Ratah Kepak Ayam Sweet & Spicy Istimewa Sampai Tinggal Tulang

Share

 

Resipi kepak ayam mudah mengikut citarasa kita. Ratah kepak ayam enak rasa manis, masin & pedas.  Jika ingin pedas boleh lebihkan lada hitam atau mahu rasa manis boleh lebihkan madu.

KEPAK AYAM SWEET & SPICY

BAHAN-BAHAN

  • 10 kepak ayam – siang dan bersihkan
  • 10 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 2 inci halia – ditumbuk halus
  • serbuk kunyit
  • kicap manis
  • sos tiram
  • madu
  • sos cili pedas
  • serbuk sweet paprika@serbuk cili
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • gula
  • serbuk perasa

 

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan secukup rasa.
  2. Perap selama sejam atau lebih.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dengan sedikit minyak
  4. Masukkan semua bahan dalam kuali. Gunakan api perlahan saja.
  5. Biarkan masak dan kacau untuk elakkan hangit.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Amira Hasan

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

Published by
Zera Naim