Red Velvet Ice Cream Float Berwajah Bendera Malaysia Enak Dengan Rasa Super Creamy

Share

Sempena Hari Malaysia esok apakah tanda kita menghargai negara kita? Pastinya dengan hidangan menu istimewa yang berwajah Malaysia boleh kita hidangkan buat keluarga tercinta. Jom buat Red Velvet Ice Cream Float Versi Jalur Gemilang. Enaknya dimakan sejuk-sejuk. Rasanya sedap, creamy macam aiskrim betul. Bolehlah cuba buat ikut resipi yang dikongsi oleh Nor Al Fatihah

.


RED VELVET ICE CREAM FLOAT
Bahan-bahan:
300 gm biskut marie munchys -dipatahkan
1 1/2 cawan non dairy whipping cream
pewarna merah, biru dan kuning
4 sudu besar marjerin/butter
1 sudu teh red velvet emulco

Cara membuat:
1.Pukul non dairy whipping cream hingga kental. Simpan dulu di dalam peti sejuk.
2.Blend biskut marie hingga halus.
3.Cairkan marjerin/butter dengan 2 sudu teh pewarna merah. Campurkan ke dalam biskut dengan red velvet emulco sekali. Blend semula hingga warna sebati dengan biskut.
4.Bahagikan fresh krim kepada 4 bahagian. Masing-masing dicampur dengan pewarna merah, biru dan kuning, satu bahagian dibiarkan putih/plain. Masukkan ke dalam piping bag.
5.Picit krim putih dulu ke dalam cup. Diikuti dengan biskut. Layerkan langkah yang sama hingga 3/4 penuh cup. Picit pula krim biru. Akhir sekali, picit krim kuning menjadi bentuk bulan dan bintang. Simpan di dalam peti sejuk.


Kredit: Nor Al Fatihah

 

Published by
Putri Adila Saari