Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan Kuih Bom Inti Kelapa

Kuih Bom Inti Kelapa

0
Kuih Bom Inti Kelapa

Bahan-bahan :

9174143{-}2 cawan tepung pulut| 9187638{-} 2 sudu makan tepung gandum| 9199827{-} Garam secukup rasa| 9194152{-} 1 cawan air| 9209148{-} Bijan secukupnya untuk salut| 9219289{-} BAHAN INTI KELAPA:1 biji kelapa parut putih sahaja| 9225145{-} BAHAN INTI KELAPA: 1 cawan gula merah atau gula Melaka| 9235926{-} BAHAN INTI KELAPA: 2 sudu makan gula pasir| 9249095{-} BAHAN INTI KELAPA: 2 helai daun pandan-disimpul| 9257047{-} BAHAN INTI KELAPA: Sedikit air untuk melarutkan gula|

Cara Memasak :

[start_directions]

IKLAN
IKLAN
IKLAN
  1. Untuk membuat inti, gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
  2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering. Angkat dan ketepikan
  3. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat. Ketepikan.
  4. Untuk membuat doh, satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
  5. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  6. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut.
  7. Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
  8. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
  9. Angkat dan toskan.[end_directions]