
Rasa kuah berlemak santan serta pedas cili api ditambah pula dengan pahit peria melengkapkan rasa hidangan.
IKAN GERUT MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan gerut
- 1 biji peria (saiz besar)
- 1 batang serai – diketuk
- 15 biji cili api – ditumbuk
- 2 inci kunyit hidup – ditumbuk
- 2 helai daun kunyit
- 3 asam keping
- Garam
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili api. Sebelum itu boleh potong kecil cili api untuk memudahkan masa menumbuk. Tambahkan sedikit garam kasar, tenyeh-tenyeh pada cili dan boleh mula tumbuk. Tumbuk sekali dengan kunyit hidup.
2. Masukkan ikan dalam periuk. Bahan-bahan yang sudah ditumbuk digaul bersama ikan. Masukkan santan, daun kunyit, serai, asam kepinh dan peria. Gunakan api sederhana.
3. Sentiasa kacau kuah sampai mendidih. Bila ikan sudah masak boleh tutupkan api. Sedia dihidangkan.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Maizurah Ibrahim
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Chef Shan Pakar Sajian Eropah Dengan ‘Asian Twist’. Nak Cepat Pandai, Kena Berani Mencuba

Banyak yang istimewa tentang diri Chef Shan ini. Eksekutif Chef di The Pearl Hotel Kuala Lumpur ini pakar dalam masakan Eropah dan Barat dengan sentuhan ‘Asian Twist’. Dia sendiri sudah mencipta ribuan resipi yang mengambil inspirasi dari barat dan Eropah selama 22 tahun dalam bidang ini.
Demi menimba ilmu memasak Chef juga pernah merantau ke Jogjakarta untuk belajar sajian Indonesia.Paling mengagumkan dia meraih pengalaman bekerja di Ireland yang turut memberinya inspirasi menghasilkan sajian barat dan Eropah ‘with Asian Twist’.
Uniknya menu seperti ini adalah walaupun asalnya adalah makanan barat tetapi Chef Shan memberi ‘Asian Flavour’ dengan menggunakan ramuan
rempah ratus dan herba Asia. Trial and Error belajar dari kesilapan adalah perkara biasa dalam mencipta resipi.

Gemar mengembara menurutnya pengalaman manis di luar negara adalah dapat menikmati pelbagai makanan dan bertukar ilmu dengan chef luar negara.
Di usia 17 tahun , Chef Shan sudah mula bekerja dalam dunia masakan. Anak kelahiran Muar, Johor ini sudah boleh memasak sejak berusia 16 tahun lagi. Semuanya dipelajari dari ibu dan kakaknya.Kedua ibu dan kakaknya juga mahir masakan Melayu dan Nyonya , mereka satu-satunya keluarga India di perkampungan Melayu di Jalan Ismail, Muar.
Bermula karier dari ‘kitchen helper’, kini sebagai Eksekutif Chef di The Pearl Hotel Kl terdapat lebih 50 kakitangan di dapur hotel di bawah seliaannya. Termasuk cold kitchen, butchery, Malay Kitchen dan pasti yang memerlukan bimbingannya.Sikapnya yang mudah didekati mungkin menjadi faktor mengapa pasukan kerja Chef sungguh mantap.

