Makan

Rasai Sendiri Keenakan Minuman Coklat Berperisa KitKat®

Share

Jika anda suka minuman coklat, anda wajib cuba minuman coklat berperisa KitKat® yang dilancarkan oleh Nestlé Malaysia bagi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia dan dihasilkan seiring dengan semangat ‘Buatan Malaysia’.

Minuman coklat KitKat® ini merupakan invoasi terkini yang membawa pengalaman KitKat® dalam bentuk minuman coklat. Paling penting, minuman ini telah memperoleh sijil Halal oleh Jakim serta dihasilkan dengan menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari.

Dengan gabungan unik koko yang kaya dan perisa wafer, minuman coklat KitKat® ini menghasilkan rasa coklat dengan aroma yang memikat. Setiap hirupan menawarkan rasa KitKat® yang lazat dan enak.Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, berkata bahawa Nestlé

memahami cita rasa serta keutamaan rakyat Malaysia. Oleh itu, pasukan penyelidik KitKat® berusaha menambah baik konfeksi ini dengan menghasilkan minuman coklat KitKat® yang digemari ramai. Minuman unik yang memberi pengalaman istimewa dan memuaskan, menjadikan setiap detik biasa jadi lebih luar biasa.

Tambah Aranols lagi, minuman coklat KitKat® ini bukan sekadar snek yang lazat tetapi ia adalah sebahagian daripada komitmen syarikat kepada sumber mampan dan etika, menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari di bawah Nestlé Cocoa Plan. Dengan ungkapan “Jom Rilek, Minum KitKat®”, Nestle mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati saat-saat kegembiraan bersama minuman coklat baharu ini.

Published by
Naqiyatul Uzma