Jika anda suka minuman coklat, anda wajib cuba minuman coklat berperisa KitKat® yang dilancarkan oleh Nestlé Malaysia bagi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia dan dihasilkan seiring dengan semangat ‘Buatan Malaysia’.
Ads
Minuman coklat KitKat® ini merupakan invoasi terkini yang membawa pengalaman KitKat® dalam bentuk minuman coklat. Paling penting, minuman ini telah memperoleh sijil Halal oleh Jakim serta dihasilkan dengan menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari.
Dengan gabungan unik koko yang kaya dan perisa wafer, minuman coklat KitKat® ini menghasilkan rasa coklat dengan aroma yang memikat. Setiap hirupan menawarkan rasa KitKat® yang lazat dan enak.Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, berkata bahawa Nestlé memahami cita rasa serta keutamaan rakyat Malaysia. Oleh itu, pasukan penyelidik KitKat® berusaha menambah baik konfeksi ini dengan menghasilkan minuman coklat KitKat® yang digemari ramai. Minuman unik yang memberi pengalaman istimewa dan memuaskan, menjadikan setiap detik biasa jadi lebih luar biasa.
Ads
Ads
Tambah Aranols lagi, minuman coklat KitKat® ini bukan sekadar snek yang lazat tetapi ia adalah sebahagian daripada komitmen syarikat kepada sumber mampan dan etika, menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari di bawah Nestlé Cocoa Plan. Dengan ungkapan “Jom Rilek, Minum KitKat®”, Nestle mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati saat-saat kegembiraan bersama minuman coklat baharu ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Aplikasi foodpanda Malaysia kini meraikan satu lagi kejayaan apabila genap 10 tahun beroperasi di pasaran seluruh negara pada 12 Ogos lalu.
Mengulas mengenai kejayaan ini, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, dia berbangga dan berbesar dengan pencapaian platform digital ini.
“Kami berbangga untuk berkongsi bahawa kami adalah platform oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia dan amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat meraikan sambutan ulang tahun ke-10 ini.
“Pencapaian yang luar biasa ini pastinya tidak dapat dikecapi tanpa sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para pelanggan, rakan penghantaran dan vendor,” katanya.
Foodpanda Malaysia menganjurkan karnival panda paradise bermula dari Jumaat, 12 hingga Ahad, 14 Ogos lalu, di tempat letak kereta terbuka Sunway City, berhadapan Sunway Resort.
Selama tiga hari, pengunjung meneroka pelbagai jenis makanan yang sedap dan enak, berseronok bermain permainan atau bersantai bersama rakan-rakan dan juga ahli keluarga.
Di samping itu, para pengunjung juga boleh memenangi pelbagai hadiah menarik seperti iPad Air, Samsung Soundbar dan baucer pandamart bernilai RM500 dan banyak lagi cabaran Count The Items dan mencari harta karun.
Terdapat juga hidangan daripada vendor-vendor seperti seperti aiskrim Wall, ZUS Coffee, Wowffle, Pastryville, Soul Brew, Texas Chicken, Pizza Hut, Chatime, US Pizza, J Co Donuts, Boat Noodles dan banyak lagi. Selain itu Bank RHB, ETIQA dan Sunway Pyramid adalah antara rakan kongsi yang turut serta.
Sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac yang lalu, sebarang perhimpunan dan aktiviti yang melibatkan orang ramai telah dilarang. Malah Solat Jumaat juga turut tidak diadakan bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.
Esok merupakan Jumaat ketiga selepas PKP dilaksanakan dan digantikan dengan solat Zuhur. Walaupun begitu, masih ada lagi amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan bersama keluarga. Antaranya ialah:
1. MEMOTONG KUKU
Selain sebagai amalan sunat, memotong kuku juga dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku.
Lagikan pula, makan menggunakan tangan antara amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan tangan yang kotor memasuk makanan ke dalam mulut.
2. MANDI SUNAT HARI JUMAAT
Sunat mengelokkan rupa paras dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar solat seperti memendekkan atau mencukur misai, bulu ketiak, bulu pada kemaluan, menggosok gigi dan sebagainya.
Dalam sebuah hadis pernah dinyatakan bahawa:-
“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan ke atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
3. BACA SURAH AL-KAHFI
Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.
Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak.
Rasulullah bersabda,
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.”(Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)
4. MEMAKAI PAKAIAN YANG ELOK
Memakai pakaian yang elok sangat dituntut terutamanya pada ketika hendak menunaikan solat. Tambahan pula, pakaian yang elok akan memperlihatkan identiti dan peribadi sesorang Muslim terhadap orang lain.
Cukup sekadar memakai pakaian yang bersih dan nampak cantik. Tidak perlu sentiasa membeli pakaian baru sedangkan pakaian lama masih elok kerana takut berlaku pembaziran.
5. MEMAKAI BAU-BAUAN
Memakai wang-wangian antara amalan sunat yang digalakkan sebelum solat seperti bau di syurga juga adalah wangi.
Akan tetapi, wangian yang dipakai hanya cukup sekadar keperluan kerana jika berlebihan dikuatiri akan menganggu jemaah lain yang turut sama menunaikan solat.
6. BANYAKKAN ZIKIR & DOA
Berzikir dan berdoa tidak terhad ketika selepas solat sahaja, malah amalan ini juga sangat digalakkan ketika memulakan pekerjaan dan menyudahinya.
Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
7. BERSELAWAT
Setiapkali khutbah Jumaat, khatib akan mengingatkan para jemaah untuk berselawat ke atas Rasulullah kerana terdapat kelebihan berselawat dan juga salah satu tanda kecintaan kita kepadanya.
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali).” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
8. BANYAKKAN SOLAT SUNAT
Selain solat fardu yang diwajibkan, kita digalakkan untuk menunaikan solat-solat sunat seperti solat Dhuha dan solat sunat Rawatib.
Digalakkan juga untuk bangun sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan lain-lain bagi menambahkan amalan sebagai tanda kwtakwaan kita kepada Allah S.WT.
Sangat rugi jika kita tidak mengambil kelebihan ini untuk kita perbanyakkan amalan semasa hari Jumaat. Jangan disebabkan terlalu sibuk dengan pekerjaan, kita terlupa dan terlepas untuk memperbanyak beribadah.
Khas untuk pencinta kopi di Malaysia, kami nak kongsikan lokasi kedai kopi yang unik untuk dilawati Bersama keluarga ataupun kawan. Paling best boleh ambil gambar yang cantik untuk media sosial ataupun kenangan.
Kopi Senget
Address: Lot 239, Batu 11 1/4, Jalan Klang Banting, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
Kue Street Cafe
Address: J5599 KM25, Jln Muar – Tangkak, 77300, Melaka
Kaffeinted Fish
Address: 2, Jalan Roda 2, Skudai 81300 Johor Bahru, Johor
Pulut & Kopi.
Address: Next to Mydin Bandar Teknologi, Kajang, 43500 Semenyih, Selangor
biasa.
Address: 46, Jalan SM 5a/16, Seri Manjung, Perak
100 houz coffee & breakfast
Address: Jalan Reko, Taman Hijau, 43000 Kajang, Selangor
Pause Cafe Kuala Lumpur
Address: 140, Jalan Choo Cheng Khay, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur
PastelMonoMY
Address: LOT 2913, Lorong Cempaka 10, Kampung Tok Adis, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Xofi
Address: Parking lot outside Giant Hypermarket Kuala Terengganu
Kopi & Kudap
Address: Kg Tanjung Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu
Bagi mereka yang berdekatan dengan kedai kopi di atas bolehlah singgah sambil membantu perniagaan kecil ni sewaktu endemik ni.