Biasanya bila badan rasa kurang sihat, selera makan dengan sendirinya akan kurang. Bila tak makan, badan akan rasa lemak seterusnya melambatkan proses penyembuhan. Mana taknya, badan kekurangan tenaga untuk melawan penyakit. Oleh itu jika anda tidak sihat, rasa lemah, cuba ambil makanan-makanan ini. Pasti anda rasa lebih selesa.
1. PISANG Mengandungi tinggi karbohidrat dalam memberi sumber tenaga pada badan. Pisang juga mempunyai kalium tinggi yang dapat menggantikan kalium dalam badan yang hilang ketika anda berpeluh, muntah atau dehidrasi. Pisang juga dapat menstabilkan suhu badan anda.
2. LEMON Mempunyai vitamin C yang dapat membantu meningkatkan ketahanan badan. Lemon juga mempunyai antioksidan yang dapat mempercepatkan pemulihan dan melawan penyakit.
3. HALIA Ia baik untuk anda yang mengalami muntah, mual dan masalah penghadaman. Minum air halia suam dapat memberi rasa selesa dan menjaga kesimbangan cecair dalam badan.
Ads
4. IKAN Mengandungi karbihidrat yang mudah dihadam oleh saluran penghadaman. Ia juga membantu untuk mengelakkan rasa mual dan muntah serta memberi tenaga pada badan.
5. TEH PANAS Minum teh mengurangkan rasa sakit tekak dan memulihkan saluran pernafasan. Rasa teh yang hangat dapat membantu rasa lebih selesa ketika anda sakit. Antioksidan yang ada pada teh hijau juga dapat meningkatkan ketahanan badan untuk melawan jangkitan dan memenuhi keperluan cecair dalam badan.
Ads
6. AIR KELAPA Air kelapa adalah minuman yang sempurna untuk diminum apabila anda sedang sakit. Selain rasa yang manis dan beraroma, ia juga mengandungi glukosa dan elektrolit yang diperlukan untuk menambah cecair dalam badan.
Ads
7. SUP AYAM Mengandungi asid amino yang dapat mengurangkan lendir dan melawan jangkitan. Ia juga membantu menjaga kelembapan hidung dan mencegah dehidrasi.
Pasti ramai yang gemarkan buah tembikai. Jusnya manis dan lazat. Selain itu, buah ini juga boleh dijadikan salad atau dimakan begitu sahaja. Jika musim panas, memang enak menikmati tembikai kerana kandungan airnya yang banyak mampu menghilangkan dahaga.
foto: jessicainthekitchen.com
Tahukah anda tembikai ni sebenarnya banyak khasiat. Antara manfaatnya ialah:
KHASIAT & MANFAAT BUAH TEMBIKAI
1. KAYA VITAMIN & ZAT
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain turut mempunyai manfaat yang tinggi dalam perubatan.
2. MAMPU MENYEMBUHKAN MASALAH KESIHATAN
Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris dikatakan amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
3. MENURUNKAN TEKANAN DARAH & KAWAL KALORI
Selain itu, antara kebaikan memakan tembikai ialah dapat membantu menurunkan tekanan darah. Ini kerana tembikai kaya dengan kalium. Pengambil setengah biji buah tembikai membolehkan badan manusia memperoleh kira-kira 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.
4. BANTU CEGAH ASMA
Selain itu, ia juga dikatakan dapat membantu mencegah penyakit asma. Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit ini dari menyerang.
5. JAGA SISTEM PENGHADAMAN
Tembikai juga dapat membantu penghadaman. Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.
Pendek kata, ada pelbagai sebab yang boleh dijadikan alasan mengapa anda perlu memasukkan tembikai ke dalam makanan harian anda. Banyak kebaikannya! Untuk kanak-kanak, biasanya mereka kurang gemar makan buah tembikai dalam bentuk yang biasa. Jadi, anda boleh hasilkan Aiskrim Tembikai di bawah ini untuk memikat selera si kecil.
AISKRIM TEMBIKAI MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm isi tembikai
1 sudu makan jus lemon
115gm gula putih
100gm rasberi segar
Acuan ais krim
Batang ais krim secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan isi tembikai, jus lemon, gula dan rasberi ke dalam pengisar dan kisar hingga gula hancur dan bertukar lembut.
Masukkan adunan itu ke dalam acuan ais krim dan masukkan batang ais krim.
Setelah itu, sejuk dan bekukan di dalam peti sejuk selama beberapa jam atau semalaman.
“Saya suka masak kari, tapi rasanya tak sesedap yang saya makan di kedai. Terutamanya di restoran mamak. Apa rahsia mereka ya?”.
Kali ini, RASA ingin berkongsi 15 rahsia untuk memasak kari yang sedap. Ada sesetengah daripada tip ini yang mungkin akan mengejutkan anda. Ayuh, teruskan membaca!
