Bila rasa nak selsema atau demam, hidangan berkuah seperti sup sangat sesuai anda nikmati. Kuah yang panas dan enak ini boleh menambahkan tenaga malah membuka selera. Jom cuba!
SUP BEBOLA IKAN BERSAMA MI TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji bebola ikan
- 1 mangkuk mi telur | dicelur dan toskan
- 1/2 biji bawang besar | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2cm halia muda | dihiris memanjang
- 1 pokok daun bawang |dihiris memanjang 3cm
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh perasa ayam
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam periuk, biarkan hingga kuah mendidih.
- Masukkan pula bawang merah, bawang putih dan halia.
- Seminit kemudian masukkan bebola ikan
- Masukkan serbuk perasa ayam, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan daun bawang, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi mi telur.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih enak, sup ini boleh dinikmati dengan sambal cili udang kering.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pais Tempoyak Ikan Patin. Masak Macam Ni Isi Lebih Sedap & Lembut
Anda penggemar hidangan Pais Tempoyak Ikan Patin? Jom cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Aisyah Humaira ini.
Isi ikan sedap dan berjus, malah meresap segala rencah yang diperap. Memang sangat enak dan membuka selera. Guna ikn bersiz sederhana. Memang’perfect’ rasanya.
Bagi anda yang tidak menggemari hidangan ikan Sungai, mungkin boleh gantikan dengan ikan laut yang lain seperti kembung, tenggiri atau ikan merah. Pasti sedap.
Jom cuba masak menu ni untuk keluarga. Pasti semua makan dengan penuh selera.
RESIPI PAIS TEMPOYAK IKAN PATIN YANG MUDAH, SEDAP & BERJUS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin saiz sederhana – potong dua
Tepung gandum – beli online disini
Air
Daun pisang
Aluminium foil
BAHAN PES:
6 sudu besar tempoyak asli
1/3 inci kunyit hidup
15 biji cili padi merah atau ikut pedas disukai
4 tangkai daun kesum
1/2 batang bunga kantan – hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan patin kemudian potong dua.
2. Rendam dalam air tepung gandum selama 15 minit untuk hilangkan bau hanyir. Kemudian cuci bersih. Ketepikan.
3. Dalam bekas berlainan, masukkan semua bahan-bahan pes. Kacau sebati hingga jadi pes. Pastikan cukup rasa pedas, masin dan manisnya.
4. Letak ikan atas daun pisang yang dilapik dengan aluminium foil. Sapu rata adunan pes tempoyak pada ikan.
5. Perap selama 2 jam agar pes tempoyak meresap ke bahagian isi ikan.
6. Bakar pada suhu 160c selama 10 minit atau sehingga ikan masak.
7. Jika tiada ketuhar, boleh bungkus penuh ikan dengan aluminium foil dan bakar atas kuali. Balikkan setiap 5 minit supaya ikan masak sekata. Ia juga boleh dikukus.
8. Pais Tempoyak Ikan Patin sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ikan Rebus Goreng Stail Pantai Timur Yang Sedap Sampai Ke Tulang
Kuah Sedap & Pekat Sempurna, Resipi Asam Laksa Ni Memang Kena Cuba
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Macam Dulu-Dulu. Begini Cara Buatnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Rasem Ikan Tenggiri Dengan Rempah Ratus Yang Menghangatkan Badan
Pernah makan rasem? Mungkin ada yang tertanya apakah rasem? Rasem ialah sejenis sup yang berasal dari India. Rupanya seakan akan singgang namun rasanya berbeza. Rasanya masam-masam , hangat dan penuh dengan rempah ratus. Andai rasa tidak sedap tekak, inilah pengubat yang sesuai. Selain itu rasem juga elok untuk sistem penghadaman. Boleh dimakan bersama nasi atau dinikmati begitu sahaja. Cukup mudah membuatnya,
RASEM IKAN TENGGIRI
Bahan Goreng:
4 keping ikan tenggiri
Serbuk kunyit
Garam secukupnya
Bahan-bahan lain:
Minyak bekas goreng ikan
1 sudu makan halba campur ( halba, jintan putih, jintan manis, biji sawi, urat dal )
5-6 ulas bawang putih ( tumbuk kasar)-BELI ONLINE DI SINI
1-2 inci halia ( tumbuk kasar)-BELI ONLINE DI SINI
1 biji bawang besar ( hiris)
4 tangkai daun kari
5-6 cili kering ( potong dua,rendam air panas)-BELI ONLINE DI SINI
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh sudu jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 tangkai cili hijau
1-2 biji tomato
1 mangkuk air asam jawa
1-2 cawan air
akar ketumbar
1 sudu besar lada hitam ( tumbuk kasar)
garam secukup rasa
daun ketumbar( dihiris)
Cara memasak:
1.Goreng ikan tenggiri yang telah dilumurkan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
2.Gunakan minyak bekas goreng ikan. Tumis halba campur sehingga naik bau dan masukkan bawang besar,bawang putih dan halia.
3.Kacau sehingga naik bau kemudian masukkan cili kering,daun kari. Tumis sekejap.
4.Masukkan serbuk jintan putih,jintan manis dan serbuk kunyit. Tumis sehingga harum.
5.Masukkan tomato dan cili hijau.Biarkan seketika dan masukkan perahan air asam jawa dan air biasa.
6.Biarkan mereneh dengan api perlahan. Masukkan akar ketumbar.
7.Kemudian masukkan lada hitam kasar. Masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng.
8.Perasakan dengan garam. Akhir sekali masukkan daun ketumbar.
