
Kuih getas merupakan kuih tradisional yang sangat unik kerana rasanya yang lemak manis. Ada yang juga memanggil getas-getas atau gegetas. Cara penyediaannya antara yang paling senang berbanding kuih tradisional yang lain. Uli, gentel dan goreng je. 10 minit dah boleh siap! Rasanya yang lembut dan kenyal itu menjadikan ia amat diminati dan sering dijadikan sebagai hidangan minum petang seisi keluarga.
KUIH GETAS
BAHAN-BAHAN
- 1/2 biji kelapa parut
 - 2-1/2 cawan tepung pulut
 - 1/2 cawan tepung gandum
 - 1 cwn air (atau secukupnya)
 - 1 sudu teh garam
 
Untuk sira gulanya
- 1/2 cawan gula
 - 1/2 cawan air
 
CARA PENYEDIAAN
Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa.


Bentukkan doh sebesar nugget

Goreng dengan api sederhana.
Air dan gula dimasak dalam kuali, biar betul-betul pekat baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.

Air dan gula dimasak hingga pekat. Berbuih macam ni tanda gula telah pekat.

Masukkan kuih yang telah digoreng dan boleh tutup api, kacau hingga jadi seperti ini.
Kredit resipi & foto: Yatteomar
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Tepung Pelita Sedap, Lembut Bergedik. Bahan Sukat Guna Cawan

Sedap Kuih Tepung Pelita ni. Lemak manis, memang jadi kegemaran ramai. Bagi anda yang sukakan manisan ini dan mahu cuba membuatnya, resipi perkongsian saudari Shakinah Zainal ni boleh dicuba. Nampak sangat sedap dan membuka selera. Paling penting resipinya sangat mudah. Jomlah cuba.
CARA MEMBUAT TEPUNG PELITA SEDAP & MUDAH DIBUAT

BAHAN LAPISAN BAWAH:
1 cawan tepung beras – beli online disini
1 cawn gula pasir  – beli online disini
2 cawan air pandan
3 cawan air putih
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pewarna hijau  – beli online disini
Sedikit air kapur (tak letak pun tak apa)  – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
2. Bila bancuhan sudah tidak berketul, buka api dan kacau lagi sampai masak. 
3. Tepung akan kelihatan pekat berkilat bila sudah masak. Padamkan api dan masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian. Biarkan seketika.
BAHAN LAPISAN ATAS:
4 sudu besar (jangan membukit) tepung beras 
4 cawan santan (boleh guna 2 cawan santan pekat & 2 cawan air tapi lebih sedap jika guna santan lebih supaya rasa lebih lemak)
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula  – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada bahan berketul.
2. Buka api dan masak hingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Padamkan api.
3. Masukkan ke dalam bekas berisi lapisan hijau tadi. Masukkan dengan secukupnya.

4. Sejukkan Tepung Pelita dan bolehlah dinikmati.


Nota : Air kapur perlu dibancuh cair sahaja. Jika pekat kuih akan berbau kapur.
Kredit resipi & foto: Shakinah Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Kuah Pecal Sedap Untuk Berbuka Puasa Guna Resipi Arwah Mak
Himpunan 30 Resipi Menu Sahur Terbaik Sepanjang Bulan Ramadan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Daging Bakar Sedap Cicah Dengan Sos Siam. Memang Padu!

Jom masak Daging Bakar dan pencicah Sos Siam. Sangat sedap! Menurut empunya resipi saudari Aida Illyana, ini merupakan hidangan kegemaran beliau sampaikan sanggup tiap minggu ke Danok Thailand untuk menikmati sajian ni. Bagi yang nak cuba, boleh pakat share resipi perkongsian saudari Aida Illyana ni. Tengok gambar pun dah tau sedap! Masak sendiri ni lagi puas hati. Sekali masak dapat makan berkali-kali. Memang puas. Jom cuba!
DAGING BAKAR BERSAMA PENCICAH SIAM

BAHAN DAGING BAKAR
- 2 keping daging batang pinang
 - 2 sudu makan sos tiram –beli online disini
 - 2 sudu makan kicap cair –beli online disini
 - 1 ulas bawang putih – tumbuk hancur
 - 1 batang serai – tumbuk hancur
 - 1 sudu teh lada sulah –beli online disini
 - 2 sudu makan gula perang –beli online disini
 - 3 sudu makan susu cair –beli online disini
 - 1 sudu makan serbuk cili –beli online disini
 - Sedikit serbuk perasa*optional: Sedikit halia yang ditumbuk hancur
 

CARA MEMERAP:
- Satukan semua bahan dan aduna sebati. Lumur pada daging dan perap dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dimasak. Lagi lama diperap lagi sedap.
 
