Inginkan suasana santai dengan hidangan yang cukup enak dan menyelerakan sambil berbual dengan yang tersayang atau teman-teman. Mardhiyyah Hotel & Suites teruja memperkenalkan pilihan hidangan gourmet pelbagai rasa di Borak Borak Café & Lounge yang terletak di hotel berkenaan.
Nikmati menu A la Carte yang dihias cantik dengan rasa yang pastinya tidak mengecewakan. Terdapat lebih daripada sepuluh hidangan yang setiap satunya menjanjikan citarasa yang berbeza. Pilih sahaja hidangan kegemaran anda seperti Seafood Cartocchio, Pizza Daging Salai, Pasta Capellini Prawn Mushroom, Pasta Spaghetti Seafood Aglio Olio, Ayam Cajun Bakar, Burger Daging, Piza Tuna Pedas, Mentaiko Prawn Aburi dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan untuk hidangan ala carte di sini bermula dari RM 34.00.
Selain hidangan ala carte, bagi yang ingin menikmati set hi-tea yang juga cukup menarik untuk dinikmati. Dihidang cantik di atas set bertingkat, menjadikannya hidangan ini sesuai untuk berkongsi dan mencipta detik yang tidak dapat dilupakan. Jadikan momen itu sebagai peluang untuk diraikan bersama yang tersayang.
Hidangan set Hi-Tea tersebut membawakan Tuna Vol-Au-Vant, Mushroom Risotto, Prawn Croquettes, Zaatar Chicken, Fatush Salad dan Club Sandwich. Promosi bermula jam 2.30 petang hingga 6.00 petang setiap hari, pada harga RM 100.00 bersih untuk 2 orang. Akan mula dihidangkan kepada tetamu bermula 1 November hingga 31 Disember 2023, bagi yang ingin merasai sendiri keenakan hidangan di sini boleh terus menghubungi pihak Mardhiyyah Hotel & Suites.
Borak Borak Café & Lounge adalah tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan, keluarga atau perjumpaan bersama klien dengan konsep tenang dan santai sambil menikmati aneka hidangan dan minuman sesuai dengan suasana hotel bertaraf 5 bintang.