Red Pearl Cookies, Biskut Memukau Dengan Ceri Merahnya.

Share

Selama 37 tahun buat cookies, Deyana Hatazad (DH) belum pernah tak menjadi. Resipi biskut yang dipelajarinya ini dikongsi bersama untuk mereka yang berminat membuat biskut dan cookies.

Sejak belajar ini katanya boleh lah buat makan sendiri. Tapi bagi usahawan yang suka berniaga biskut boleh lah try ya. Sedap nih.

RED PEARL COOKIES

BAHAN-BAHANNYA :

  • 300gm mentega
  • 300gm tepung gandum
  • 120gm cornflakes diramas kasar
  • 120gm gula halus
  • 100gm coklat chip
  • 50gm badam cincang
  • 50gm ceri merah dipotong
  • 1 sudu teh esen vanila ( kak DH tak letak )

Hiasan :
Ceri merah

CARA MEMASAK :

1) Satukan mentega, gula dan esen vanila. Gaul sebati
2) Masukkan tepung gandum dan gaul rata. Kemudian conflakes, badam dan coklat chip. Gaul rata
3) Bulatkan dan letak atas dulang. Hiaskan dengan ceri merah
4) Bakar suhu 170′ sehingga kekuningan. Siap

Selamat Mencuba

#DeyanaHatazad
#VFyraOffcial
#ResepiDapurKakDH
#BahagiaTanpaSyarat

Kredit FB : Deyana Hatazad

Published by
Faridah Talib