KARI AYAM atau DAGING
Rempah kena garing, tetapi jangan sampai hangus, selalu orang bancuh serbuk kari dengan air. Tapi sebenarnya kena tumis bawang dan bahan lain, kemudian masukkan rempah kari. Goreng pantas selama 1-2 minit dan masukkan air. Tak perlu banyak, cukup sekadar mencairkan rempah. Perlahankan api sehingga terbit minyak.
Kemudian barulah masukkan daun kari dan kentang. Masukkan pula daging atau ayam. Biarkan sehingga ayam atau daging mengecut, barulah ditambah air.
Apabila sudah dimasukkan air, masukkan pula santan atau susu segar. Perlahankan api dan biarkan kuah mereneh.
Apabila kentang sudah empuk, masukkan asam gelugur atau sedikit jus asam jawa sebelum diperasakan dengan garam.
Antara rempah yang boleh menyedapkan kari adalah bunga lawang, pelaga dan kayu manis.
Cara memasak kari daging adalah lebih kurang seperti kari ayam cuma kebanyakan orang utara lebih suka memerap daging dengan rempah kari sebelum dimasak. daging akan menjadi lebih lembut. aroma kari juga akan meresap ke dalam daging dan menjadikan kuahnya lebih sedap.
KARI IKAN
Untuk kari ikan yang sedap, anda boleh masukkan 1 sudu besar beras yang disangai dan ditumbuk halus selepas selesai menumis. Kacau rata.
Jika anda menggunakan ikan yang hanyir, campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan. Ia dapat memotong bau hanyir ikan.
Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik.
Untuk menyedapkan lagi kari ikan, anda boleh ‘patahkan’ 2-3 biji cili hijau dan masukkan ke dalam kari selepas masukkan ikan.
Jika anda mahu menggunakan bendi di dalam kari, ia tidak perlu dicampur sekali. Anda hanya perlu merebus bendi dalam air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (jangan terlalu lama). Ketika mahu menghidang kari, baharulah dimasukkan bendi (ini adalah optional).
Sebelum anda masukkan ikan ke dalam kari, pastikan kuah kari sudah menggelegak. Jika tidak, isi ikan mudah hancur dan membuatkan kuah menjadi hanyir.
Apabila ikan sudah masak, kecilkan api untuk biarkan ia terbit minyak dan tidak perlu terlalu lama.
Ketika menumis, gunakan rempah seperti biji sawi, halba dan jintan putih/halus. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
Jika mahukan rasa kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum dimakan. rasa rempah dan santan akan menjadi lebih sebati dan kuahnya juga akan memekat. Apabila dipanaskan, rasanya lebih sedap.
Antara makanan yang paling popular di pasar malam adalah tau fu fa. Kalau dahulu dimakan bersama gula putih, tetapi sekarang resipinya dipelbagaikan untuk pilihan pembeli. Selain gula putih, ada juga gula Melaka dan tau fu fa yang diperisakan dengan perasa pandan. Lebih kreatif, admin pernah terjumpa tau fu fa hipster dengan warna terang di satu pasar malam ni.
Memandangkan tau fu fa adalah favourite admin, terasa nak berkongsi resipinya hari ni. Sebenarnya tidaklah susah, cuma memerlukan kesabaran dan sedikit masa untuk membuatnya. Esok hari cuti, mungkin anda boleh mencuba resipi ini di rumah.
TAU FU FA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
150 gram kacang soya
1 liter air
1 1/2 sudu besar tepung jagung *
1/2 sudu kecil sekko /GDL*
1/2 cawan air *
2-3 helai daun pandan
CARA MEMBUAT:
Rendamkan kacang soya selama 4-5 jam. Kemudian asingkan kulitnya.
Bersihkan kacang soya dan dikisar bersama 1 liter air. Tapis menggunakan kain nipis.
Masak air soya dengan daun pandan sehingga mendidih.
Sementara itu, satukan bahan-bahan bertanda *.
Apabila air soya sudah mendidih, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan masukkan bahan-bahan bertanda * tadi. Kacau dan tutup bekas.
Tunggu sehingga ½ -1 jam. Jika tau fu fa anda sudah ‘kental’, bermakna ia boleh dimakan.
Jangan biarkan rendaman kacang soya melebihi enam jam bagi mengelakkan ia menjadi terlalu berair.
Anda boleh menggunakan kain lampin untuk menapis air kacang soya.
GDL adalah singkatan bagi Glucono Delta Lactone (boleh didapati di pasar raya atau kedai barangan bakeri)
BAHAN AIR GULA:
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula putih
3 cawan air
1 helai daun pandan
CARA MEMBUAT: 1. Didihkan semua bahan dalam periuk. Matikan api apabila sudah sedikit pekat.
*Elakkan air gula terlalu pekat kerana rasanya akan menjadi pahit.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.