Asyik terkurung saja di rumah, boleh membuatkan otak kita tepu kerana tak dapat nak buat aktiviti kebiasaan sebelum ini.
Rindu nak makan bersama kawan, lepak di café sambil makan dan berborak. Namun tak apa. Kita bawa suasana café ke dalam rumah dengan membuat resipi Roti Gulung Ala Sushi, hasil ciptaan Keroroyz Royz ini.
Resipi ini boleh menghasilkan hidangan 8 hingga 10 roti gulung.
1. Campurkan bahan sapuan iaitu mayonis, jus limau dan susu pekat. Sejukkan di dalam peti sejuk.
2. Ambil sekeping roti sapukan bahan sapuan.
Ads
3. Lapiskan dengan seaweed. Letakkan bahan inti, gulung kemas dan lekatkan telur dihujungnya.
4. Celupkan ke dalam telur, salutkan dengan serbuk roti.
5. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan hingga kekuningan. Atau boleh juga menggunakan air fryer. Panaskan air fryer selama 2,3 minit pada suhu 160c. Kemudian, bakar selama 7 minit. Hidangkan bersama sos.
Ads
*inti boleh tukar dengan omelette, udang goreng dan lain-lain.
Bahagian ayam yang kurang disukai oleh anak-anak ialah dada ayam. Jadi goreng ayam bahagian dada ni. Buat ala-ala chicken chop yang digoreng rangup gerenti laju je mereka makan. Boleh jadi menu minum petang untuk anak-anak. Bahannya pun mudah didapati dan hanya ikut tiga langkah ini.
CHICKEN CHOP
Bahan-bahan: 1 keping bahagian dada ayam 1 biji telur 1 sudu tepung bestari 1 sudu tepung ubi Serbuk roti secukupnya Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Masukkan dada ayam yang telah dihiris nipis ke dalam telur, tepung bestari, tepung ubi dan secubit garam. Gaulkan sehingga agak pekat (boleh je tambahkan tepung jika masih cair).
2. Kemudian celupkan ke dalam serbuk roti sehingga rata.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Nota: boleh dimakan dengan mayonis atau cheezy mayo pun dah sedap,yang penting anak-anak suka makan. Kredit: Suhaniza Isenen/ Kak haney
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih tradisional ni memang tak jemu dimakan. Namun kini, kuih tradisional kian sukar didapati. Malah resipinya juga menghilang bersama orang ‘lama’ yang membuatnya. Oleh itu, kami kongsikan lima jenis kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman.
1. PULI IBU KAYU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
200gm gula merah
200gm gula pasir
150ml air
BAHAN SALUT:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 50 minit Keistimewaan : Rasa unik ubi kayu dan manis air gula Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Rebus dan kukus Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
2. CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung gandum
100gm tepung beras
200ml air
200gm gula merah
50ml gula pasir
200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia dinikmati panas.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak:45 minit Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Rebus dan goreng Anggaran kos: RM10
Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
3. KOLE KACANG
BAHAN-BAHAN:
300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
200gm gula merah
50gm gula pasir
500ml santan
200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK:
Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
Setelah sejuk, boleh dipotong.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak: 45 minit Keistimewaan : Rasa lemak dan aroma tahi minyak yang unik Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Goreng Anggaran kos: RM12
Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
4. KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping manisan
1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak: 1 jam Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Rebus dan kukus Anggaran kos: RM10
5. LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
1 cawan beras pulut |bersihkan
Air secukupnya
Pewarna merah secukupnya
30ml minyak masak
5gm garam halus
80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
11/2 cawan tepung beras
4 cawan air pandan
Sedikit pewarna hijau
10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
80gm tepung beras
500ml santan pekat
5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
200gm gula merah
100gm gula pasir
200ml air
CARA MEMASAK:
Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak:1 jam Keistimewaan : Rasa lemak dan manis gula merah Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Tanak dan kukus Anggaran kos: RM14
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.
Musim PKP ni, tak tahu nak pergi mana kan? Asyik ulang-alik pergi dapur, bilik air dan bilik sendiri sajalah.
Tapi waktu macam nilah kita nak pelajari lebih banyak ilmu tentang juadah-juadah istimewa kan. Lagipun tak lama lagi hari istimewa Hari Bapa pun bakal menjelma.
Jadi, apa kata kita pelajari juadah makan petang yang sangat senang ini. Guna air fryer saja! Bahan-bahan pun mudah untuk didapati.
Jom kita tengok macam mana untuk membuatnya dengan menggunakan resipi daripada Izz Aishah.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.