Pelbagai nostalgia Ramadan boleh diimbau bila tibanya bulan puasa. Begitu jugalah dengan selebriti dan usahawan terkenal Malaysia, Dato’ AC Mizal. Menurut beliau, antara juadah yang mengimbau memori dan nostalgia Ramadan adalah hidangan Gulai Lemak Cili Api Daging Salai. Menu ini adalah resipi arwah nenek Dato’ AC Mizal sendiri dan menjadi kegemaran beliau sehingga kini.
Menurut beliau, keistimewaan serta rahsia keenakan menu warisan ini ialah terletak pada kuah lemak cili apinya yang pekat dan berperisa. Lain dari yang lain. Ditambah pula dengan haruman bau salai menjadikan menu ini begitu enak sekali. Selain itu, bila tiba bulan puasa, Dato’ AC juga amat menggemari hidangan karipap. Pendek kata, ia merupakan juadah wajib ada dikala berbuka. Tidak lengkap berbuka tanpa menu Karipap ni.
Terasa nak cuba menu-menu istimewa yang dikongsi oleh Dato’ AC Mizal dan Dato’ Chef Wan dalam rancangan Rasa Nostalgia Ramadanni? Berikut adalah resipi-resipinya. Anda boleh masak untuk berbuka di sepanjang bulan Ramadan ni. Selamat mencuba.
1. GULAI LEMAK CILI API DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan kisar dan santan cair ke dalam periuk. Didihkan sebentar sambil dikacau.
2. Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugur dan santan pekat. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
3. Setelah mendidih, masukkan pula belimbing buluh dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut.
4. Akhir sekali, masukkan daging salai dan garam secukup rasa. Masak hingga daging empuk.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
2. KARIPAP KAMBING
BAHAN-BAHAN:
BAHAN INTI:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang Holland, bawang merah dan halia hingga kekuningan.
2. Masukkan serbuk kari daging dan perlahankan api. Kacau sebati.
3. Masukkan daging kambing kisar. Masak hingga garing.
4. Masukkan daun sup, saderi, kentang, lobak merah dan kacang pis. Gaul dan perasakan dengan garam secukupnya.
5. Kemudian masukkan air, gula dan garam masala. Masak inti selama 20 minit atau hingga hampir kering.
6. Ambil sekeping puff pastri dan isikan inti tadi dengan secukupnya.
7. Lipat puff pastri dan cantumkan dengan kemas. Boleh hujung garpu untuk menekan sekeliling tepi puff pastri tadi.
8. Sapukan telur di permukaan pastri dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 180’C selama 20 minit atau hingga masak.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan pada setiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.
Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.
Rasa Nostalgia Ramadan ditaja oleh Saji – Delima Oils Sdn Bhd. Rancangan ini menemui penonton bermula 6 Mei (hari ini), setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang di saluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).