Rasa Projek Gerenti Jadi, Che Ta & Aunty Aini serta Raqib Majid, Sajian Raya  Buat Wira Negara

Share

Dah tengok siaran Projek Gerenti Jadi  Episod 5 bersama Aunty Aini dan Che Ta semalam. Tetamu jemputan mereka kali ini adalah penyampai radio Zayan dan juga penyanyi, Raqib Majid.

 

Wowww, kali ini mereka masak ala rewang ini khas untuk ‘wira’ negara, pasukan askar Wataniah.

Bertemakan persiapan Hari Raya dua resipi iaitu Dendeng Daging dan Rendang Ayam disediakan. Melihatkan juadah yang menyelerakan ini sudah pastilah resipi yang digunakan gerenti sedap dan gerenti jadi. Sesuai sangat untuk hidangan di pagi Hari Raya nanti kan.

Dalam kemeriahan nak sambut Raya, Aunty Aini, Che Ta dan Raqib memang seronok dan teruja dapat meraikan dan menjamu wira negara kita, Apa lagi jom catat resipi dari Rasa: Projek Gerenti .

Memang gempak memang lazat menunya. Sukatan bahan-bahan yang digunakan sesuai untuk famili yang besar dan dihidangkan untuk tetamu yang berkunjung raya esok.

1. RENDANG AYAM

BAHAN-BAHAN :

  • 7 ekor ayam | dipotong
  • 4 kg santan pekat
  • 2 kg kerisik
  • 4 helai daun kunyit | dihiris halus
  • 2 mangkuk kecil gula merah
  • 5 keping asam keping
  • 1 senduk garam
  • 20 batang serai | dihiris

Bahan dikisar :

  • 10 labu bawang putih
  • 200gm halia
  • 300gm kunyit hidup
  • 100gm lengkuas
  • 3kg bawang besar
  • 1.5kg cili kering | direbus dan dikisar
  • 20 batang serai
  • 300gm buah keras

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris ke dalam kuali dan masukkan ayam ke dalam masakan.
  3. Biarkan sehingga ayam agak kecut dan terbit minyak, dan masukkan santan.
  4. Kacau dengan api yang kecil sehingga pekat dan pecah minyak.
  5. Masukkan kerisik, asam keeping, gula merah dan garam secukup rasa.
  6. Taburkan daun kunyit dan tutup api. Siap untuk dihidang.

2.DAGING DENDENG

BAHAN-BAHAN:

Bahan yang ditumis :

  • 5 kg daging
  • 1 botol besar kicap lemak manis
  • 2kg bawang besar | dikisar
  • 5 labu bawang putih | dikisar
  • 200gm halia | dikisar
  • 300gm cili kering | direbus dan dikisar
  • 200gm lada hitam
  • 1 mangkuk kecil asam jawa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Rebuskan daging sehingga empuk dan hiris nipis.
  2. Kemudian tumbukkan daging tersebut sehingga pecah urat.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kering yang dah siap dikisar dan biarkan seketika sehingga cili tersebut masak.
  5. Masukkan kicap lemak manis dan serbuk lada hitam ke dalam masakan.
  6. Masukkan daging yang telah direbus.
  7. Air asam jawa dimasukkan ke dalam masakan dan biarkan ia mereneh seketika
  8. Sajian sedia untuk dihidang

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Faridah Talib