Berikut senarai pengalaman kerjayanya sebagai Chef sebelum sampai ke tahap kini:
1.May 2017 – kini, Eksekutif Che, The Pearl Hotel KL
2.Feb 2017-Mei 2017, Konsultan Chef, The Barzz Pub and Restaurant Bukit Jalil, KL.
3.Nov 2016 – Jan 2017, Konsultan Chef, Melody Modern Indian Cuisine, Menara Haw Par, KL
4.2014-2016, Chef Eksekutif Kumpulan, Movida’s Group
5.2013 -2014, Penolong Chef , The Cottage Restaurant Jamestown, Carrick-on Shannon , Ireland
6.2012 -2013, Ketua Chef, Poo Doo Restaurant and Bar
7.2012, Konsultan Chef ( 6 bulan khidmat runding penubuhan restoran), Frontpage Sports Bar and Restaurant, KL
8.2012, Konsultan Chef (3 bulan khidmat runding penubuhan restoran), The Balcony, Kl
Prinsipnya untuk berjaya dalam bidang ini kena ‘Rajin Belajar dan Berani Mencuba’. Petua memasaknya mudah sahaja ‘Memasaklah Dengan Ikhlas’, barulah masakan gerenti sedap.
Nah, ni resipi sentuhan dari nya, cubalah
SKILLET GROUPER WITH ORANGE SALSA, WILTED SPINACH, PEAS AND GAZPACHO PUREE
BAHAN-BAHAN :
Bahan ikan :
- 2 keping isi ikan kerapu ( 200 gm tiap satu)
- 2 sudu makan minyak
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
- Secubit gula perang
- 1 sudu teh parutan halia
- 1 sudu teh parutan bawang putih
Bahan salsa oren :
- 1 biji oren | dikupas, dibuang biji dan potong dadu
- 1 biji tomato | dikupas, dibuang biji dan potong dadu
- 1 biji lada benggala hijau | dipotong dadu
- 1 biji lada benggala merah | dipotong dadu
- 1/2 biji bawang besar | dipotong dadu
- 1/2 biji lemon | diambil jus
- Secubit garam
- Secubit lada hitamBahan puri gazpacho :
- 1 biji lada benggala merah panggang
- 1 biji tomato
- 1 biji timun | dibuang biji
- 1 biji bawang besar
- 1 sudu makan daun ketumbar cincang
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
- 1 sudu makan cuka
1/2 cawan kacang hijau @green peas
Bayam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Perasakan isi ikan dengan parutan halia, bawang putih, gula perang , gula, garam dan lada hitam.
2. Panaskan minyak dan masukkan ikan , masakkan sekali lalu kedua belah (cukup sekadar lecur)
3. Sementara itu masukkan semua bahan yang dipotong dadu untuk salsa di dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Masukkan juga jus lemon, garam dan lada hitam, kacau sebati. Ketepikan.
4. Di dalam kuali yang lain masukkan semua bahan gazpacho dan biarkan mendidih, apabila mendidih kisar ke semua bahan.
5. Apabila puri gazpacho telah siap, tumiskan bayam dengan kacang hijau dengan sedikit mentega dan perisakan dengan garam dan lada hitam.
6. Hidangkan bayam di tengah pinggan dan letakkan ikan . Kemudian letakkan salsa di atasnya dan sudukan puri gazpacho di tepi pinggan untuk dimakan bersama sajian.
Saiz hidangan untuk 2 orang
Gulai Ikan Aye Merecik Rasa

Hari tu pergi kenduri kat Kelantan. Pastu makan satu lauk tu, Gulai Ikan Aye. Memang terbaik. Terus minta resepi kat mak pengantin.
Makan dengan nasi putih, sambal cili dan gulai ni ,alahai sedapnya. Makan pasti bertambah kena penangan lauk yang satu ni.
Bahan-bahan:
Ikan Aye Kurik (utaqa panggil ikan kayu putih)
Asam keping
Gula Nise/kabung
Lengkuas
Garam
– rebus malam, masak esok pagi baru sedap.
Cili kering 10 tangkai (gunting buang biji, rebus)
Lengkuas 1-2 inci
Bawang merah 5-7 ulas
Bawang putih 3 ulas
1 camca makan biji ketumbar
2 inci kunyit hidup
– kisar bahan ni.
Santan – 1 mangkuk- nak lemak boh lebih
Kacang panjang
Lada solok
Cara memasak:
1. Satukan santan, bahan kisar.
2. Masak seketika. Masa ni saya dah masukkan garam + gula nise.
3. Masukkan ikan aye kurik yang dah direbus.
4. Akhir sekali kacang panjang + lada solok.
Resepi ni tak tumis. Kalau yang tumis tu ada rempah dan selalunya makan dengan nasi dagang. Saya buat ni makan pagi sarapan.
Kredit : Muhammad Syazwan Ahmad
#mahn
Resipi Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Dengan Pegaga Negeri Sembilan. Boleh Jadi Lauk Ibu Berpantang Juga

Isi Kandungan
ToggleMasak lemak cili api resipi dari Negeri Sembilan seringkali digandingkan dengan sayur-sayuran. Bukan saja enak tapi juga hidangan jadi lebih lengkap dengan khasiat dari sayuran. Salah satunya adalah hidangan ikan tenggiri masak lemak cili api dengan pegaga.
Dikongsi oleh SuiSan Aliezsha hidangan yang enak ini juga boleh disajikan sebagai menu ibu berpantang. Cuma perlu gantikan cili api dengan lada hitam.
Resipi ikan tenggiri masak lemak cili api dengan pegaga
Bahan-bahan
600 gm – ikan tenggiri (boleh beli tenggiri bunga, kerana isinya lebih lembut dari tenggiri batang)
Cili api – ikut tahap kepedasan yang disukai
Kunyit hidup – secukupnya
1 biji kelapa parut – saiz besar, perah ambil santan dan pastikan guna kelapa tua
Asam keping
Pegaga
Cara membuat
1. Tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga lumat.
2. Sediakan kuali, masukkan ikan, bahan ditumbuk dan santan. Masak menggunakan api sederhana sehingga mendidih.
3. Selepas mendidih masukkan asam keeping dan garam secukup rasa.
4. Apabila kuah sudah masak dan pekat, masukkan pegaga. Kacau dalam beberapa minit. Tutup api dan hidangkan.
Sumber: SuiSan Aliezsha