
Pelbagai pilihan muffin tersedia di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air tangan sendiri, bolehlah buat Red Velvet Muffin ini. Pasti ahli keluarga atau tetamu teruja untuk menikmatinya.
Sesuai juga dijadikan sebagai salah satu menu deko penyeri di meja hidangan dessert. Tampak manis dengan aneka hidangan pemanis mulut yang lain.
Ikuti perkongsian resipi daripada Nuralia Idayu ini dalam menghasilkan Red Velvet Muffin yang gebu dan menarik ini. Jom kita cuba buat.
RED VELVET MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung – Boleh beli online di sini
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil baking powder – Boleh beli online di sini
½ sudu kecil bicarbonate soda
½ cawan gula kastor – Boleh beli online di sini
1 cawan minyak masak
1 cawan fresh milk – Boleh beli online di sini
2 biji telur
½ sudu kecil vanilla essence
1 sudu kecil red velvet emulco
1 cawan chocolate chip – Boleh beli online di sini
Pewarna makanan (code : bright red)
Muffin cup (yang cute)
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur, masukkan minyak, fresh milk, gula, vanilla essence, red velvet emulco dan beberapa titis pewarna. Whisk sampai sebati.

Masukkan tepung, serbuk koko, baking powder dan bicarbonate soda dalam bekas adunan telur.

Kacau sampai sebati adunan tepung dan telur. Kalau adunan tak cukup merah, boleh titiskan lagi beberapa titik pewarna.
Masukkan chocolate chip. Kalau nak banyak lagi, boleh tambahkan.

Tuang adunan ke dalam cup, tabur ekstra chocolate chip di atasnya.

Bakar pada suhu 160-170C selama 25-30 minit bergantung pada oven masing-masing.

Selamat mencuba.
Kredit: Nuralia Idayu
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Paprik Ayam, Satu Lauk Dah Cukup Buat Makan Bertambah-Tambah
Cuaca Panas Begini, Nikmatnya Dapat Air Longan Herbs Tanpa Soda
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!


2. Masukkan telur kuning, esen vanilla dan susu (BAHAN A) Pukul sehingga tiada lagi ketulan gula (sikit2 tu kira halal la).
3. Campurkan BAHAN B (tepung ) ke dalam aduanan tadi. Gaul sehingga sebati. Biar adunan jadi MESRA.
4. Last sekali boleh masukkan semua choc chip. Yumeeeh! Gaul biar sebati semuanya.
Senangkan? Ok bab bakar kena kenali oven dulu. Oven jenis built in (my oven) 150 , 30 Minit (ni memang ranggup la) ranggup ye bukan hangit
Makan ni confirm tak makan sesikit. Nak buat cookies Raya pun boleh.











