
RESIPI CONEY DOG

Bahan untuk kuah:

- Sedikit Buttercup
- Dagin & Ayam cincang
- Bwg putih d dadu
- Bwg Holland d dadu
- Sos cili
- Sos Black paper
- Sos Honey Bbq
- Maggie Cukup Rasa
- Gula

Cara-cara:
- Cairkn buttercup tumis bwg putih n bwg holland separuh masak,masukkn daging & ayam cincang tadi,kacau bg sebati n biarkn sehingga air daging & ayam tu kering
- Kacau bg sebati,masukkn sos cili,sos black paper,sos honey bbq n kacau rata
- Masukkn maggie cukup rasa & gula
- Kacau sebati n tutup api
- Rasakn mengikut citarasa sendiri dn pastikn ada rasa pedas,masin n manis
SELAMAT MENCUBA ![]()
Kongsi resipi: Rrose Rapii
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
Anak-Anak Suka Makan Burger? Boleh Cuba Buat Sendiri Daging Burger Homemade Ni.
Telur Dadar Kentang Cheese. Memang Sedap, Mesti Anak-Anak Pun Suka.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Mi Celup Daging Ala Siam. Hidangan Panas Pembuka Selera.

Andai berkunjung ke restoran masakan Thailand, pelbagai menu sedap dari hidangan utama sehingga pencuci mulut yang boleh anda cuba. Semuanya enak-enak belaka. Terasa nak makan sajian siam hari ni? Mi Celup Daging ni salah satu yang mudah dicuba. Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh cuba buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
MI CELUP DAGING SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tulang lembu berdaging
- 4 ulas bawang putih – dimayang
- 4 ulas bawang merah – dimayang
- 1 inci halia – dimayang
- 1 batang serai
- 2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
- Sos ikan ikan
- Gula kabung
- Garam
- Air secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
BAHAN SAMPINGAN:
- Mi kuning | rendam dan celur
- Hirisan daging
- Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
- Daun ketumbar
- Taugeh | dicelur
- Kangkung | dicelur & dihiris
- Limau nipis
CARA MEMASAK:
- Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
- Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
- Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
- Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
- Matikan api.
- Untuk menyediakannya, masukkan mi ke dalam mangkuk.
- Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
- Mi Celup Daging Siam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Mi Celup Siam ini sedikit berbeza daripada mi sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
Resipi Sambal Bawang Sedap. Buat Macam Ni Barulah Tahan Lama

Sedapnya Sambal Bawang homemade ni. Ada juga yang panggil sambal bojak ( jika tambah tomato), sambal jawa atau sambal Nasi Ayam Penyet. Apa-apa pun, sambal resipi perkongsian Cik Pooja ni memang sedap dan membuka selera. Buat banyak-banyak, boleh buat stok. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SAMBAL BAWANG HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
- 3 biji bawang besar – jika kecil, guna 5 biji. Potong kasar.
- Segenggam cili kampung hijau
- 1/2 genggam cili padi Vietnam (merah)
- 1 ketul belacan bakar– sebesar duit 50 sen
- 1 sudu makan garam
- 1 sudu teh ajinomoto – boleh ganti dengan gula
- 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan bawang dan cili. Keringkan airnya.

2. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili, belacan & tomato ( jika ada) hingga lembik dan lebam.

3. Kemudian masukkan bahan-bahan digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali ke dalam blender.

4. Tambahkan garam, ajinomoto atau gula. Kisar sekejap-sekejap (3 kali) supaya sambal tidak terlalu hancur.
5. Siap untuk dinikmati. Jika banyak, boleh letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Kredit resipi & foto: Cik Pooja
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali
Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Wauuu…Bunga Telang Jadikan Kuih Nampak Sedap & Cantik.

Inginkan kelainan dalam menyajikan hidangan menu minum petang tanpa mengubah rasa? Apa lagi, korang boleh cuba idea dengan memanfaatkan bunya telang yang cantik warnanya tu ke dalam makanan sebagai pewarna dan tarikan pada kuih ye.Sesekali berkarya apa salahnya mencubakan…

ROTI JALA BUNGA TELANG DAN KUAH MANIS
BAHAN-BAHAN:
ROTI JALA:
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1 cawan air rebusan bunga telang
- 2 sudu makan minyak sayur
- 2 biji putih telur
- Secubit garam
KUAH MANIS:
- 1 1/2 cawan santan
- 1/4 cawan gula
- 1/4 cawan gula merah
- 1 sudu makan tepung gandum + 2 sudu makan air | bancuh
- 2 helai daun pandan | siat & simpul
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk mendapatkan air rebusan bunga telang, rebus 40 kuntum bunga telang bersama 1 cawan air hingga mendidih.
- Tapis, sejukkan dan sedia untuk digunakan.
- Satukan kesemua bahan lalu tapis (supaya bancuhan licin dan tidak berketul).
- Panaskan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak.
- Tuang bancuhan ke dalam acuan roti jala lalu jalakan ke dalam kuali.
- Masak untuk beberapa minit dan gulung kemas.
- Untuk membuat kuah manis; satukan semua bahan kuah manis.
- Didihkan hingga agak pekat dengan api sederhana. Sesuaikan rasanya.
- Sedia dihidangkan bersama roti jala.

LEMPENG TELANG BERINTI
BAHAN-BAHAN:
LEMPENG:
- 20 kuntum bunga telang
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 biji putih telur
- Secubit garam
INTI:
- 2 keping dada ayam | cincang dadu & rebus empuk
- 2 biji ubi kentang | potong dadu kecil & rebus empuk
- 1 labu bawang besar | cincang dadu
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 4 ulas bawang merah | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 1 tangkai daun kari
- Garam & gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Satukan bunga telang bersama 1 cawan air di dalam periuk.
- Didihkan hingga mengeluarkan warna biru yang menarik.
- Tapis, sejukkan dan sedia untuk digunakan.
- Satukan semua bahan dan kacau rata.
- Jika bancuhan terlalu pekat tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit lagi tepung. Tapis bancuhan lempeng.
- Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non-stick). Tuang sesenduk kecil bancuhan tepung dan masak hingga lempeng keperang-perangan (satu bahagian sahaja).
- Ulangi proses hingga semua bahan habis. Ketepikan.
- Untuk membuat inti; panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali.
- Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan rempah kari dan daun kari.
- Tambah sedikit air lalu tumis rempah hingga masak.
- Masukkan ubi kentang dan ayam rebus.
- Masak hingga semua bahan masak sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Ambil sekeping lempeng, sendukkan inti dan gulung rapi. Potong mengikut cita rasa.

KASWI TELANG
BAHAN-BAHAN:
- 5 cawan air rebusan bunga telang | 40 bunga telang &rebus dengan air
- 1 cawan gula pasir
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
- Kelapa parut | putihnya sahaja + secubit garam halus
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk besar, satukan gula, tepung gandum, tepung ubi, kapur makan dan air rebusan bunga telang.
- Kacau sebati dan tapis.
- Sediakan loyang atau acuan kuih pilihan yang telah disapu sedikit minyak lalu tuang bancuhan tadi ke dalamnya.
- Kukus selama 25 minit atau hingga kuih masak.
- Keluarkan dari acuan dan tabur kelapa parut diatasnya.