9.Sedia dihidangkan.
Kredit : Syed Munawwar
INGINKAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA DI RUMAH. JOM LAYARINYA DI SINI.
Ni Dia Resipi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, Pahang
Idea Menu Lunch Sedap Selera Orang Malaysia Sempena Hari Merdeka
Selamat Hari Merdeka yang ke 63 tahun! Moga negara kita ini sentiasa aman, makmur dan lebih maju. Oh… Ada yang bercadang nak masak menu istimewa buat keluarga sempena cuti hari kemerdekaan esok? Ini antara menu-menu enak selera orang Malaysia yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian makan tengah hari. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera. Jom cuba!
KOLEKSI MENU MAKAN TENGAH HARI YANG SEDAP & MUDAH SEMPENA HARI MERDEKA
1. NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging – rebus empuk
- 1kg beras basmathi – cuci & tos
- 1.5kg air
- 1/2 tin susu cair
- 2 sudu makan rempah kurma – sangai seketika
- 2 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan minyak sapi
- 1 kiub pati daging
- 1 helai daun pandan
- 2 biji tomato – belah empat
- Garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
BAHAN HIRIS:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 3cm halia
BAHAN AIR ASAM:
- 10 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- 30gm belacan
- Sedikit ikan bilis
- Sedikit gula
- Garam jika perlu
- 2 biji tomato
- 2 biji bawang besar
- 2 sudu makan kerisik
- 1 cawan air rebusan daging
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis rempah penumis dan bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau seketika bersama daun pandan.
4. Masukkan separuh dari hirisan daging, air rebuan daging, susu cair, kiub pati daging dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
6. Untuk menyediakan air asam, satukan semua bahan dan kacau rata.
7. Hidangkan bersama nasi daging.
2. UDANG GULAI LEMAK CILI PADI & DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang saiz XL – bersihkan
- 1 cekak daun selom – celur seketika
- 700ml santan
- 1 keping asam gelugur
- 3 batang serai – titik
- 1 helai daun kunyit – hiris
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
- 4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam gelugur. Renehkan.
2. Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan daun selom yang telah dicelur tadi. Masak hingga udang bertukar warna kemerahan.
3. Perasakan dengan garam secukupnya dan kecilkan api.
4. Biar selama 2-3 minit dan padamkan api. Angkat serta sedia untuk dihidangkan.
3. SATE DAGING GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging – hiris kecil & nipis
- 200gm kacang tanah – sangai & kisar
- 1/2 cawan gula
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 20 tangkai cili kering
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 4 batang serai
- 2cm lengkuas
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
CARA MEMASAK:
1. Cuci daging bersih-bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan daging ke dalam mangkuk bersama bahan kisar, garam, gula dan kacang tanah. Gaul rata dan sebati.
3. Tutup bekas daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.
4. Apabila sedia untuk dimasak, keluarkan sate dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik seketika.
5. Panaskan minyak masak dalam kuali non-stick, Goreng sate guna api sederhana. Bila masak, angkat dan tapis sate tadi bagi membuang lebihan minyak.
6. Jika sate agak kering semasa dimasak, masukkan air perapan daging dengan secukupnya.
7. Sedia untuk dihidangkan.
4. KARI IKAN BAWAL MAS
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan bawal mas – potong dua atau tiga
- 200ml santan
- ½ cawan air asam
- 3 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
- 1 sudu makan serbuk cili
- 3 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 ½ sudu makan rempah penumis
- 2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRIS:
- 1 biji bawang besar
- 8 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 3cm halia
BAHAN TAMBAHAN:
- 1 biji terung panjang – belah dua & potong empat
- 3 biji bendi – potong dua
- 1 biji cili merah – belah dua
- 1 biji cili hijau – belah dua
- 1 biji tomato – belah empat
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah penumis dan daun kari. Kecilkan sedikit api.
3. Setelah garing, masukkan bancuhan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau rata hingga pecah minyak. Tambah air dan air asam jawa.
4. Bila kuah mereneh, masukkan ikan diikuti dengan santan. Biarkan mendidih.
5. Tambahkan terung, kacang bendi, cili dan tomato.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah 2-3 minit, tutup api dan hidangkan segera.
5. SOTONG BAKAR SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg sotong bersaiz XL – bersih & toskan
- 100ml santan kotak
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 4 biji bawang merah
- 3 tangkai cili kering
- 2 batang serai
- 2 ulas bawang putih
BAHAN SUMBAT:
- 2 keping tauhu
- 1 biji telur
- 3 sudu makan daging kisar
- 1 biji bawang besar – dadu halus
- 3 biji bawang merah – cincang halus
- 2 ulas bawang putih – cincang halus
- 3 biji cili merah – cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bahan perapan sotong, campurkan bahan kisar bersama santan. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Ketepikan.
2. Bagi menyediakan bahan sumbat sotong, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Tambahkan daging kisar, tumis hingga kering.
4. Masukkan tauhu yang dihancurkan. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Tutup api dan sejukkan.
6. Bila inti sejuk, pecahkan telur, kacau rata dan tambahkan hirisan daun bawang serta daun ketumbar.
7. Sumbat bahan isian ke dalam sotong, padatkan dan tutup guna kepala sotong. Pin guna lidi dengan kemas.
8. Gaul sotong dengan bahan perapan. Perap seketika.
9. Untuk memasak, panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick dan panggang sotong guna api sederhana hingga masak. Sedia untuk dinikmati.
Mudah dan sedap kan? Bolehlah cuba masak menu-menu di atas hari ini. Selamat Hari Merdeka!