Makan

Rasa Layan Curry Fiesta Buka Pra Pendaftaran Tapak Niaga Untuk Vendor Yang Berminat

Share

Portal majalah RASA menerusi Rasa Layan Curry Fiesta buka tempahan  tapak berniaga untuk vendor usahawan makanan yang berminat. Bercerita tentang makan, Malaysia adalah antara syurga makanan dunia. Industri F&B antara yang paling pesat berkembang. Jual lah apa sahaja, dengan rasa yang sedap, padu serta persembahan kreatif, ia akan mendapat sambutan dan viral di sosial media.

Dalam 1001 jenis makanan, masakan kari adalah yang paling popular. Siapa yang tidak suka kan lauk pauk nasi kandar, roti canai, roti jala, karipap, murtabak dan banyak lagi. Ia diminati majoriti rakyat Malaysia. Tak lengkap menu hidangan tanpa kari. Selagi mampu kita  layan kari sepuas-puasnya. Tidak hairanlah apabil roti canai diiktiraf sebagai roti pilihan nombor satu dalam kategori roti terbaik di dunia.

Kari menyatukan selera rakyat Malaysia dan oleh itu, portal majalah RASA bakal anjurkan pesta makanan berasaskan kari pada 5 hingga 8 September 2024, di Parking B, Setia City Covention Centre Shah Alam dari jam 11 pagi – 10 malam bersempena sambutan Hari Malaysia dengan tema Satu Malaysia Layan Kari.

Fiesta dua hari ini menyediakan tapak jualan (booth) kepada semua pengusaha makanan yeng berminat. Terdapar 4 jenis tapak yang ditawarkan kepada vendor:

  • 12 buah booth khas untuk pengusaha Nasi Kandar (20 kaki x 20 kaki)
  • 80 buah booth SME Gold & SME Silver (10 x 10 kaki)
  • Food Truck.

Keutamaan adalah untuk jualan makanan yang sesuai dengan tema fiesta ini. Bagi melancarkan pedaftaran, para pengusaha makanan digalakkan mengisi borang Pra Pendaftaran Vendor Rasa Layan Curry Fiesta.

Peserta yang telah mendaftar akan dihubungi pihak penganjur untuk proses lanjut. Tujuan pra pendaftaran ini sebagai penapisan awal kategori makanan jualan utama agar setiap jenis makanan adalah seimbang dan menjaga kepentingan perniagaan vendor yang terlibat.

Selain pelbagai jualan makanan yang enak, lazat dan menarik, fiesta ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain bagi memenuhi keperluan gaya hidup pelbagai lapisan umur masyarakat. Antara yang menarik ialah pemberian kari kepala ikan percuma kepada pengunjung, pertandingan teh tarik kaw-kaw, pertandingan roti canai terbang tinggi, pameran kereta Hello Kitty, vespa vintage, motosikal klasik, bouncing castle, mini petting zoo dan banyak lagi.

Tidak meriah fiesta tanpa kehadiran KOL dan selebriti popular dan kehadiran mereka ini dijangka menjadi sebahagian daripada tarikan juga.

Untuk maklumat lanjut, pengusaha makanan yang berminat boleh hubungi urusetia vendor ditalian : 019-675 3057 atau 019-6328758 atau imbas kod QR yang ada pada poster.

Published by
Naqiyatul Uzma