Tengok tajuk menu dah tahu gerenti sedap. Daging dan keju memang gandingan rasa yang mantap. Tambah pula roti dicelup susu dan telur, sungguh menyelerakan.
Resipi perkongsian dari FB Diari Ohsemama ni patut dicuba. Anda boleh menggunakan daging kisar atau daging burger yang dihancurkan. Kalau min suka keju lebih sikit sebab min memang ‘cheese lover’.
CARA MEMASAK : Cara masak inti : 1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, 2. Kemudian masukkan bawang besar dan daging/ayam cincang, goreng hingga garing/empuk 3. Masukkan sayur jika perlu 4. Masukkan perencah black pepper dan sedikit air, masak sehingga daging masak dan kering 5. Ketepikan dan biarkan ia sejuk
Cara sediakan roti : 1. Ratakan mentega atau minyak disekeliling loyang untuk mengelakkan dari melekat 2. Bancuhkan telur dan susu sehingga sebati 3. Celupkan roti kedalam bancuhan susu sehingga rata dan susun dalam loyang pembakar sehingga penuh loyang untuk layer pertama (4 keping) 4. Tuangkan separuh dari inti tadi dan ratakan untuk lapis pertama 5.Susun kepingan keju ke atas inti 6.Tutup dengan lapisan roti yang dicelup dengan susu untuk lapis seterusnya seterusnya 7. Dan ulang seperti layer pertama tadi 8. Akhirnya tabur keju cheddar/mozarella di lapisan atas sekali 9. Jika ada lebihan campuran susu tadi, siramkan ke atas roti 10.Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama lebih kurang 35-40 minit (sehingga masak). Sediakan untuk dihidang
Ads
Sumber :FB : Diari Ohsemama
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anak tak suka makan sayur? Sudah puas dipujuk dan telah pelbagai cara dibuat supaya anak-anak makan sayur namun hasilnya gagal. Apa kata cuba buatkan Brokoli Celup Tepung seperti yang dikongsikan resipinya oleh Ezzatyy Suffian. Senang sahaja hendak buat dan yang penting ‘confirm’ sedap.
2. Tabur/renjis air garam (kalau untuk anak kecil, skip langkah yang satu ini)
3. Tabur tepung beras dan tepung rangup.
4. Kacau rata sampai semua brokoli bersalut tepung.
5. Masukkan pula satu sudu tepung gandum. Ia bagi menjadikan brokoli rasa lembut selepas digoreng. Kacau lagi bagi rata.
6. Panaskan kuali. Guna api besar untuk elak dari makan minyak. Goreng brokoli sampai warna tepung jadi perang. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan bersama sos cili ataupun sos kewpie.
Acar rampai ini selalunya dihidang waktu kenduri tapi sekarang jarang sangat jumpa, kalau ada buat pun cuma acar mentah.
Acar rampai ini memang ngam sangat dengan nasi minyak. Kalau teringin apa kata buat sendiri, nak tunggu makan kenduri tak tahulah bila jumpa. Cara membuatnya dikongsi oleh Abg Apitte.
Cara buat acar rampai yang sedap dan rangup
Terlebih dulu sediakan bahan acar rampai iaitu;
5 biji timun muda – potong memanjang, bahagian tengah dia xpayah ambik
2 biji lobak merah – potong memanjang
2. Rendam timun dan lobar yang dihiris dengan 2 sudu kapur makan selama 30-40 minit sebelum masak. Ini cara untuk acar rangup. Kemudian bilas dan tos.
3. Seterusnya cara membuat sambal acar. Panaskan 1 cawan minyak masak, kemudian masukan 15 biji bawang putih (kalau besar potong 2) 10 biji bawang ros. Tumis sekejap.
4. Kemudian masukan 2 biji bawang besar kisar, 3 inci halia kisar dan 2-3 sudu cili kisar, 3 sudu biji sawi tumis sampai wangi.
5. Kemudian masukkan 2 sudu makan serbuk kari daging, 2 sudu makan serbuk kari ikan, sesudu serbuk kunyit. Masukan air dan tumis sampai pecah minyak.
6. Kemudian masukkan cuka makan anggaran 4-5 sudu makan, sedikit sos tiram dan sos cili. Masukkan gula dan perasa (acar ini kena manis2 masam). Masak sambal sampai agak pekat dan tutup api.
7. Bila dah suam baru masukkan sayur tadi, boleh tambah setengah genggam bijan sangai ataupun kacang goreng tumbuk. Gaul rata.
8. Boleh hidangkan dengan nasi minyak atau nasi beriyani bersama ayam masak merah atau ayam kurma.
Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan keturunan, makanan-makanan yang ada di negara kita juga pelbagai rasa. Kaum India misalnya cukup terkenal dengan masakannya yang berasaskan pelbagai jenis rempah ratus dan herba. Bahkan, kari mereka sangat sedap dan berbeza dengan kari ala Melayu. Kali ini, RASA kongsikan lima jenis resipi makanan India untuk anda cuba untuk kelainan. Yang pasti, rasanya dijamin lazat!
1. KARI MARUNGAI UDANG
BAHAN- BAHAN:
500gm udang saiz medium |dibersihkan
1 batang Marungai |dipotong
½ sudu teh serbuk cili
1 ½ sudu makan serbuk kari ikan
½ sudu teh serbuk kunyit
1sudu teh halia kisar
1sudu teh bawang putih kisar
¼ sudu teh biji sawi
¼ sudu teh jintan manis
1 biji bawang besar | dihiris
1 tangkai daun kari
½ cawan santan pekat
1batang cili hijau |potong memanjang
1sudu teh jus limau
3 sudu makan minyak masak
Garam Secukupnya
CARA MEMASAK:
Perap udang bersama serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk kari ikan, halia kisar dan bawang putih kisar selama lima minit. Ketepikan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan biji sawi dan jintan manis. Selepas satu minit, masukkan bawang besar hiris dan daun kari. Kacau rata sehingga bawang bertukar warna.
Masukkan kacang marungai dan kacau selama lima minit. Kemudian masukkan udang yang diperap tadi. Kacau rata.
Selepas lima minit, masukkan santan pekat, cili hijau, dan jus limau.
Didihkan kari dan kacau selama lima minit. Tambah garam secukup rasa. Tutup api.
Sedia dihidangkan bersama roti atau nasi putih.
2. PARPU TELUR
BAHAN-BAHAN:
100gm kacang thoor dal | rendam dalam air panas selama 10 minit
4 biji telur
1 biji kentang |dipotong
1 sudu makan serbuk kunyit
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar | hiris
1 tangkai daun kari
½ sudu teh biji sawi
½ sudu teh jintan putih
1 tangkai cili kering
100gm santan pekat
1 biji tomato |dipotong dadu
3sudu makan minyak masak
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Kacang thoor dal direbus bersama serbuk kunyit, bawang putih dan secubit garam sehingga empuk.
Masukkan pula kentang yang dipotong dan masak sehingga kentang masak.
Masukkan santan dan kacau selama 5minit. Kemudian masukkan telur satu persatu. Biar telur masak.
Selepas telur masak, masukkan santan dan kacau perlahan. Selepas kuah mendidih, tutup api. Ketepikan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan biji sawi dan jintan putih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar yang dihiris, cili kering dan daun kari. Kacau rata sehingga bawang merah bertukar warna.
Masukkan tomato dan kacau selama 5minit. Tutup api.
Tuang ke dalam campuran dal dan telur, kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
3. PESAMAH KAMBING
BAHAN- BAHAN:
500gm daging kambing | potong saiz kecil
1sudu makan tairu/yogurt
1sudu teh halia kisar
1sudu teh bawang putih kisar
½ sudu teh lada hitam kisar
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 labu bawang besar | dihiris
3 sudu makan serbuk kari daging
5 cawan air rebusan daging kambing
1 cawan santan pekat
100gm kerisik
5sudu makan minyak masak
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Perap daging kambing bersama tairu/yogurt, halia kisar, bawang putih kisar dan lada hitam kisar selama 2 jam. Ketepikan.
2. Rebus daging kambing yang telah diperap sehingga daging kambing empuk. Asingkan daging dan air rebusannya. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar yang telah dihiris. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
4. Masukkan serbuk kari daging dan dua cawan air rebusan. Kacau rata. Masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan daging kambing dan kacau rata.
6. Masukkan santan, kerisik dan tiga cawan air rebusan. Kacau rata. Perlahankan api biar mereneh selama 5 minit.
7. Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan garam secukup rasa. Tutup api.
8. Sedia dihidangkan bersama nasi beriani atau nasi putih.
Info chef: Daging kambing boleh dipotong kasar tetapi memerlukan masa memasak yang lebih lama.
4. SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong putih |bersihkan dan direbus sehingga ¾ masak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 labu bawang besar |dihiris
2 biji cili merah |dipotong memanjang
2 sudu teh halia kisar
1sudu teh bawang putih kisar
1 tangkai daun kari
1 labu bawang merah (dikisar)
2 1/2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu teh serbuk jintan putih
1sudu teh serbuk jintan manis
1sudu teh serbuk cili
50gm santan pekat
1 cawan air rebusan sotong
3 sudu makan minyak masak
½ sudu teh gula
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan daun kari. Apabila bau harum, masukkan bawang kisar. Kacau sekata.
Bila mendidih, masukkan serbuk kari daging, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili.
Tuang air rebusan sotong dan kacau rata. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.
Masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.
Masukkan sotong dan kacau rata selama empat minit.
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api. Sedia dihidangkan.
Info chef: Sotong boleh juga dipotong kecil, mengikut kesukaan masing-masing.
5. AYAM MADU MAMAK
BAHAN- BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam |dipotong dan dibersihkan
1sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh garam
1 cawan minyak masak (untuk goreng ayam)
BAHAN LAIN:
3 sudu makan minyak masak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 labu bawang besar |dihiris
1 tangkai daun kari
1sudu teh bawang merah kisar
2 sudu teh halia kisar
1sudu teh bawang putih kisar
1 labu bawang besar |dikisar
½ sudu makan serbuk kulit kayu manis
½ sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk cili
200gm buah kurma |dibuang biji
½ cawan air
3 sudu makan madu
BAHAN UNTUK MENGGORENG GAJUS DAN KISMIS:
50gm kacang gajus
10gm buah kismis
1 sudu teh minyak sapi
CARA MEMASAK:
Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.
Kemudian goreng ayam sehingga 1/2 masak. Ketepikan.
Setelah itu, panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang merah dan daun kari. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan bawang kisar. Kacau rata selama dua minit.
Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kulit kayu manis dan serbuk cili. Kacau rata.
Kisar buah kurma bersama ½ cawan air. Tuang bahan kisar tersebut ke dalam kuali dan gaul rata. Masak seketika. Sekiranya kuah pekat, tambah air secukupnya.
Masukkan ayam dan perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Ketepikan.
Di dalam kuali lain, masukkan minyak sapi dan goreng gajus bersama buah kismis menggunakan api perlahan. Tutup api.
Tuang ke dalam kuah ayam dan kacau. Masukkan madu dan tutup api.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Tidak perlu tambah gula kerana hidangan sudah ada madu dan kurma yang memberikan rasa manis pada masakan.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.