Baru berpindah di kediaman baru tidak menghalang wanita jelita yang juga pengasas produk Megah Perawan, Reena Zack, meraikan rakan-rakan yang ingin berkunjung. Baginya kehadiran teman-teman walaupun sudah biasa mereka tetap tetamu dan perlu diraikan. Reena bijak mencuri mencuri sedikit masa sibuknya untuk ke pasar membeli lauk pauk dan masuk dapur menyediakan sendiri masakan. Katanya, tak seronok kalau hidang juadah pada tetamu dengan makanan yang dibeli dari restoran. Biarpun hidangan ringkas beliau lebih senang menyediakan sendiri. Lagipun ramai di kalangan rakan-rakan dan ahli keluarga bila ingin berkunjung di rumahnya, mereka akan meminta Reena masak.
“Mungkin sejak anak dara lagi saya jenis suka memasak kerana dari kecil lagi ibu ajar saya masak. Kebetulan pula selepas berkahwin, ibu mentua juga suka memasak, jadi kami serasi bersama di dapur. Ibu mentua banyak mengajar saya memasak masakkan kegemaran suami. Kebetulan suami orang Kedah, kebanyakan masakan mereka suka masakan pedas. Ibu mertua saya penah berkata, nak pikat hati suami mesti dengan cara menyediakan masakan kegemaranya dengan air tangan sendiri, . Barulah hubungan keluarga akan erat dan berpanjangan,” ujar Reena yang menjadikan hobi memasak sebagai terapi untuknya menghilangkan stres.
Beliau juga mengakui berasa puas bila lihat ahli keluarga dan rakan-rakan menikmati air tangannya dengan seronok. Secara tidak langsung, aktiviti tersebut mengeratkan silatulrahim kekeluargaan mahupun dengan rakan-rakan. Selepas terbabit secara langsung dalam bisnes, Reena dan suami sering menjemput rakan-rakan bisnes mereka mengadakan perbincangan di rumah.
“Untuk hari ini, saya sediakan menu kegemaran suami dan anak-anak iaitu Nasi Briyani yang dihidangkan bersama Daging Masak Hitam, Ayam Rose, Udang Petai dan Jelatah. Menu ini juga menjadi kegemaran kawan-kawan yang sering datang pada hari ini,” jelas Reena yang sangat mengutamakan soal diet keluarga kecilnya.
Cerita Reena beliau mahupun suami memang suka mengadakan makan-makan di kediaman mereka terutamanya di hujung minggu, dengan cara tersebut mereka dapat berkongsi sebahagian rezeki dengan orang lain. Ditambah pula jika dia berkesempatan menyediakan sendiri makanan untuk tetamunya.
Beritahu Reena, makanan akan kelihatan lebih sedap dan menyelerakan bila dihidangkan dengan sedikit kreativiti untuk menghiasnya di dalam pinggang atau mangkuk sebelum disusun atur di meja utama hidangan.
“Saya sangat mementingkan dekorasi untuk meja makan, hiasan bunga segar sering menjadi titik fokus tetamu ke meja makan untuk melihat juadah yang disediakan. Begitu juga dengan set pinggang mangkuk mesti sama corak dan warnanya. Ia penting walaupun hanya hidangan bersuama keluarga,”ungkap Renna ramah berkongsi pengalaman.
Isteri kepada Khairi Aziry bin Wahid dan ibu kepada dua puterinya, Puteri Daniella Qistina Khairilaziry dan Adellia Auddra Khairilaziry mengakui bahawa menjadi kewajipan baginya sebagai isteri menyediakan masakan untuk keluarga dan memastikan makanan terserbut sihat dan berkhasiat.
“Pada tahun ini jadual harian saya sangat pada, Insya-Allah kalau ada rezeki kami nak pemperluaskan produk ke Indonesia serta negara jiran. Sesibuk mana sekalipun saya tidak akan abaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak saya. Saya akan masak setiap hari,baik untuk sarapan,makan tengahari mahupun makan malam. Biasaya sebelum bersiap ke pejabat,saya akan siapkan makanan sarapan dan makan tengahari. Ini kerana saya dan suami akan bawa bekal makan tengahari ke pejabat.
Kami suami isteri memang tidak suka makan di luar,” cerita Reena yang balik dari pejabat akan masuk dapur lagi bagi menyediakan makan malam pula.
Cerita Reena lagi sejauh mana kejayaan seseorang wanita itu, tempat paling dekat bersama keluarga sudah tentulah di dapur. Suami dan anak-anaknya akan seronok bila dia menyediakan menu kesukaan mereka. Kerana itulah dia percaya air tangan isteri membawa kebahagian keluarga.
Dalam menyediakan menu harian keluarga, Reena sangat mengutamakan makan sihat dan berkhasiat, terutama untuk dua puterinya. Setiap hari dia akan memastikan anak-anaknya mendapat nutrisi yang cukup melalui pemakanan yang disediakan Tidak hairanlah kalau dia sanggup setiap menyediakan menu salmon dan sayur yang menjadi kegemaran si kecilnya.
Ditanya mengenai perkembangan perniagaannya, Reena mengakui dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang, beliau dan suami tetap positif dan memastikan strategi pemasaran akan terus rancak dilakukan. Ditambah pula dengan adanya kemudahan media sosial sekarang, Reena turut mengiatkan jualan melalui rangkaian jualan secara talian seperti melalui laman web, instagram dan Facebook.
“ Jatuh bangun dalam bisnes perkara biasa bagi saya, tetapi saya yakin dengan kualiti produk yang baik akan menyakinkan pelanggan baru dan mengikat pelanggan tetap saya. Masa yang sama produk saya adalah produk mampu milik kerana ia tidak terlalu mahal,” akhiri Reena yang kini mempunyai lebih dari 200 stokis dan hampir 1000 pengedar yang mengedarkan rangkaian produknya di Malaysia, Brunei dan Singapura.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF:Jika tidak mahu lama masak, rebus dahulu daging dengan kicap hingga empuk kemudian hiriskannya.
AYAM ROSE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF:Jika tidak mahu susu boleh tukarkan dengan santan
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Untuk rasa lebih manis dan sedap goreng dahulu udang dan juga petai.
Anda juga boleh cuba resipi ini:
http://Resipi Khas Masak 5 Kilo Daging Masak Hitam – Rasa – Karangkraf