Rasa Nak Masak Tapi Sibuk Dengan Tugas Harian? Resipi Daging Goreng Serai Ni Paling Mudah.

Share

Menu yang sesuai dicuba oleh anda yang sibuk. Dalam hanya 15 minit, menu enak dan mudah ini boleh dinikmati. Jadi, tak ada alasan lagi untuk culas memasak tau. Selamat mencuba!

DAGING GORENG SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging batang pinang | rebus dan hiris nipis
  • 1 biji bawang besar| dihiris bulat
  • 3 ulas bawang putih |dicincang
  • 2cm halia | dihiris memanjang
  • 3 batang serai| dihiris serong
  • 1 biji cili merah| dihiris memanjang
  • ½ biji cili benggala
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan merah hingga wangi.
  2. Masukkan hirisan serai, kacau hingga serai kekuningan.
  3. Masukkan pula hirisan daging, kacaul lebih kurang 2-3 minit.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, tomato, garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan  lobak merah, cili merah dan cili benggala.
  6. Kacau 1-2 minit, angkat dan hidang.

INFO CHEF: Untuk lebih pedas boleh tambah hirisan cili padi dan hidangkan bersama nasi panas.

 

Published by
Nur