dipotong kecil
- 50 gm kentang, dipotong dadu kecil
- 1 tangkai daun kari
- 1 sudu besar asam jawa – dicampur dengan 2 cawan air
- ½ cawan santan
- 1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil garam
BAHAN-BAHAN A: DIKISAR HALUS
- 1 ½ biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- 2 inci halia
BAHAN-BAHAN B:
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 3 kuntum cengkih
CARA MEMASAK:
- Tumiskan bahan-bahan (A) dan (B) hingga naik bau.
- Masukkan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan isi ayam, kentang, daun kari dan air asam jawa. Biarkan sehingga kentang empuk.
- Masukkan santan dan biarkan mendidih. Perasakan dengan Perencah Pati Ayam TUMIX®, garam dan gula.
Nak dapatkan lebih banyak resipi menu raya, info lebih lanjut mengenai rangkaian produk serta aktiviti-aktiviti menarik dari Ajinomoto Malaysia, lawati laman web https://www.ajinomoto.com.my/hari-raya-recipes, www.ajinomoto.com.my dan facebook Hi Ajinomoto MY https://www.facebook.com/HiAjinomotoMY
Menu Apa Jadi Pilihan Sharifah Shahirah Minggu Ini & Siapakah Pemenang Saji-An Misteri Minggu Ketiga?

Sajian warisan turun temurun tentunya menjadi kebanggaan keluarga dan punya keistimewaannya yang tersendiri. Walaupun terdapat beratus-ratus resipi yang serupa, namun keenakannya pastinya tak sama.
Sajian Rendang Ayam merupakan salah satu juadah popular yang menjadi kegemaran ramai. Tua muda tidak kira bangsa, semua menggemari hidangan ini. Malah setiap keluarga mempunyai resipi rendang yang tersendiri dan ianya menjadi ikutan dari generasi ke generasi.
Dimasak dengan ramuan serta rempah ratus asli, ditambah pula dengan santan kelapa segar menjadikan Rendang Ayam satu hidangan yang cukup istimewa dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Dalam setiap hidangan, pasti tidak lengkap tanpa manisan. Salah satu yang popular di kalangan rakyat Malaysia ialah Puding Sagu Gula Melaka. Dihasilkan dari bahan-bahan yang ringkas, namun kombinasi rasa lemak, masin dan manis menjadikan ia sebagai satu juadah pencuci mulut yang sangat mempersonakan.
Istimewa minggu keempat ini, Cabaran Saji-an Misteri menampilkan selebriti cantik manis Sharifah Shahirah yang menyahut cabaran memasak dua hidangan istimewa menggunakan produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI. Siap kongsi resipi rendang warisan tau. Anda harus cuba.
RENDANG AYAM MAK ESAH

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – dipotong kecil
- 3 sudu makan kerisik
- 3 biji bawang besar – dikisar halus
- 3 ulas bawang putih – dikisar halus
- 15 tangkai cili kering – dikisar halus
- 5 inci lengkuas – dikisar halus
- 3 inci halia – dikisar halus
- 2 inci kunyit hidup – dikisar halus
- 6 batang serai – dikisar halus
- 300ml Santan Kelapa SAJI
- 1 helai daun kunyit – dimayang halus
- 5-6 helai daun limau purut
- Garam Gunung SAJI
- Gula Kasar SAJI
- Minyak masak SAJI untuk menumis secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak masak SAJI di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan cili kering kisar. Masak lagi.
3. Kemudian masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut dan mengeluarkan air.
4. Bila air ayam sedikit kering, masukkan Santan Kelapa SAJI. Tambah sedikit air jika perlu.
5. Tambahkan Garam Gunung SAJI dan Gula Kasar Saji dengan secukupnya.
6. Masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut yang diracik halus.
7. Masukkan juga kerisik. Gaul sebati hingga rendang masak sekata.
8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
PUDING SAGU GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan sagu – direndam 1/2 jam
- 4 cawan air – tambah air bila perlu
- 2 helai daun pandan
- Pewarna pilihan
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan sagu, masak dengan air mendidih sentiasa kacau hingga sagu kembang dan jernih dan tiada sagu putih.
2. Jirus dengan air paip, buang kanji. Sagu tadi ditambah pewarna ikut cita rasa dan biarkan sejuk.
KUAH:
- 2 1/2 cawan Santan Kelapa SAJI
- 1/2 cawan air
- Secubit Garam Gunung SAJI
- 1 helai daun pandan – simpul
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan Santan Kelapa SAJI dan Garam Gunung SAJI ke dalam periuk.
2. Tambahkan sedikit air. Biarkan mereneh.
3. Masukkan daun pandan. Masak hingga mendidih. Angkat dan ketepikan.
AIR GULA MELAKA:
- 1 ketul gula kabung /gula melaka – potong kecil
- 1/4 cawan Gula Kasar SAJI
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan
- Secubit Garam Gunung SAJI
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan dan masak sampai agak pekat. Padamkan api.
2. Campur sagu, air gula melaka, santan dan sejukkan sebelum dinikmati.
Pemenang Minggu Ketiga
Tahniah kepada para pemenang Saji-an Misteri minggu ketiga. Berikut merupakan mereka yang terpilih berdasarkan pilihan juri.
1. Bsod666 | @bsod666
2. Hamnee Mod Zain | @amnee_janne
3. Zuhira Mohd | @zuhira_mohd
4. Ticer Shahira SharapOva | @ticershahira
5. Aizan | @aizanaziz31
Masak, Kongsi & Menang!
Nak menang wang tunai RM500 serta barangan SAJI? Mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu tonton aksi empat personaliti ini memasak pada setiap minggu di mana mereka akan mencipta #sajianmisteri menggunakan bahan yang ada di dalam kotak misteri SAJI terutamanya produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI.

Santan Kelapa SAJI diperbuat daripada perahan kelapa segar yang terbaik. Aroma dan teksturnya yang lemak berkrim menjadikan ia pilihan yang sempurna untuk setiap hidangan di atas meja. Santan Kelapa SAJI juga bebas kolesterol dan tanpa bahan pengawet.
Aksi empat personaliti ini dimulakan oleh Ashhryyyyy pada 3 November 2020, Datin Ismatia pada 10 November 2020, Zara Zya pada 17 November 2020 dan diakhiri oleh Sharifah Shahirah pada 24 November 2020. Kalau anda nak sertai, ini cara-caranya:
- Follow Instagram @majalahrasa @sajimalaysiaofficial
- Buat video memasak yang kreatif berdurasi 1 – 2 minit mengikut tema masakan mingguan yang dimasak oleh selebriti pilihan. Cipta resipi baru atau tambah bahan-bahan rahsia anda sendiri dan mestilah menggunakan produk SAJI.
- Muat naik video masakan di laman Instagram anda, menggunakan hashtag #sajianmisteriRASA. Pastikan akaun anda di public kan.

Tonton video Saji-an Misteri Sharifah Shahirah disini:





