Rasa Nak Demam? Hidangan Isi Ayam Masak Bijan Ni Boleh Jadikan Anda Rasa Lebih Sihat.

Share

Selain isi ayam, boleh juga digantikan dengan isi ikan.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm isi ayam | dihiris
  • 4cm halia tua | dihiris
  • 2 biji bawang merah | dihiris
  • 3 sudu makan minyak bijan
  • 50gm brokoli | dicelur
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 1 sudu teh makan bijan
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak bijan.
  2. Tumiskan halia sehingga berbau harum.
  3. Masukkan ayam, lobak merah dan bawang merah. Kacau rata.
  4. Masukkan air dengan secukupnya. Masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil sehingga mendidih.
  5. Akhir sekali masukkan bijan, brokoli dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  6. Angkat dan hidangkan.
Published by
Nur