INFO RASA: Bakar daging hingga masak. Lebih enak jika bakar guna arang.
BAHAN PENCICAH SIAM

- 4 sudu makan sos ikan –beli online disini
 - 2 sudu makan gula perang –beli online disini
 - 1 sudu makan pes asam jawa (campur sedikit air panas untuk cairkan)
 - 1 sudu makan serbuk beras pulut siam (roasted rice powder)
 - 2 sudu makan serbuk cili kering thai chilli flakes (lebih utk pedas)
 - 1-2 biji limau nipis (boleh ubah ikut rasa. Jika tak cukup masam, boleh tambah.)
 - Daun ketumbar secukupnya
 - Daun bawang secukupnya
 - 1-2 biji bawang kecik/bawang merah – hiris nipis
 - 1 sudu makan minyak zaitun/minyak masak (optional) –beli online disini
 
CARA MEMBUAT SOS:
- Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Adun sebati. Siap untuk dihidangkan bersama daging bakar.
 

Kredit resipi & foto: Aida Illyana
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Nasi Tomato Simple & Ayam Masak Rose Mudah

Enaknya menikmati hidangan Nasi Tomato bersama Ayam Masak Rose. Lebih sedap lagi jika ada Acar Jelatah ataupun Dalca. Laju je nasi disuap ke mulut. Bagi anda yang bercadang nak masak menu ini untuk keluarga atau untuk jamuan, sesuai sangatlah cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Resipi yang cukup mudah dan ringkas sahaja. Jom cuba! Pasti puas hati dengan rasanya.
CARA MEMASAK NASI TOMATO SIMPLE & AYAM MASAK ROSE
NASI TOMATO

BAHAN-BAHAN:
- 5 cawan beras basmathi 1121 cap rambutan – beli online disini
 - 6 cawan air
 - 1/2 cawan susu cair – beli online disini
 - 3 sudu besar minyak sapi – beli online disini
 - 1 senduk kecil minyak masak
 - 1 tin kecil puri tomato (berat 220gm) – beli online disini
 - 2 biji bawang merah – hiris nipis – beli online disini
 - 5 ulas bawang putih – hiris – beli online disini
 - 2 hiris halia sebesar ibu jari – hiris
 - 1/2 sudu besar garam
 - 1/2 sudu kecil gula
 - 4 kuntum bunga lawang – beli online disini
 - 1 keping kulit kayu manis – beli online disini
 - Daun ketumbar
 - Sedikit kismis – basuh dan toskan – beli online disini
 
INFO: Sukat beras, air, susu guna cawan kopi teh yang sama. Nak lagi ok guna cawan sukatan metrik.
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras dan rendam selama 15-20 minit. Masukkan juga 2 cubit garam. Bila dah cukup masa, toskan dan bilas sekali lalu saja guna air paip.
2.Panaskan minyak dan minyak sapi dalam kuali. Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan bahan hiris. Tumis hingga layu dan sedikit garing.
 
4.Masukan tomato puri, garam dan gula. Biarkan mendidih.
5.Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair. Masak lagi hingga naik minyak dan terus tutup api.
6.Kemudian masukkan beras yang sudah ditoskan ke dalam periuk nasi elektrik.
7.Masukkan juga pes nasi tomato yang ditumis tadi.
8.Tambahkan daun ketumbar yang dicarik dengan batangnya sekali (anggaran 4-5 batang)
9.Tekan butang ‘cook’ dan biarkan nasi betul-betul kering. Taburkan kismis atas nasi (jangan kacau nasi tu).
10.Apabila butang cook dan naik, biarkan selama 15 minit baru boleh kacau nasi. Siap.


AYAM MASAK ROSE

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – potong, basuh, tos, gaul dengan sedikit garam
 - 3 kuntum bunga lawang
 - 2-3 batang serai – diketuk
 - 1 1/2 sudu besar gula
 - 2 sudu kecil garam – jika tak cukup baru tambah
 - 1 sudu teh bahan perasa
 - 4 sudu besar sos cili life – beli online disini
 - 2 sudu besar sos tomato – beli online disini
 - 1 cawan susu cair – beli online disini
 - 1 cawan air
 - 1 tin kacang peas – toskan – beli online disini
 
BAHAN KISAR HALUS:
- 20 tangkai cili kering – tambah jika suka pedas, buang biji dan rendam air panas – beli online disini
 - 3 biji bawang besar
 - 7 ulas bawang putih
 - 2 ketul halia sebesar ibu jari
 - 1 cawan minyak masak
 
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan minyaknya.
2.Dalam kuali berasingan, masukkan bahan kisar. Jangan letak minyak dah ya.
3.Masukkan bunga lawang, serai, gula, garam dan sedikit bahan perasa. Tumis hingga betul-betul garing dan bahan kisar berubah warna menjadi merah gelap.
4.Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sekejap.
5.Seterusnya masukkan susu. Kacau hingga naik minyak.
6.Masukkan ayam dan air. Masak hingga kuah hampir pekat.


7.Taburkan kacang peas. Kacau sekejap dan sesuaikan rasa.

8.Ayam Masak Rose siap untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

