BAHAN-BAHAN:

  •  Minyak zaitun secukupnya
  •  Air secukupnya
  •  Gula secukupnya
  •  Garam bukit secukupnya
  •  1 keping asam gelugur
  •  3 batang serai (2 batang kisar halus, 1 batang ketuk)
  •  4 tangkai cili hijau
  •  15 tangkai cili padi
  •  2 ulas bawang putih
  •  1 labu bawang besar
  •  1/2 ekor ayam ] bersihkan,

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Kisar bawang besar, bawang putih, serai, cili padi dan cili hijau. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Kemudian tumis bahan yang dikisar tadi sehingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan ayam, serai, asam gelugur dan sedikit air. Gaul sebati.
  4. Tutup kuali dan biarkan seketika sementara ayam tadi empuk.
  5. Masukkan garam bukit dan gula secukup rasa. Gaul hingga sebati.
  6. Apabila ayam tadi masak dan empuk, boleh tutup api dan hidangkan.

 

IKLAN

Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan: Menu pesakit darah tinggi
Keistimewaan: Sangat sedap dan wangi
Jenis masakan: Lauk pauk
Cara memasak:Tumis dan goreng

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI