Makan

Rebus Pucuk Ubi Masuk Sekali Satu Bahan Ini Supaya Elok Lembut, Warna Tak Pucat

Share

Pucuk ubi rebus memang ulam kegemaran ramai. Cumanya bila kita rebus ada masanya, daunnya tak lembut dan warnanya jadi pucat.

Supaya pucuk ubi rebus ini lembut dan warnanya kekal hijau tak pucat boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun

ini.

Bahan-bahan:

Pucuk Ubi
Garam Kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda

Cara rebus pucuk ubi
  1. Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.

2.Bilas kemudian toskan.

3.Panaskan air, letak 1/2 sudu teh baking soda

4.Masukkan pucuk ubi tadi.

5.Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air dan air batu.

6.Kemudian toskan.

Insya Allah pucuk ubi warna kehijauan dan lembut.

Sumber: Abd Rahman Tayun

 

Published by
Rose