[start_directions]
- Gaul tepung, mentega dan garam hingga menjadi seakan serbuk roti. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh.
- Bungkus doh menggunakan plastik dan rehatkan selama 10 minit.
- Masukkan doh ke dalam acuan bersaiz 6 inci dan tekan hingga rata.
- Bakar pada suhu 180C selama 15 minit. Rehatkan pastri tetapi jangan keluarkan dari acuan.
- Untuk inti, panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan sosej yang telah dipotong sederhana tebal ke dalam bahan tumisan tadi dan biarkan masak seketika. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
- Dalam bekas berasingan, campurkan keju parmesan, keju cheddar, telur, krim masakan dan susu. Pukul seketika sehingga sebati menggunakan garpu.
- Masukkan bahan tumisan tadi ke dalam pastri yang telah disediakan. Tuangkan campuran keju, telur dan susu tadi diatasnya.
- Hiaskan bahagian atas quiche dengan menggunakan tomato ceri yang telah dibelah dua dan sedikit serbuk daun basil.
- Bakar pada suhu 180C selama 25 minit atau sehingga inti masak.[end_directions]