Siapa yang tak suka sotong apalagi kalau buat goreng telur masin. Hidangan popular di restoran ini, kita boleh anda nikmati dirumah. Cuba resipi ini dan anda boleh masak mengikut citarasa sendiri. Paling penting ia lebih jimat terutama untuk mereka yang mempunyai keluarga besar.

SOTONG GORENG TELUR MASIN

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  •  1 cawan tepung ubi
  •  2 biji putih telur
  •  500gm sotong ] dihiris
  •  2 biji kuning telur masin
  •  2 tangkai daun kari
  •  7 biji cili padi ] dicincang
  •  3 sudu makan mentega
  •  Gula secukupnya
  •  Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Salut sotong dengan putih telur dan tepung ubi.
  2. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga separuh masak.
  3. Masukkan daun kari, cili padi dan gula secukup rasa.
  4. Kemudian masukkan kuning telur masin yang telah dikukus dan dicincang. terlebih dahulu,
  5. Masukkan marjerin dan gaul rata. Goreng sehingga sotong menjadi rangup.
  6. Angkat dan hidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI