Rasa Tak Sihat & Tak Ada Selera Makan? Ini 7 Makanan Terbaik Yang Boleh Bagi Tenaga.

Share

Biasanya bila badan rasa kurang sihat, selera makan dengan sendirinya akan kurang. Bila tak makan, badan akan rasa lemak seterusnya melambatkan proses penyembuhan. Mana taknya, badan kekurangan tenaga untuk melawan penyakit. Oleh itu jika anda tidak sihat, rasa lemah, cuba ambil makanan-makanan ini. Pasti anda rasa lebih selesa.

 

1. PISANG
Mengandungi tinggi karbohidrat dalam memberi sumber tenaga pada badan. Pisang juga mempunyai kalium tinggi yang dapat menggantikan kalium dalam badan yang hilang ketika anda berpeluh, muntah atau dehidrasi. Pisang juga dapat menstabilkan suhu badan anda.

 

2. LEMON
Mempunyai vitamin C yang dapat membantu meningkatkan ketahanan badan. Lemon juga mempunyai antioksidan yang dapat mempercepatkan pemulihan dan melawan penyakit.

 

3. HALIA
Ia baik untuk anda yang mengalami muntah, mual dan masalah penghadaman. Minum air halia suam dapat memberi rasa selesa dan menjaga kesimbangan cecair dalam badan.

 

4. IKAN
Mengandungi karbihidrat yang mudah dihadam oleh saluran penghadaman. Ia juga membantu untuk mengelakkan rasa mual dan muntah serta memberi tenaga pada badan.

 

5. TEH PANAS
Minum teh mengurangkan rasa sakit tekak dan memulihkan saluran pernafasan. Rasa teh yang hangat dapat membantu rasa lebih selesa ketika anda sakit. Antioksidan yang ada pada teh hijau juga dapat meningkatkan ketahanan badan untuk melawan jangkitan dan memenuhi keperluan cecair dalam badan.

 

6. AIR KELAPA
Air kelapa adalah minuman yang sempurna untuk diminum apabila anda sedang sakit. Selain rasa yang manis dan beraroma, ia juga mengandungi glukosa dan elektrolit yang diperlukan untuk menambah cecair dalam badan.

 

7. SUP AYAM
Mengandungi asid amino yang dapat mengurangkan lendir dan melawan jangkitan. Ia juga membantu menjaga kelembapan hidung dan mencegah dehidrasi.

 

 

INI RESIPI SUP YANG BOLEH DICUBA:

 

Published by
Nur