Rasai Keenakan Jemput Sambal Terengganu, Padat Inti Ikan

Share

Jemput-jemput atau kuih cekodok lazimnya enak dimakan pada waktu pagi atau ketika minum petang. Tetapi, jemput sambal Terengganu ini memang unik. Ada inti berisi ikan.

Menggunakan ramuan utama tepung pulut dan isi ikan selayang, jemput-jemput ini memang unik dan kelihatan enak sekali.

Ikuti perkongsian resipi daripada Zaky Mat Ali dalam menghasilkan jemput sambal Terengganu ataupun dikenali juga dengan nama kuih bom. Jom kita cuba.

BAHAN-BAHAN:

(BAHAN A)

500g tepung pulut – Boleh beli online di sini

80g tepung gandum – Boleh beli online di sini

5 sudu besar kelapa parut

1 sudu kecil garam

Air secukupnya

(SAMBAL)

1kg ikan selayang

200ml santan

5 biji bawang merah – Boleh beli online di sini

2 inci halia

1 hiris asam keping – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Ikan dikukus. Kemudian asingkan tulangnya, manakala isi ikan ditumbuk.

Bawang dan halia dihiris.

Campurkan kesemua bahan dan masak sehingga sambal kering.

Campur semua bahan A dan uli sehingga sebati.

Masukkan inti sambal ikan yang telah dimasak sehingga kering tadi dan bentukkan menjadi bulat.

Letakkan di dalam bekas. Buat sehingga adunan habis.

Kemudian, bolehlah digoreng sehingga kuning keemasan.

Sedap kan jemput-jemput berintikan ikan. Inilah hasilnya jemput sambal Terengganu. Selamat mencuba.

Kredit: Zaky Mat Ali

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Fazida