[start_directions]
- Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
- Kisar halus bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit.
- Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Setelah tumisan berbau harum, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
- Seterusnya bolehlah diperasakan. Kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Biarkan ikan masak dan bolehlah dihidang.
[end_directions]