Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan Makaroni & Keju

Makaroni & Keju

0
Makaroni & Keju

Bahan-bahan :

  • 2 cawan makaroni
  • 100gm isi ayam rebus – dadu kecil
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan susu penuh krim
  • 4-5 keping keju cheddar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh oregano kering
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak :

 

IKLAN

1. Didihkan air, masukkan sedikit garam dan rebus makaroni hingga lembut. Toskan air dan ketepikan.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung agndum. Kacau rata dengan cepat hingga tepung dan mentega jadi sebati.
3. Masukkan susu. Kacau rata sehingga kuah tidak berketul.
4. Tambahkan serbuk lada hitam serta garam secukupnya.
5. Masukkan kepingan keju dan kacau lagi hingga keju cair dan semua bahan sebati. Jika terlalu pekat, tambah sedikit susu.
6. Akhir sekali, masukkan makaroni dan isi ayam. Gaul hingga sekata.
7. Sedia untuk dinikmati.

IKLAN
IKLAN